Showing posts with label CAYUNKS. Show all posts
Showing posts with label CAYUNKS. Show all posts

Sunday, May 19, 2013

Melakau


Assalamualaikum
entry nie aku nak cerita pasal negeri yang sayang kat aku. sebab dari diploma sampai degree dia tak bagi pergi mana. dia nak aku study kat situ jugak. yess. nama dia MELAKA. as we all know, aku tengah intern. means degree pun dah almost complete. tinggal nak buat thesis. THESIS? satu benda yang bagi aku membosankan. sebab? kita kena ada otak yang penuh dengan idea. baca seberapa banyak journal sampai muntah. stay up sampai mata lebam. itulah bagi aku thesis. tak tau pulak org lain suka kan buat thesis nie. tapi, nak tak nak kenalah buat kan. hasil usaha 2 tahun stgh kenalah berbaloi. nak bagi segenggam ijazah untuk mak ayah. amboi kemain. sementara tengah intern memang Business students kena buat thesis. tiap2 2 kali sebulan kena jumpa advisor untuk discuss. entry nie masa aku first meeting dengan advisor, Miss Shiba. Miss Shiba memang lecturer aku. so aku agak lucky lah dapat dia. dia pun ok. 

first meeting nie aku ajak bestfriend, Nuyul! dah lama tak jalan2 kan. alang2 aku pergi sorang, gerak lah dengan dia. sementara aku jumpa advisor, dia merayau-rayau lah area bandar Melaka tu. mengimbau segala memories yang pernah kitorang rasa masa study diploma kat sana. damn laaah. tiba2 touching.  


reaction ktorang lebih kurang je kan. itu tandanya kawan baik. ada kena mengena ke? 5 tahun duduk Melaka boleh sesat? kronik dah penyakit budak nie


Lepas jumpa advisor takkan nak balik kaaaann. first aim aku haruslah Laksa Jonker. aduhh. sekarang nie meleleh air liur. 


Asam Laksa pujaan hati 

Laksa Nyonya favorite Nuyul. Me? TAK. Asam Laksa jugak!




nie apahal Doraemon merayap kat Jonker Walk nie??

lama tak naik beca. betul2 rasa diri nie tourist!

kaki tergantung. korang boleh buat?




Ini dua orang budak berjimba 




Pernah tau buah melaka mcm mana? nie lah. aku tak tau.




Laki bini
Dr Octopus Spiderman

leyasays : tiba2 hati nie ralat bila satu sem je kantoi. kalau tak dah dapat ANC. selempang pink gitu. ralat sebab 0.01 je nak dapat. blh nanges tak? tapi tu semua rezeki. aku redha. dapat first class degree pun dah bersyukur :)

Thanks for reading babeh!  ^_^

Saturday, February 16, 2013

Fatin's Engagement Day


 bestie aku dah tunang wehh! dia denagn tunang dia together alomost 6 years. aku dengan Mr IH 5 years. tak beza banyak tu. apa makna sebenarnya yang aku nak sampaikan? she's engaged on 10th Feb. majlis start lepas zohor tapi dengan semangat yang kental dan waja, pukul 12 dah terpacak kat rumah Aten. nak amik aura lebih dulu dari orang lain. 

 best KPM members. kawan karaoke, kawan sebilik, kawan sesenang, kawan sesusah. macam2 ktorang dah gone through. pasal boyfriend, scandals, semua pun hado.

kau mintak kat nuyul dua apa tuh?

 this is my nuyul. she's such a great friend to me ^_^

halo eberibodi! saya klon pakcik Razak. hensem?? dia baca entry nie mampos kau! sebulan tak dapat duit belanja





 baju Bandung mari! tantik tak aju itew? ramai yang jeles. kepada mak dan adk Shera. maafkan diri ini sebab tak belikan. frust betul dorang. sobsob


she is pretty isn't she? make up dia superb! aku suka. akak ex-kpm yang makeup kan. nak book dia jugak lah nanti. tengok, dah mula dah pempuan nih!

leyasays : Congrats syg!

