Wednesday, June 27, 2012

I adore Her

 bila buka youtube, aku mesti akan search Kim Hyoyeon.. dalam SNSD aku rasa dia yang paling cute, funny, honest and talented.. she's also best dancer for SNSD and top 3 best korean female dancer.. dia punya popping dance sangat cool.. aku tak tau kenapa aku suka sangat dia.. walaupun dia tak famous members lain.. hyoyeon, fighting! OVER!







leyasays : dolu2 aku pun menari kat sekolah.. sekarang dah retired! sebab tu badan cmni  -.-

Monday, June 25, 2012

Hanya Aku Cinta Kau Seorang?


 tengah hari tadi aku and housemates pergi tengk movie.. nak duduk rumah confirm takde mood nak study lagi.. soo we all decide nak pergi tengok movie dekat JJ Melaka.. dekat aje.. usha2, ada orang komen cerita tu best.. romantik dia lain sikit dri cerita2 Melayu lain.. since sekarang pon takde cerita yang best, aku pun dengan rela hati untuk bayar RM6 tengok cerita tu.. macam tak percaya wehh! david teo dah manderem aku ke?? aku pun tak tau cmne aku boleh tengok Hanya aku cinta kau seorang konon!  

aku malas nak type banyak2 sinopsis dia,, buat penat tangan aku je.. aku cerita la sikit je.. cerita nie pasal best friend forever and ever.. sebenarnya dorang ada feeling sama sendiri tapi tak bgtau.. tapi yang pelik, kenapa hero dia berlakon macam gay?? kat kereta pegang2 tangan.. real men out there, ade korang nak pegang2 tangan kawan baik lelaki korang? dalam kereta?? ade? ade? dalam cerita nie ada.. dia tak gay tapi act macam tu konon2 sahabat sehidup semati.. kepala aku jammed kat situ.. lepas tu adegan boy and girl jadi best friend pon macam tak sesuai je.. hampeh! tak logik betul cerita nieeeee..  


 nie bestfriend kepada hero and heroin.. dah kahwin tapi lelaki tu flirting2 dengan perempuan lain.. tapiiiii.... dekat party that guy dance dengan perempuan lain depan bini dia.. eh, nth lah.. tak tau kali ke berapa otak aku jammed..




best friends forever and ever and ever and ever!
korang ada nak landing2 macam nie dengan best friend lelaki or perempuan? 
tak dinafikan, memang ada je yang macam nie, tak kisah..
tapiiii, ntah lah.. maybe kalau korang tengok sendiri baru paham kot apa yang aku nak sampaikan nie..
ohh and and pelakon SEMUA aku tak kenal..



kesimpulannya, aku TAK SUGGEST LANGSUNG korang tengok cerita nie.. sangat2 tak best! daripada 5 bintang, aku nak bagi SETENGAH bintang pon PAYAH! pelakon jerit2, over kau nyaahh! dua orang panggil senget.. asyik2 sengget, asyik2 senget.. act dorang nie bkn best friend tapi couple.. hmmm.. 
aku bukan rasa nak jerit tengok cerita nie tapi nak meraung.. over tak aku? tapi tu hakikatnya! haha.. so, aku amek langkah bijak keluar dari situ.. macam tak sampai separuh aku tengok.. so tinggal lah yana, fifi and nanie.. aku tak sanggup lagi.. aku pun buat lah kerja2 observation.. jadi manager HR kejap.. satu2 pintu aku bukak and tengok cerita kat bilik lain.. bosan cerita nie, tukar bilik lain.. last2 aku terpaksa tengok cerita Jiwa Taiko.. better sikit.. kepala tak jam sangat.. jangan bazirkan duit korang okeyh!  :)
tapi lagu2 dalam cerita nie best jgk  :D

leyasays : ini bukan pandangan aku sorang.. house mates aku pon sama okeyh.. kenapa cerita melayu macam nie? idea bernas, best and logik plsssss!

Sunday, June 24, 2012

Dah nama perempuan


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.



