Thursday, August 6, 2015

Thursday, July 11, 2013

Salam Ramadhan


Rasanya belum terlambat untuk ucap Selamat Menyambut Bulan Ramadhan! semoga Ramadhan kali nie kita dapat tingkatkan lagi amalan kita. rugi kalau sia-siakan tauuuu. pesanan untuk diri sendiri jugak. ^_^

leyasays : Iftar kat luar mungkinkah merata-rata lagi mcm tahun2 lepas? :)

T.I vs P.N.S

Salam and Hye,

ESOK aku last day intern!! wehhoo! seronok okeyhh. perasaan tak sabar tu HARUSLAH hado. robot je tak hado perasan seronok bila intern nak habis. intern kali nie 5 bulan. lama kan? siapa kata tak lama tu baik sangat kan korang? bagi aku SANGAT lama. diulangi SANGAT SANGAT SANGAT lama. hambik 3 kali aku ulang. betul2 lama tu. jangan buat main. nk komen ke pasal intern kali nie? hmm komen lah sikit bagi panjang entry. intern degree nie macam susah je sebab aku kena buat Thesis.

Tiap2 bulan kena jumpa advisor untuk discuss progress kerja kita. tiap2 bulan jugak aku keluar duit yang agak banyak sebab aku lagi senang drive ke Melaka dari naik bus. senang nak gerak. plus senang aku nak pergi beli Laksa kt Jonker. so far tak pernah terlepas lagi tiap kali ke Melaka. bagus Leeyana! teruskan Istiqamah. 

Honesty typing, aku tak suka thesis nie. Typing yea saudara saudari. sebab aku tengah menaip bukan honesty speaking. aku salute lah kat para lecturers yang dah berapa banyak kali buat research nie. rajin sangat2. aku? hmm kurang minat lah. kena hadap BERPULUH journal untuk hasilkan SATU thesis.I love reading. yes I am. tapi novel cintun yang boleh buat aku berangan dan layan perasaan tu suka lah. kalau yang buat aku kena berfikir and cari seberapa banyak fakta tu mintak ampun lah. diri ini tidak rajin. 

mak cik, rajin tak rajin kau kena buat jugak!

Currently, my thesis is in progress. Permudahkan urusan aku Ya Allah :')

masa diploma dulu aku praktikal kat Takaful Ikhlas. one of Islamic Insurance Company. degree pulak dekat Perbadanan Nasional Berhad (PNS). one of an agency under Government. aku nak buat compare and contrast between these two organizations.