Thanks for reading babeh!  ^_^

Thursday, December 27, 2012

Dubu Dubu Seoul Food


Hye2.
siapa yang tengok Runningman?? aku sangat2 sure raaaaaaamai yang layan Running man kaaaan? aku tak pernah missed satu episod pun tau! dari dulu aku layan. aku paling minat Jae Suk. walaupun dah tua bangka, tapi kadang2 dia nampak hensem jugak. suka! suka! suka! siapa2 yang tension, sila lah hadap Runningman nie. confirm golak! ada satu episod, kalau tak silap aku episode 123 KOT. malas la nak recheck uollss. yang ada si comel HyoJoo and si hensem Gosoo. mission dorang asyik makan je. aku terliur okeyyhh. terliur! cepat2 aku call Mr IH nak ajak dia makan Korean Food. esoknya jugak! tak boleh tunggu lama2. kesian perut. so, kitorang pergi lah Dubu Dubu kat One Utama sinun! tu je yang paling dekat.

my personal opinion eh. menu dia tak banyak lah compared to korean restaurant yang lain. aku nak pilih pun macam hhurrrmmmmm. macam tu lah! tapi memang dari rumah dah bajet nak makan Bibimbap aje! sedap! sedap! sedap! nasib baik sedap!  :D  nanti aku nak try lain pulak. order one dish je sebab Mr IH mana layan makanan korea nie. nak bayar tu aku punya lah beria nak guna Kad Siswa tuh. konon nak dapat diskaun lah kan. hampeh betul. rupanya satu menu je wehh! kureng betul! 


 Aloe Vera Punch and Peach Tea



Chicken Bibimbap!
 

 tengok dekat2! nyumnyumnyum. 
tiba2 perut lapar pulak update blog nie  =.="

ingat comel letteeww? 
tapi you tetap kat hati i
errr. macam bukan aku je yang berkata-kata  -.-"

seronok kan dapat mencekik tu? thanks awak temankan ^_^

leyasays : kadang2 aku terfikir. kad siswa nie utk raih undi ke? function dia tak la best pun. banyak term and condition okeyhh. 

Thanks for reading babeh!  ^_^

Saturday, November 17, 2012

Melaka again!


Salam to all.. you know what? my Mr IH dtg melaka semalam! omg! omg! omg! sukanyaaaaa! errkkk. thats seriously not me! aku tiru skrip cerita Istanbul Aku Datang. hikhikhik. aku tengok cerita melayu babe. back to the story. Mr IH datang pun sebab cuti lama. 4 hari and aku tak balik. sebab apa? sebab aku terpaksa ikut modul keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak UITM dihatiku. bukan takat hati. kau dah tertusuk tertanam kat jantung aku jua. nanges! kat rumah cuma aku dengan sorang housemate, Nanie. UITM tak tau ke yang aku rindu nak balik rumah? modul punya pasal aku tak boleh bermanja-manja dengan katil aku kat rumah. tragis kan?? 

tapi takpe lah. dah last pun cik kak. tak payah nk budak2 sangat. terima hakikat yang melaka memang sayang kau sangat2. nanges lagi! Mr IH datang pun selepas berlakunya pergaduhan besar. hmm boleh tahan besar lah kalau seminggu tak bertegur sapa. tapi aku tak rasa pun seminggu. seriously! and dia kata ego aku semakin tinggi. bang, saya nie tak tinggi. cemetot je. apa salahnya nk bagi ego pulak tinggi. cubalah cakap cmtu. mau kena tampar laju2. tapi semua dah settle. alhamdulillah. 

benda yang paling aku kurang gemor bila kawan2 aku datang melaka, aku lah yang kena jadi petunjuk arah. bila satu kepala tanya, lepas nie nak pergi mana? maka secara otomatiknya beberapa kepala akan pandang aku. cantik ke aku? tiba2! -.-"  tapi aku akan usahakan memerah otak agar bergeliga untuk fikir destinasi seterusnya nak bawa para pelancong ini. well, bukan Mr IH saja yang datang melaka. mantan Presiden MPP Kpm Melaka tak lain tak bukan Encik Fakhruddin pun ada sekalik bersama dengan Azizah. comey aje gf dia. wahh, kelas gitu! ktorang mantan MPP. ayat nak best.

mai aku cerita kitorang pergi mana je. tak lain tak bukan Mahkota Parade and Dataran Pahlawan. itu  memang lokasi wajib dan tak pernah terbuang kat benak pemikiran aku. 

Day 1 - tengok cerita Jebon Skyfall. komen aku pasal cerita tu, hmm slow gila wehh! mengantuk. kenapa dorang cakap best?? bagi aku biasa2 aje. lepas tu jalan2 lah kat MP. then dinner aku bawak pergi Klebang pekena yong tou fu tepi pantai. tak tepi sangat lah. tengah sikit sebab dah kena tambak. yong tou fu kat makcik tu sedap. aku and housemates selalu lepak situ. dah kenyang, pergi pulak dekat eyes on melaka. ktorang naik pirate ship and ferris wheel. Mr IH memang gayat. sebab tu aku saja paksa dia naik tuh. padan muka!