15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


nah! baca semua tiga puloh fakta pasal pompuan.. biasalah perempuan kata tak paham dengan lelaki.. lelaki pula tak nak kalah! kata perempuan payah bebenor nak paham.. sama2 kita susah nak paham masing2 eh.. senang hidup! tapi yang boleh aku cakap, perempuan sensitif, hati lembut.. jagalah ia dengan sebaik mungkin.. sekali terguris, cedera parah, susah babe! ok guys out there? (^_^)

aku cool kan?
baik cakap YEE!


leyasays : aku mestila nak menangkan perempuan.. haha.. ohh lagi satu! aku pun manusia biasa yang nak ada tempat mengadu walaupun aku mengadu tu benda yang sangat2 bodoh and paling mengarut dalam dunia! jum sedih di kala final dah dekat sangat2.. bye korang! :')









First ranking




lagu nie sangat2 best.. sekarang dah jadi first ranking song dalam jiwa nie.. damn!

leyasays : aku nak pergi konsert Big Bang oktober nanti sebab nak jumpa TOP si rambut turquoise :D

Durian Daun's Recipe!

 Hye and assalamualaikum! :D

entry kali nie aku nk share kat korang, all the recipes warga2 Durian Daun telah hasilkan! apa jadahnya Durian Daun tu? haa sebelum aku duduk kat Durian Daun memang aku tak pernah tau ianya pernah wujud.. sebelum nak masuk sem 3, yakni first time nak merasa dok rumah sewa, aku ingatkan aku akan duduk kat Durian Tunggal.. setengah jam weyh nak pergi kampus! boleh bayang duit minyak kereta sebulan berapa bakal cair? aku tak take part dalam cari rumah sewa kat sini.. orang yang bertanggungjawab cari ialah Kifah Afifi and Amalina Amran.. Thanx kat korang sebab dapat rumah yang awesome and sgt2 comfortable nie.. eh blah la kau leeyana! dah nak abes study baru nak berterima kasih bagai! ok enough! budak2 rumah aku memang pandai2 masak belaka.. boleh kahwin dah babe.. seriously!! aku nie duk bertenggek, menyibok, kacau sikit2 aje kat dapur tuuu.. kerja aku memang tunggu arahan para2 chef! meh tengok apa aktiviti masakan yang kitorang pernah cuba!  :D

 
Chocolate in the making......


DONE! :)

 
  
 For piping


Laksa ini sangat awesome!
kalau korang nak tau aku hantu laksa 
kalau opah masak aku pernah bantai sampai 10 mangkuk SATU hari
korang mampu??
pastu aku gastrik
DAMN!






 dont judge cake by its look!
comot tapi sangat sedap okey jaahh!


 ini donut in the making :)


 sayur goreng pon dah awesome, ini kan pula makanan lain


 instant caramel.. tutup mata pon boleh siap!

 meleleh air liur? sojuk lagi sodap! :D

jangan ingat dok rumah kampung takde obersee punya dishes tau
homemade sushi

 Nasik Lomak

 mashed potato yaw!


 bihun sup!

 steamboat pon ado haaaaa


 ikan bakar sambal Mak Pon Muar sangat menggugat iman tau tak!
tak sabar nak makan
pedasssss dan sangat sedap!
Satu paket RM6.. promote!


 this is not whip cream

 BUT.......
this is PAVLOVA!!


 RAINBOW cake was soooo colorful babeh!



 Ori punya caramel 
tak macam instant caramel
kena selalu bukak mata besar2 sebab agak banyak proses.. LOL





SPAGHETTI chicken ballssssss
 



 Sagu.. 
budak2 Duarin Daun dah tukar jadi piranaaaa
2 minit dah abes!

 bihun sup lagiiiiii


Roomates korang ada rajin macam kitorang?? kalau nak tau, kitorang amek 3 courses..
Human Resource Management or Finance, Culinary Art (orang patut study untuk test bagai tapi korang masak!) AND Medic (study management tapi buku Ya rabbi! bersepah n tak sempat kemas macam student Medic tau! nanti aku upload eh)

leyasays : lagi suka dok rumah sewa dari kolej.. macam tak best je kolej! haha.. and aku nak bgtau.. walaupon aku bawak kereta kat melaka tapi aku tak merayap! cool tak? cool tak? tak macam diploma dulu.. sanggup susah2 naik bus merata melaka sebab nak jalan2.. ke sebab diploma kau ada bf leeyana? ok bye! 