TAKAFUL IKHLAS
  • Aku praktikal dekat Claims Department. padahal diploma ambik Accounting. memang lain dengan course tapi nasib baik lecturer yang evaluate aku tu ok je and bagi full marks! Alhamdulillah.
  • Aku suka staffs kat TI especially kat departments aku lah. dorang very supportive, baik and kelakar! satu hari kalau tak gelak maknanya aku salah masuk department lah tu. seronok. rinduuu :'(
  • Main kerja aku basically buat payment untuk adjuster.nak tau adjuster tu apa? try lah google eh. sangat banyak okeyhh! aku lah orang kena clearkan. Adjuster selalunya akan riang gumbira bila payment dorang dah dapat sebab banyak yang pending. mostly sebab tak cukup staffs nk buat. nie aku hado, meh sini den siapkan! 
  • Selain dari payment to adjuster, aku buat jugak Own Damage Payment, Registration new claims and Third Party Bodily injury, Payment to Lawyer. tu semua bahasa Insurans.tak paham kaaan? takpe, bawak bersabar.
  • Claims selalu buat potluck. SELALU. Jumaat lah paling common sebab break lama kan. bersembang, gelak tu benda biasa. sakit perut gelak dengan lawak bengong dorang pun dah biasa. rindu lagiiii T_T  makin deras air mata keluar.
  • Lunch nak best jeeee. My aunt pun ada dekat Claims tu. she's a lawyer and handle for Third Party bodily Injury. Means that ramai lah kawan2 lawyer dia and and and ramailah lawyer yang kayo2. aku selalu menyelit bila dia ada lunch appointment dengan lawyer2 tu. Melampau tau. Chili's, Tony Romas, PJ Hilton Hotel, Quality Hotel, and banyak lagi lah tempat yang dah aku melantak hasil penyelitan itu.
  • Raya lagi best. Jamuan raya kemain lagi banyak kali. kat department je 2 kali. company punya 1 kali and kambing bakar aku tak ingat ada berapa ekor. sekarang rindu nak makan kambing pulak
  • Lunch dengan officemates. selalu je lunch tukar2 orang. kejap dengan orang nie, kejap dengan orang tu. lagi best lunch dengan abang2 sebab dorang sangat baik and kelakar. sekarang hingus mula mengalir sedikit demi sedikit sementara air mata masih deras keluar dari bijik mata.  
  • After office hour selalu keluar lepak dengan abang2 claims. dorang jaga aku macam adik yang baru habis sekolah. makanya aku boleh order suka2 hati berapa banyak pun makanan. ada ramai byang boleh bayarkan. hingus pula mengalir deras. 
  • Claims mmg akan selalu ke Account Department untuk hantar Payment requisition form so dorang akan keluarkan cheques. masa hantar PRF tu, ada lah menyelit jugak lepak2 kat sana. bersembang and kadang2 tolong dorang copkan dokumen apa yang patut
PERBADANAN NASIONAL BERHAD
  • Masa degree aku amek HR and practical pun kat HRD. so, mmg ngam lah dengan subjects yang aku belajar tuh
  • masa kat TI akak2 muda ramai. yang belum kawen. bezanya kat sini rasanya semua dah kawen. so kwn utk ngokngek obviously tak ramai
  • Got experience being an emcee for staff's briefing. last aku jadi mc masa sekolah menengah uolls. boleh kira berapa lama tak bajet suara kat mic tu? agak nervous siot. tapi alhamdulillah everything went well :)
  • Chances to see the actual interview session. aku yang arrange untuk interview. dari layout sampai lah collect evaluation form from interviewers. so aku lah yang first to know who will be hired among those applicants. hee. ada jugak a few times boss bagi aku jadi interviewer. kemain lagi aku bajet macam boss. depa tak tau yang cek nie practical student. budak hingusan lagi.
  • Kat sini banyak facilities yang dorang provide. taska, gym, aerobic class, games, library, bicycle, macam2 lah. best jgk
  • Kalau kat TI aku selalu keluar melantak dengan lawyer or clients tapi kat sini jangan harap. sini makan kat gerai yang telah disediakan sahaja
  • Colleagues kat sini tak gila2 macam TI. tu yang buat aku rindu kat TI :'(
  • Aku jadi super duper baik. bagus! ada improvement
  • Sangat sukakan Iced Chocolate from Gloria Jeans Coffee. GJ nie anak syarikat. sangat sedap okeyhhh. paling best sebab dapat staff price.
  •  Boss HRD sangat baik. sangat ok. sangat! first time aku jumpa boss sebaik dia :)
leyasays : entry nie aku tulis sehari sebelum habis intern. tapi publish dua minggu lepas intern. lupa ok nak update. kalau ada tambahan lagi later aku tambah. sekarang mata dah mengantuk. bye korang!  
 

Monday, June 3, 2013

I need a.....






SOOOO BADLY!!

bila boleh berjimba dengan kesayangansss lagi nie.

huwaaaaaaa!

Monday, May 27, 2013

Life Update


 Assalamualaikum...

aku nak bgtau satu dunia yang aku tengah busy tahap gaban. semua tak busy mcm mana aku busy. hamboi melampau, thesis je pun budak. apa ada hal? orang lain boleh buat takkan kita tak boleh kan? sedapkan hati aje. yee, hati aku dah sedap dengan ayat itu. terima kasih kepada siapa yang invented that statement. lagi 3 minggu lagi nak habis intern. perasaan tak sabar tu tak tau la nk cakap mcm mana. tapi sebelum habis kena hadap thesis dulu woi! aku cuba buat sehabis baik. hamboih lagi. 


