Showing posts with label LEYA SUKA MAKAN. Show all posts
Showing posts with label LEYA SUKA MAKAN. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

Dubu Dubu Seoul Food


Hye2.
siapa yang tengok Runningman?? aku sangat2 sure raaaaaaamai yang layan Running man kaaaan? aku tak pernah missed satu episod pun tau! dari dulu aku layan. aku paling minat Jae Suk. walaupun dah tua bangka, tapi kadang2 dia nampak hensem jugak. suka! suka! suka! siapa2 yang tension, sila lah hadap Runningman nie. confirm golak! ada satu episod, kalau tak silap aku episode 123 KOT. malas la nak recheck uollss. yang ada si comel HyoJoo and si hensem Gosoo. mission dorang asyik makan je. aku terliur okeyyhh. terliur! cepat2 aku call Mr IH nak ajak dia makan Korean Food. esoknya jugak! tak boleh tunggu lama2. kesian perut. so, kitorang pergi lah Dubu Dubu kat One Utama sinun! tu je yang paling dekat.

my personal opinion eh. menu dia tak banyak lah compared to korean restaurant yang lain. aku nak pilih pun macam hhurrrmmmmm. macam tu lah! tapi memang dari rumah dah bajet nak makan Bibimbap aje! sedap! sedap! sedap! nasib baik sedap!  :D  nanti aku nak try lain pulak. order one dish je sebab Mr IH mana layan makanan korea nie. nak bayar tu aku punya lah beria nak guna Kad Siswa tuh. konon nak dapat diskaun lah kan. hampeh betul. rupanya satu menu je wehh! kureng betul! 


 Aloe Vera Punch and Peach Tea



Chicken Bibimbap!
 

 tengok dekat2! nyumnyumnyum. 
tiba2 perut lapar pulak update blog nie  =.="

ingat comel letteeww? 
tapi you tetap kat hati i
errr. macam bukan aku je yang berkata-kata  -.-"

seronok kan dapat mencekik tu? thanks awak temankan ^_^

leyasays : kadang2 aku terfikir. kad siswa nie utk raih undi ke? function dia tak la best pun. banyak term and condition okeyhh. 

Thanks for reading babeh!  ^_^

Friday, October 26, 2012

Bonjour Garden, Bukit Jelutong


 Selamat Hari Raya Aidiladha semua.....

Alhamdulillah tahun ini kita sama2 dapat meraikannya sekali lagi.. takbir bergema di pagi hari menyayukan hati.. amboihh ayat!
okeyhh, macam biasa lah.. tempat pertama yang kaki nie akan jejak during raya mesti la kat rumah opah kat Kelana Jaya tuuuu.. lepak punya makan punya gelak punya tido punya kemas, balik rumah! ohh tak lupa singgah tengok lembu and kambing yang ada kat surau depan rumah.. 20 langkah berkawad dari pintu gate rumah opah tu dah sampai ke surau.. aku mungkin langkah lebih sikit, 30 langkah maybe sebab kaki pendek.. umur dah 23 tapi excited tengok lembu dan kambing masih kebal dalam diri.. bukan aku je, all the cousins gilass pun sama.. ada cerita kelakar yang teramat-amat sangat raya haji tahun nie.. the whole day gelak okeyhh.. hishh, macam2! nasib baik takde orang masa tu. kalau tak, malu la atok Shamsul Annuar dek kerana perangai cucu2nya yang sengal belaka.. 

lepas dah habis aktiviti keluarga, kitaorang makan lagi! pergi Bonjour Garden dekat Bukit Jelutong.. cafe nie kat dalam Jaya Grocer.. some kind of hypermarket like tesco, carrefour etc.. baru bukak so apa lagi, serbu laaaaaaahh! kami2 nie memang pantang ada restoran baru bukak.. mesti nak try.. dari rumah opah lagi sibuk nak pergi.. "eh, bila nak g BONJO tu?" ada yang menyampuk, ha?? benjo?? raya2 nie nak makan burger ke? aduhh! yelah, apa2 aje.. Bonjour in France means Thank you.. so Bonjour Garden maknanya Terima kasih Taman. LOL. apa aku merepek? atau buat lawak tak jadi?  -_______-

bagi aku kat sini best and sangat sedap okeyhhh! siapa2 yang nk try western and Italian foods macam pasta and pizza memang recommended! price pun affordable.. tak mahal sangat.. nanti try okeyhh! ^_^





 mintak lunch kat makcik kantin sekolah asrama penuh

 foooooooodssssss
 ** typo.. it should be desserts.. penangan malas nak edit balik..



 rasa macam kat kantin sekolah tak? tak pun kat kedai mamak..
ane, kuah kasik lebih sikit!