Friday, June 22, 2012

Cool S3

hye semuaaaa

korang mesti dah tau Samsung Galaxy SIII da launched kat Malaysia kaaann? serius aku cakap, aku sukaaaa sangat kat hp tuh! arrgghhh! geram ohh.. Rasanya the price around RM2200 cmtu lah.. tergugat iman tau bila tengok the features, application, design and sume2 lah pasal SIII.. kalau nak pakai sekarang, tak rasa macam membazir pulak?? Hp sekarang ok lagi.. plus bila dah kerja, beli dengan duit sendiri mseti puas! aku memang since first time pakai hp, takde brand lain yang aku pandang dulu.. Mesti samsung.. aku suka sangat Samsung and aku rasa Samsung patot bagi commission and discount kat aku sebab loyal customer.. takde aku, takkan Samsung ada sampai tahap sekarang! itu statement kelam kabut.. ada rezeki, memang aku akan grab SIII nie! kalau takde rezeki, pakai apa yang ada.. mitu pun dah bersyukur  :D




cool huh?? :)



SIII



sekarang aku pakai Samsung Wave (^_^)

Wednesday, June 20, 2012

Kepala Serabut

hye assalamualaikum peeps!

sekarang nie jam kat laptop kifah afifi (housemate) 3.38 pagi.. apehal kau tiba2 nak update blog nie?? sebab aku BOSAN!! huwarggghh! minggu nie adalah minggu terakhir kelas sebelum nk meletop kepala dengan final.. sejak pukul 11 pm tadi aku konon menelaah buku sebab sok and jumaat ada test.. jumaat LAST test! aku tak sabar nak balik rumah untuk refresh balik kepala nie.. berapa hari tido lambat.. mata dah lebam macam kena tumbuk dengan encik Incredible Hulk.. ok, itu sangat over!

apa yang buat tadi?? buat note 2, 3 pages baring, tido.. pastu bangun balik.. pastu buat note 2,3 pages lagi, pastu tido balik lagi.. memang best rasanya.. bila nak siap note jaaahhh oiii!! makin tinggi belajar, aku dah start rasa kesusahannya.. dengan banyak subject kena ambik,  susah nak paham lagi.. banyak nak kena ingat  lagi.. orang mesti cakap.. alaaaahh kecoh lah kau! ambik HR je kot! meh kepala tu aku hempok sikit! tak kira la apa course pon kita ambik.. tu semua ilmu, and setiap course ada senang, ada susahnya.. korang mampu nak baca 5 buku text yang tebal and memorize semuanya untuk final?? mampu?? teman pon semput jaaahhh! seriously aku rasa pening and loya2 pon ada bila tengok banyak sangat huruf.. hahahaha.. ok, dah start biol

dah la.. takde benda lagi nak mengarut. aku nak sambung tengok huruf2 yang banyak tuuuuu.. bye! :D

leyasays : Ya Allah, permudahkan urusan ku.. permudahkan lah kefahaman ku..  

Sunday, June 17, 2012

Miss My Soulmates




 my dear nuyul :D

My dear aten  :D

lya rindu korang sangat2 ohh! korang antara kawan terbaik lya pernah ade! thanx for always being with me.. love yaaaaa.. nanti jum kita pergi jalan2 lagi  :D


leyasays : orang yang emo tengah tak betul memang akan rindu orang2 yang rapat dengan dia.. kan? kan? kan?

Final exam datang lagi!!!

