Tuesday, December 25, 2012

Pre Graduation @ Equatorial Hotel, Melaka


 Assalamualaikum and Hye korang!
dah sebulan lebih aku tak update blog. boleh bayangkan tak betapa busynya aku sebagai final year student? amboiihh. macam kau sorang je busy kan leeyana? busy pun sebab buat kerja last minute kan? padan lah muka. kahkahkah. terpaksa gelakkan diri sendiri sebab memang betul pun. sduhh. dalam tengah2 busy tu ktorang kena attend pre graduation untuk semua part 5. nasib baik buat kat hotel and nasib baik jugak makanan dia super duper sedap! tak rugi! tak rugi! memandangkan minggu tu busy tahap melampau, makanya ramai jugaklah yang tak attend. lagi best ada jugak meja yang semua orang takde penghuninya. maka dengan bijaksananya ktorang lari ke meja tu and ada tujuh orang je daripada 10. tujuannya hanya satu. dapat makan lebih! syiookk! sedap pule. tak pandang kiri kanan. hati masa tu tak lah best sangat sebenarnya. petang tu lepas pre grad nak kena hadap presentation and test waktu malamnya.

secara tiba2 masa tu ramai yang jadi student cemerlang sebab msing2 buat notes termasuk lah aku. cuak nak test malam tuh nanti! and aku dah ready lepas test memang tak tdo satu hari sebab ada assignment nak kena present esok paginya. bukan group aku je. tapi semua classmates tak tdo. pagi2 muka macam hape ntah. tak larat. masing2 penat tapi aku ada frust sikit lah dengan group members aku. kita nie nanti akan tempoh alam kerja. KERJA okeyhh. bukan sekolah or kolej lagi. environment totally different! kita kena compete dengan orang. tak boleh nak diam and pasif. so kena lah pantas buat kerja, make a decision and whatnot. tak boleh kerja belakang tabir, tak bileh nak tunggu arahan, tak boleh nak harapankan orang je. diri sendiri kena buat. haaaa. kan aku dah membebel. tapi takpelah. harap2 benda nie tak jadi lagi and aku pun dah habis belajar so tak payah nak hadap lagi benda mengarut nie. -.- sedih tau. sedih!

dah la, kita lupakan aje kisah tragik aku. now kisah happy pulak. MR IH datang Melaka lagi. semata-mata nak bawakkan kereta aku balik. aku cakap tak larat nak drive and terus dia datang. oh myy. terasa diri ini disayangi. bhahahahaha. thanx to youuuuu :D

makanya sekarang tamatlah sesi pembelajaran aku kat UITM Bandaraya Melaka sebagai student HR. next entry aku cerita pasal suka duka kat UITM nie ehh. :)



 Housemates masa kat Durian Daun and Puteri  Kesidang

 daripada nak berhenti belajar, habis jugak kan :)

 ex housemate, AMY





leyasays : study weeks nie mcm holiday weeks bagi ktorg!

Thanx for reading babeh! ^_^

Saturday, November 17, 2012

Melaka again!


Salam to all.. you know what? my Mr IH dtg melaka semalam! omg! omg! omg! sukanyaaaaa! errkkk. thats seriously not me! aku tiru skrip cerita Istanbul Aku Datang. hikhikhik. aku tengok cerita melayu babe. back to the story. Mr IH datang pun sebab cuti lama. 4 hari and aku tak balik. sebab apa? sebab aku terpaksa ikut modul keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak UITM dihatiku. bukan takat hati. kau dah tertusuk tertanam kat jantung aku jua. nanges! kat rumah cuma aku dengan sorang housemate, Nanie. UITM tak tau ke yang aku rindu nak balik rumah? modul punya pasal aku tak boleh bermanja-manja dengan katil aku kat rumah. tragis kan?? 

tapi takpe lah. dah last pun cik kak. tak payah nk budak2 sangat. terima hakikat yang melaka memang sayang kau sangat2. nanges lagi! Mr IH datang pun selepas berlakunya pergaduhan besar. hmm boleh tahan besar lah kalau seminggu tak bertegur sapa. tapi aku tak rasa pun seminggu. seriously! and dia kata ego aku semakin tinggi. bang, saya nie tak tinggi. cemetot je. apa salahnya nk bagi ego pulak tinggi. cubalah cakap cmtu. mau kena tampar laju2. tapi semua dah settle. alhamdulillah. 