Day 2 - mula2 nak lunch kat Restoran Melayu Melaka area kolej UITM. belakang river cruise taman rempah. aku pergi hari tu tak la mahal mana. average. dah langkah kanan dah kaki nie masuk. sekalik buffet RM15 sekepala. ktorang ada 4 kepala so RM60. ishh, tak payah! aku nie makan 3 suap nasi dah kenyang. makan nasi aku memang sesuap dua dah cukup. tapi pelik kenapa badan nie tak susut? sambung nanges lagi! terpaksalah keluar dengan muka malu sikit sebab aku yang suggest tempat tu. gerak ke Lot 85 kat Durian Daun. area rumah lama yang banyak pahit dan manis. yang pahit banyak datang dari owner rumah, oppsss! lepas mencekik, ktorang pekena Klebang coconut shake! rindunya, dah lama tak minum. sekali dapat rasa, nikmatnya! lepas tu lepak dekat Pantai Puteri. lepas lepak ktorang tengok Istanbul Aku Datang kat DP pulak. cerita dia sangat comel plus sweet. jalan jalan jalan then dah tiba masa Mr IH dan Din balik. sedih! err tumbok nak??




Sungai Melaka.. ramai betul beratur nak naik river cruise. kayo melakau!


Mr IH saya!

makan 3 suap nasik pun badan cmni. tak pelik?


nie aku sukaaaa! last naik nie masa diploma dengan nuyul, aten and wanie. berapa tahun dah tu weh?? 





Pantai puteri
thanx awak sebab lima sem berturut-turut datang melawat kita kat sini. kita nak pergi Arau tak mampu rasanya. jauh!!


siapa yang datang melaka, jangan mengada-ngada taknak try Klebang coconut shake. tak sama dengan tempat lain okeyhh


leyasays : terlampau banyak kenangan kat Melaka nie sebenarnya. semua perencah ada. dari zaman diploma sampai lah degree. yang paling best mestilah masa diploma. aku boleh menangis bila ingat balik masa2 best dengan roomates kpm dulu. rindu.

Thanks for reading babeh! ^_^

Sunday, June 17, 2012

Miss My Soulmates




 my dear nuyul :D

My dear aten  :D

lya rindu korang sangat2 ohh! korang antara kawan terbaik lya pernah ade! thanx for always being with me.. love yaaaaa.. nanti jum kita pergi jalan2 lagi  :D


leyasays : orang yang emo tengah tak betul memang akan rindu orang2 yang rapat dengan dia.. kan? kan? kan?

Monday, January 16, 2012

Petrosains, KLCC

Date : 13 January 2012
jum merayap kat KLCC pulak!
aku balik rumah sebab ada 8 hari gap before last paper.. tak dapat A+++ tak tau lah..
so, aku dengan sayangss plan nak jadi budak sekolah..
padahal mula2 nak pergi Aquaria.. tak jadi sebab mahaaaaalll! kau tengok ikan berenang2 je kan.. pasar banyak! jangan nak bazir duit.. so, berada lah kami di Petrosains.. RM15 je.. compared to Aquaria RM35.. berganda tuh! last kaki nie jejak Petrosains masa sekolah rendah.. berapa belas tahun tuuuu??

signboard yang sesuai sebenarnya
SELAMAT MENJALANKAN KAKI ANDA SELAMA PALING KURANG PUN 3 JAM!
masuk sana silalah awal2 kalau betul2 nak meneroka alam sains sebetul-betulnya..




T-REX nyanyi lagu melayu.. kelakar ohh!
btw, i love both of them!

aku baring kat atas paku okeyhh.. nasib baik aku tak meletup sebab badan pon dah sama dengan belon -.- *jantung sedang mengepam dengan lajunya sebab nervous!

butterlies like aten! :D

uji cengkaman apa ntah.. soft rubber, hard rubber etc.. aku sikit lagi nak jatuh! siot betul.. btw, selipar tu busuk!

F1 car

agak batak ktorang kat sana.. ape yang jadi kat kita hari2 kita pandang biasa je.. tapi dari pandangan sains sgt2 amazing! aku TERimpressed kejap..


leyasays : korang pernah tau tak aku dulu nak jadi ahli geologi?? aku minat gile geografi.. and pernah juga nak masuk askar walaupun tengah sedar diri tu tak cukup tinggi.. macam nonsense je tapi seronok kalau jadi realiti! sekarang apa aku buat? studying Human Resource Management.. langsung takde dalam ambition list aku.. pape hal pon, alhamdulillah :)