 1. Tuna cream sauce spaghetti ( yummyyy!)
2. mushroom soup
3. carbonara (superb!)
4. Pizza - Tuna
5. Meatballs and Potato salad (awesome!)
6. Mashed potato
7. Pizza - Paperoni
8. Roasted Chicken
9. Lamb Chop (highly recommended!)
10. bukan food. nazirah punya hp. sebok jehhh


 LETS EAT!

 Mommy and Mak Ndak






Chocolate, Mango and Hazelnut shortcakes
  sedap! :)

 this was awesome!

 mak pun nak jugak tau!  :D



 lepas konyang beli barang kat Jaya Grocer.. price pun tak mahal sangat.. averange :D

leyasays : semua nie adk aku yang belanja.. minah Shera tu.. bila aku pulak nak kerja nieeeee? -.-

Thanks for reading babeh!  ^_^


Tingkat GL2, Plaza Jelutong, No 5C,
Persiaran Gerbang Utama, Bukit Jelutong, 
40150, Shah Alam, Selangor
Tel: 7734-3018

Saturday, October 13, 2012

See U Village Steamboat


 Salam all.. semester nie masa awal2 sgt heaven sebab kelas banyak canceled! seronok kaaaaann? tapi kalau tak habis silibus, padan muka korang! berderet nak kena buat replacement class. jumaat lepas takde kelas jugak tapi penatnya macam sehari suntuk menelaah buku kat kampus. padahal berjimba kat AEON! tak plan pun.. tiba2 aje pergi. boleh ek cmtu? errkk.. aku and housemate pergi tengok movie. Aku Terima Nikahnya. kenapa sekarang tengok movie melayu nie??? takpe, yang penting Nora Danish sangat comel okeyhh. plus student price. so tak la kira sangat. yang aku boleh komen cerita tu agak slow. banyak kali menguap. tapi sebenarnya cerita dia ok jugak. banyak pengajaran. kena appreciate perempuan. aiceehh. dah, malsa nak cakap dah pasal tu.. 

then, ktorang pergi makan steamboat.. dari luar bau tom yam dia memang sangat2 memanggil untuk masuk makan! sedap jugak kat situ. but aku rasa a bit expensive sebab bukan buffet. kalau buffet kan best. melantak lah kerja kau! 





 tengok lah budak zaman sekarang.. 



 mine.. barley with lemon.. sedap! 

soya cincau

leyasays : assignments banyak oii! 

Thanks for reading babeh! ^_^


G39 & G40,
AEON Bandaraya Melaka Shopping Centre,
No. 2, Jalan Lagenda, Taman I-Lagenda,
75400 Melaka.
  Tel : 06-286 9954

Monday, October 1, 2012

Snogurt


 hye2, this entry aku nak post pasal Snogurt.. ramai yang suka frozen yogurt kan? aku rasa nie baru lagi kat market. tak macam Tutti Frutti. dah recognized all over the world. yang nie aku tak sure. sebenarnya dah lama aku and siblings try Snogurt nie. masa puasa hari tuh! my personal comment kan. the taste was ok. but i prefer more on Titti Frutti. lagi snow froyo dia. Snogurt nie macam kasar sikit. 

tapi tak sure lah time tu rasa cmtu and now maybe they've made improvement ke kan. better taste than before. kalau nak try boleh la ke Shah Alam. kat area Plaza Massalam. betul2 sebelah Restoran Arab ZamZam Seksyen 9  :)







adik beradik sedang menikmati frozen yogurt Snogurt. masa nie ponteng terawih. ish ish ish



amboii kau minaaah, BERIA!

leyasays : aku banyak card untuk dicop. Tutti Frutti, Moo Cow, Berry Berry. jenuh nak penuhkan!

Thanks for reading babeh!  ^_^

Thursday, August 16, 2012

Iftar - Holiday Villa Subang


 Salam semuaaaaaa

last, last, last week aku berbuka dengan 4 jejaka hensem.. kenapa aku cakap hensem? sebab dorang yang belanja aku! so kena cakap hensem! last punya last week tapi aku tak berapa ingat bila.. bagus leeyana, bagus! teruskan menjadi pelupa.. teruskan tunjukkan umur tuh dah makin tua T_T  Holiday Villa Subang sangat best u olls tau tak? sekarang nie dah nak raya.. so maybe dah tak sempat kalau nak buka puasa kat sana kan? maybe tahun2 depan korang nak pergi sana kaaaann?? hee.. staffs and all the chefs kat sana sangat friendly tau.. suka suka suka! korang tak kan segan nak membatak melawat kawasan sambil kepala dah pikir nak amek banyak mana makanan kejap lagi.. dorang takkan pandang pelik sebab tau korang jarang2 sangat makan kat hotel.. staffs kat sana siap sembang2 lagi.. macam korang kawan2 dorang.. aku wonder lah kan.. kawan aku yang 4 orang nie ada kawan dengan staffs sana ke? sembang nak gebang.. tapi rupanya bukan kawan pong! see, sangat friendly :D