benda yang paling aku kurang gemor bila kawan2 aku datang melaka, aku lah yang kena jadi petunjuk arah. bila satu kepala tanya, lepas nie nak pergi mana? maka secara otomatiknya beberapa kepala akan pandang aku. cantik ke aku? tiba2! -.-"  tapi aku akan usahakan memerah otak agar bergeliga untuk fikir destinasi seterusnya nak bawa para pelancong ini. well, bukan Mr IH saja yang datang melaka. mantan Presiden MPP Kpm Melaka tak lain tak bukan Encik Fakhruddin pun ada sekalik bersama dengan Azizah. comey aje gf dia. wahh, kelas gitu! ktorang mantan MPP. ayat nak best.

mai aku cerita kitorang pergi mana je. tak lain tak bukan Mahkota Parade and Dataran Pahlawan. itu  memang lokasi wajib dan tak pernah terbuang kat benak pemikiran aku. 

Day 1 - tengok cerita Jebon Skyfall. komen aku pasal cerita tu, hmm slow gila wehh! mengantuk. kenapa dorang cakap best?? bagi aku biasa2 aje. lepas tu jalan2 lah kat MP. then dinner aku bawak pergi Klebang pekena yong tou fu tepi pantai. tak tepi sangat lah. tengah sikit sebab dah kena tambak. yong tou fu kat makcik tu sedap. aku and housemates selalu lepak situ. dah kenyang, pergi pulak dekat eyes on melaka. ktorang naik pirate ship and ferris wheel. Mr IH memang gayat. sebab tu aku saja paksa dia naik tuh. padan muka!

Day 2 - mula2 nak lunch kat Restoran Melayu Melaka area kolej UITM. belakang river cruise taman rempah. aku pergi hari tu tak la mahal mana. average. dah langkah kanan dah kaki nie masuk. sekalik buffet RM15 sekepala. ktorang ada 4 kepala so RM60. ishh, tak payah! aku nie makan 3 suap nasi dah kenyang. makan nasi aku memang sesuap dua dah cukup. tapi pelik kenapa badan nie tak susut? sambung nanges lagi! terpaksalah keluar dengan muka malu sikit sebab aku yang suggest tempat tu. gerak ke Lot 85 kat Durian Daun. area rumah lama yang banyak pahit dan manis. yang pahit banyak datang dari owner rumah, oppsss! lepas mencekik, ktorang pekena Klebang coconut shake! rindunya, dah lama tak minum. sekali dapat rasa, nikmatnya! lepas tu lepak dekat Pantai Puteri. lepas lepak ktorang tengok Istanbul Aku Datang kat DP pulak. cerita dia sangat comel plus sweet. jalan jalan jalan then dah tiba masa Mr IH dan Din balik. sedih! err tumbok nak??




Sungai Melaka.. ramai betul beratur nak naik river cruise. kayo melakau!


Mr IH saya!

makan 3 suap nasik pun badan cmni. tak pelik?


nie aku sukaaaa! last naik nie masa diploma dengan nuyul, aten and wanie. berapa tahun dah tu weh?? 





Pantai puteri
thanx awak sebab lima sem berturut-turut datang melawat kita kat sini. kita nak pergi Arau tak mampu rasanya. jauh!!


siapa yang datang melaka, jangan mengada-ngada taknak try Klebang coconut shake. tak sama dengan tempat lain okeyhh


leyasays : terlampau banyak kenangan kat Melaka nie sebenarnya. semua perencah ada. dari zaman diploma sampai lah degree. yang paling best mestilah masa diploma. aku boleh menangis bila ingat balik masa2 best dengan roomates kpm dulu. rindu.

Thanks for reading babeh! ^_^

Friday, October 26, 2012

AidilAdha



rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada seluruh muslimin dam muslimat....  ^_^

Bonjour Garden, Bukit Jelutong


 Selamat Hari Raya Aidiladha semua.....