Assalamualaikum!  :D

aku datang lagi untuk update blog.. lately nie aku sgt busy.. SGT SGT SGT busy! padah sebab lambat buat assignment ke? banyak berjimba ke? tak jugaaakkkk! aku pon tak tau kenapa.. aha! lagi seminggu nak final jaaahhhh! ape aku nak merepek nanti nie? sem nie aku amek 9 subjects! korang palking banyak berapa? ade 9? confirm takde! credit hour poin melampau2.. 25! maximum boleh maek 24.. terpaksa la jumpa mentor untuk lebihkan credit hour.. al maklum laaaa.. suka sangat belajar kaaann? LOL.. 

ok, terus terang aku nak cakap.. sem nie aku agak risau sebab cerdit hour banyak, subjek pon banyak.. note pon biasanya dah nak dekat final dah siap2 abiskan.. tinggal nak baca je.. tapi sem nie seriously aku tak buat pon note.. test2 yang aku buat pon baca gitu2 je.. kenapa malas sangat sem nieeeee??? haih laaaa.. kau nie memang la leeyana! and sem nie banyak jugak dugaan buat aku.. aku cuba untuk meluahkan apa yang aku rasa.. tapi tu lah, tak semua orang boleh rasa apa yang sebenarnya kita rasa,, kawan yang baik, teman yang rapat mesti dapat rasa apa yang aku rasa.. paling tak pon dengar isi hati nie.. tapi tu lah.. benda yang kita harap tak semestinya akan dapat kan? yang aku dapat, kecewa! memang best nyaahh! thanx lah pada orang itu.. 

tapi aku agak bernasib baik sebab ada je orang yang sanggup layan aku.. dengar masalah, bagi nasihat.. aku perempuan.. and aku nak bgtau, aku memang tak sekuat dulu,, thanx nuyul! and and tak lupa juga pada wandy.. dia pon banyak tolong.. both of you such a gooooood frens! thanx kawan! :') aku memang takkan lupa korang.. ehhh, panjang pulak sesi luahan perasaaan nie.. hahahaha.. ok, jom lupa pasal broken heart..

lets move to final yeaahhh!! aku ada 6 papers untuk final.. aku bukan tak sabar nak final tapi aku sangat tak sabar nak cuti.... and and puasa kat rumah pastu rayaaaaaa!.. ohh yeaahhh! jom aku tunjuk korang jadual final.. :)

27/6 ----------> HUBUNGAN ETNIK

2/7   ----------> LABOR ECO ( subjek paling aku tak paham)

5/7   ----------> HUMAN RESOURCE DEVELOPMENT  
                           ( subjek paling banyak point.. cmno nak ingat nieee?? )

8/7   ----------> RECRUITMENT AND SELECTION
                           ( buku text dia mak oiiii payah betul nak paham.. bahasa omputih tinggi sangat! )

12/7   ---------> EMPLOYMENT LAW ( mesti orang ketaq lutut dengan subjek law kan? aku pon sama! )

13/7   ---------> ENTREPRENEURSHIP ( lecturer paling sempoi! )


doakan budak tak berapa nak kuat semangat nie maintain pointer ok!  :D

leyasays : gudluck semuaaa! oh btw, hari nie father's day.. happy father;s day daddy! Me loves youuuuu (^_^) ** sorry banyak sangat typo error.. malas nak re-check.. bye! **

Saturday, June 2, 2012

Wedding I

tengahari tadi aku pergi wedding kakak bestfren aku kat KPM.. Siti Nuur Hidayah, orang panggil dayah tapi aku sorang je panggil dia ct.. sampai sekarang melekat.. dia antara kawan yang paling best aku selain nurul and fatin masa kat KPM.. kat uitm pulak housemates yang paling best  :)  well, kalau ada ct, mesti ada bf dia al-qurtubi.. dia tengah giat nak buat business nasyid.. Kumpulan Mumtaz.. not bad suara dorang.. best jugak :)



ct, aku, Mr IH, Qurtubi, Ayman

leyasays : aku pon nak kawen! hahahahaha