 

 nampak tak bukti aku buat kerja? thesis nie kacau cuti aku tau T_T

 bila kepala dah tak tentu arah, pakai mask pun dah tak reti
Zombie Kampung Subang Permai


pipi agak belon sekarang. pegang je terus berlubang. tapi boleh berlakon konon2 tu lesut pipt kan? lol
tengah usaha nak letupkan belon tu. tunggu ehh.

leyasays : tak sabar jgk nak tunggu Ranadhan :)

Thanks for reading babeh!  ^_^


Sunday, May 19, 2013

Melakau


Assalamualaikum
entry nie aku nak cerita pasal negeri yang sayang kat aku. sebab dari diploma sampai degree dia tak bagi pergi mana. dia nak aku study kat situ jugak. yess. nama dia MELAKA. as we all know, aku tengah intern. means degree pun dah almost complete. tinggal nak buat thesis. THESIS? satu benda yang bagi aku membosankan. sebab? kita kena ada otak yang penuh dengan idea. baca seberapa banyak journal sampai muntah. stay up sampai mata lebam. itulah bagi aku thesis. tak tau pulak org lain suka kan buat thesis nie. tapi, nak tak nak kenalah buat kan. hasil usaha 2 tahun stgh kenalah berbaloi. nak bagi segenggam ijazah untuk mak ayah. amboi kemain. sementara tengah intern memang Business students kena buat thesis. tiap2 2 kali sebulan kena jumpa advisor untuk discuss. entry nie masa aku first meeting dengan advisor, Miss Shiba. Miss Shiba memang lecturer aku. so aku agak lucky lah dapat dia. dia pun ok. 

first meeting nie aku ajak bestfriend, Nuyul! dah lama tak jalan2 kan. alang2 aku pergi sorang, gerak lah dengan dia. sementara aku jumpa advisor, dia merayau-rayau lah area bandar Melaka tu. mengimbau segala memories yang pernah kitorang rasa masa study diploma kat sana. damn laaah. tiba2 touching.  


reaction ktorang lebih kurang je kan. itu tandanya kawan baik. ada kena mengena ke? 5 tahun duduk Melaka boleh sesat? kronik dah penyakit budak nie


Lepas jumpa advisor takkan nak balik kaaaann. first aim aku haruslah Laksa Jonker. aduhh. sekarang nie meleleh air liur. 


Asam Laksa pujaan hati 

Laksa Nyonya favorite Nuyul. Me? TAK. Asam Laksa jugak!




nie apahal Doraemon merayap kat Jonker Walk nie??

lama tak naik beca. betul2 rasa diri nie tourist!

kaki tergantung. korang boleh buat?




Ini dua orang budak berjimba 




Pernah tau buah melaka mcm mana? nie lah. aku tak tau.




Laki bini
Dr Octopus Spiderman

leyasays : tiba2 hati nie ralat bila satu sem je kantoi. kalau tak dah dapat ANC. selempang pink gitu. ralat sebab 0.01 je nak dapat. blh nanges tak? tapi tu semua rezeki. aku redha. dapat first class degree pun dah bersyukur :)

Thanks for reading babeh!  ^_^

Saturday, May 4, 2013

Lets Zumba!

Assalamualaikum.

jumpa lagi kat blog leyasikecil. sebenarnya aku rasa dah tak relevant leyasikecil tu memandangkan size budak nie sekarang dah tak sekecil masa kawan2 aku yang awesome kat kolej dulu invented nama tu. berat badan aku nie kejap turun, kejap naik. main2 kau yeaaa. masa tengah konon2 dah turun, agak slim sikit seronok ya amat. masa nie lah tiba2 semangat nk selongkar baju2 lama kat almari baju aku tu. dan masa nie lah rasa bersyukur sebab tak bagi baju2 tu aku kat siapa2. aku rajin jugak bagi baju2 yang dah jadi sarung nangka dekat cousins and adik2 Mr IH.