 baik betul aku rasa bila Yo book nama betul dia, Mohd Amirul.. aku cakap cmtuh sebab dia dulu gangster sekolah! masa jadi pengawas dulu, aku lah tukang key in kesalahan students untuk hantar kat Kementerian Pelajaran.. nama dia banyak okeyh! tapi jahat2 dia pon, sekarang kerja bagus  :)



chefs tengah prepare untuk sediakan juadah berbuka









 lama lagi nak tunggu buka puasa, layan bowling dulu.. nak tau tak aku no 2?? perrgghh! tak percaya sungguh! lagi tak percaya 2x strikes! lagi nak pengsan rasa.. korang tak tau betapa teruknya aku main bowling dulu T_T



 nie antara dishes yang ktorang amek.. buffet kali nie aku duduk meja paling lama.. nak dekat pukul 10 baru balik! teruk! teruk!


 nie diaaaa 4 jejaka.. afiq, yo, eskandar, bob
kawan sekolah yang paling baik!  :)



 nak solat tak payah susah hati.. sangat2 selesa.. dekat pulak tu.. nak amek wudhuk pon senang.. setengah tempat nak amek wudhuk dengan tempat solat lain2.. ada yang kena amek kat toilet.. kat sini tak pon.. so takde sebab untuk tak solat okeyyhh  :D




 leyasays : Ramadhan dah nak pergi.. rasa sangat sedih pun ade :'(

Thanks for reading babeh! ^_^

Tuesday, August 14, 2012

Iftar - Setia City Mall, Shah Alam


Assalamualaikum wbt

hari tu aku and nuyul pergi Setia City Mall.. saja laaaa nak tukar angin pergi mall baru kan.. asyik pergi shopping mall sama je.. not bad jugak kat sini.. dari jauh nampak macam besar je.. tak plan pun sebenarnya nak keluar.. saje2 je message, pastu aku ajak keluar, terus on! sampai2 je terus reserved untuk buka puasa.. pikir punya pikir punya pikir, dengan keputusan muktamadnya, makan kat Nando's.. dah reserved, tengok movie.. Total Recall.. best jugak cerita dia.. yang penting Collin Farrel hensem gilaaaaa.. then terus main bowling.. lepas main bowling, iftar kat Nando's.. lepas solat maghrib, jalan-jalan then tengok colorful fountains! syiookkk! so, begitulah sedikit sinopsis perjalanan pada hari itu..





 

apa hal putih sangat dua orang nie? camera menipu? -.-

 nuyul semakin hebat sekarang.. macam mana tiba2 boleh hebat? kemusykilan di hati tapi tak diluahkan sebab aku tau dulu nuyul sangat sukakan longkang! hewhewhew.. good job girl.. nanti kita lawan lagi!

 huahuahua.. aku dari dulu sampai laaa nie mampu angkat bola bowling sampai 9 kg je.. kalau lebih, mungkin jari jemari kontot nie akan akan tertinggal kat 3 lubang bola tu.. eh eh  korang tau tak aku dah terer main bowling?? sila lah tau2 kan.. peratus kemasukan longkang semakin menurun, peratus kejatuhan pin semakin meningkat.. tepuk tangan untuk meraikan kecemerlangan


 mine! 1/4 Chicken hot flavor with potato salad and bread ape ntah.. lupaa... yang aku ingat, tak sedap pun.. salah order.. -.-


 1/4 Chicken extra hot flavor with coleslaw and chips .. nie nuyul punya.. boleh menitiskan air mata kalau campur dan dicicah-cicah ayam tu dengan extra hot sauce pulak.. sila jangan tak sayang perut anda.. vitagen pesan.. 


 Nando's sauce memang terbaik tau tak!
aku paling suka hot and extra hot..
leeyana?? leeyana tak hot ke weh?? HOTak kau


then aku and nuyul tengok air pancut.. sangat leka okeyhh.. color2 gitu.. pandai menari lagi.. aku macam tak nak benarkan punggung yang comel nie untuk bangun dan sedarkan diri masa tu dah tibanya masa untuk pulang ke pangkuan keluarga.. kesian aku kena balik naik KTM.. aku jejak je kat Klang station, terus train tu sayup2 je tinggalkan aku.. aku hanya mampu memandang dengan pandangan macam nak maki orang.. nasib baik aku penyabar orangnya.. setengah jam terpaksa layan game Zuma kat handphone.. nasib baik jugak battery hp taknak sayup2 tinggalkan aku jugak.. terima kasih battery! 

leyasays : aku tengah gigih download lagu2 raya.. folder dulu ntah hilang ke mana.. kejap je nak raya kan? :)

Thanks for reading babeh! ^_^