rasa gembira tu melampau masa berat badan dah turun. tu pun sebab aku kurang makan nasi and berzumba almost everyday lepas balik office. aku rasa tak perlukan segala bagai ubat nak kurus. control your meals and exercise regularly is enough to reduce your weight. no need to spend lots of money buying those products yang sometimes effective sometimes tak.

tu cerita masa konon2 body slim. KONON eh. masa body tengah gedempol lain pulak. macam belon okeyhh. memang badan aku nie kena maintain jaga makan and exercise selalu. once aku stop je even for awhile, dia punya naik macam belon. serius aku tak tipu. kerja lately nie boleh tahan banyak. bila dah balik kerja, singgah kat Kay Jay, rumah opah. melantak kejap, lepas solat maghrib baru gerak balik Shah Alam. hari2 macam tu. penat aku rasa. sampai rumah lebih kurang pukul 9. mandi, iron baju, tudung untuk kerja esok mau dekat pukul 11. hamboih melampau lama. tapi tu lah hakikat seorang perempuan. amik masa lagi belek2 instagram, twitter, facebook, dengar suara merdu kwn2 berwechat. so macam mana tu?

masa untuk exercise kurang. mesti ada yg cakap. eleehh, Sabtu and Ahad kan ada. kalau cakap pasal weekend kat budak kecik nie, busynya ya amat. tiap2 minggu ada je program. ke sana ke mari. aku rasa tu pun part of exercise. mana taknya, kalau ke Mutiara Damansara 5 shopping malls boleh merantau. E@Curve, The Curve, Ikea, Ikano, Tesco. jalan punya jalan punya jalan. tu pun exercise kan? tapi bagi aku, satu kepuasan bila kita zumba, aerobic or jog. zumba lah the best. ni adik aku si sheera yang introduce. seronok sebab korang akan goyang satu badan. salsa, samba semua ada. seronok.

seronok memang seronok tapi bila buat depan cermin baru tau betapa burukya rupa aku bila berzumba. takde seni tarian langsung. step pun bukan ikut sangat. mana yang mampu je. tapi bila dah selalu buat and hafal step, baru buat dengan lebih yakin dan semangat yang kental. tu dah siap part exercise. nie lagi satu punca berat aku naik lately. hari2 melantak nasi. aku tak tau kenapa hari2 kat office aku asyik rasa nak makan nasi. lagi bahaya kalau order nasi goreng. nasi campur ok lagi kita boleh control portion dia. tu pun even aku letak separuh selalunya suku aku makan. tapi sekarang banyak mana pun aku letak mesti licin macam tak payah basuh pinggan tu, terus simpan. 

since sekarang nie baju dah terlampau-lampau extremely banyak sangat2 yang cantik, aku kena tekad, berazam, bersemangat, untuk turunkan balik berat! ohh btw, ada satu cerita best. tadi baru je office mate tegur. kat sini dorang panggil Yana. Tu nama sopan aku. tapi aku lagi suka orang panggil Leeya, aku automatik akan ada dua karakter tahuuu. Yana nie macam baik, lembut, pendiam. tapi kalau Leeya aku tiba2 dengan takde angin, takde ribut akan jadi seorang yang aktif, membebel, agresif. aku pun pelik kenapa. magik! magik! ehh kita bincang pasal office mate aku tadi kan? suka over melencong tau. haaa, dia kata Yana dah tembam sekarang! aku senyum jelah and serta merta aku salahkan nasi. kesian dia. sorry nasi  :'(



satu keseronokan tak berbelah bahagi bila peluh menitik nitik membasahi lantai

tengah tunggu kembar sama nama tapi tak sama tinggi, tak sama mak, tak sama ayahamik gambar pasport

typical! suka betul budak2 sekarang amik gambar dalam jamban. kalau tengah melabur dalam bilik kecik tak nak ke amik since masa tu korang mungkin bosan nak tunggu durian runtuh. hahaha. tak senonoh budak kecik nie.

leyasays : walaupun aku gemok ke kurus ke. aku tau ramai orang sayang aku. korang jangan buat muka eh. cocok lobang hidong karang


Thanks for reading babeh!  ^_^