Alhamdulillah tahun ini kita sama2 dapat meraikannya sekali lagi.. takbir bergema di pagi hari menyayukan hati.. amboihh ayat!
okeyhh, macam biasa lah.. tempat pertama yang kaki nie akan jejak during raya mesti la kat rumah opah kat Kelana Jaya tuuuu.. lepak punya makan punya gelak punya tido punya kemas, balik rumah! ohh tak lupa singgah tengok lembu and kambing yang ada kat surau depan rumah.. 20 langkah berkawad dari pintu gate rumah opah tu dah sampai ke surau.. aku mungkin langkah lebih sikit, 30 langkah maybe sebab kaki pendek.. umur dah 23 tapi excited tengok lembu dan kambing masih kebal dalam diri.. bukan aku je, all the cousins gilass pun sama.. ada cerita kelakar yang teramat-amat sangat raya haji tahun nie.. the whole day gelak okeyhh.. hishh, macam2! nasib baik takde orang masa tu. kalau tak, malu la atok Shamsul Annuar dek kerana perangai cucu2nya yang sengal belaka.. 

lepas dah habis aktiviti keluarga, kitaorang makan lagi! pergi Bonjour Garden dekat Bukit Jelutong.. cafe nie kat dalam Jaya Grocer.. some kind of hypermarket like tesco, carrefour etc.. baru bukak so apa lagi, serbu laaaaaaahh! kami2 nie memang pantang ada restoran baru bukak.. mesti nak try.. dari rumah opah lagi sibuk nak pergi.. "eh, bila nak g BONJO tu?" ada yang menyampuk, ha?? benjo?? raya2 nie nak makan burger ke? aduhh! yelah, apa2 aje.. Bonjour in France means Thank you.. so Bonjour Garden maknanya Terima kasih Taman. LOL. apa aku merepek? atau buat lawak tak jadi?  -_______-

bagi aku kat sini best and sangat sedap okeyhhh! siapa2 yang nk try western and Italian foods macam pasta and pizza memang recommended! price pun affordable.. tak mahal sangat.. nanti try okeyhh! ^_^





 mintak lunch kat makcik kantin sekolah asrama penuh

 foooooooodssssss
 ** typo.. it should be desserts.. penangan malas nak edit balik..



 rasa macam kat kantin sekolah tak? tak pun kat kedai mamak..
ane, kuah kasik lebih sikit!


 1. Tuna cream sauce spaghetti ( yummyyy!)
2. mushroom soup
3. carbonara (superb!)
4. Pizza - Tuna
5. Meatballs and Potato salad (awesome!)
6. Mashed potato
7. Pizza - Paperoni
8. Roasted Chicken
9. Lamb Chop (highly recommended!)
10. bukan food. nazirah punya hp. sebok jehhh


 LETS EAT!

 Mommy and Mak Ndak






Chocolate, Mango and Hazelnut shortcakes
  sedap! :)

 this was awesome!

 mak pun nak jugak tau!  :D



 lepas konyang beli barang kat Jaya Grocer.. price pun tak mahal sangat.. averange :D

leyasays : semua nie adk aku yang belanja.. minah Shera tu.. bila aku pulak nak kerja nieeeee? -.-

Thanks for reading babeh!  ^_^


Tingkat GL2, Plaza Jelutong, No 5C,
Persiaran Gerbang Utama, Bukit Jelutong, 
40150, Shah Alam, Selangor
Tel: 7734-3018

Saturday, October 13, 2012

See U Village Steamboat


 Salam all.. semester nie masa awal2 sgt heaven sebab kelas banyak canceled! seronok kaaaaann? tapi kalau tak habis silibus, padan muka korang! berderet nak kena buat replacement class. jumaat lepas takde kelas jugak tapi penatnya macam sehari suntuk menelaah buku kat kampus. padahal berjimba kat AEON! tak plan pun.. tiba2 aje pergi. boleh ek cmtu? errkk.. aku and housemate pergi tengok movie. Aku Terima Nikahnya. kenapa sekarang tengok movie melayu nie??? takpe, yang penting Nora Danish sangat comel okeyhh. plus student price. so tak la kira sangat. yang aku boleh komen cerita tu agak slow. banyak kali menguap. tapi sebenarnya cerita dia ok jugak. banyak pengajaran. kena appreciate perempuan. aiceehh. dah, malsa nak cakap dah pasal tu.. 

then, ktorang pergi makan steamboat.. dari luar bau tom yam dia memang sangat2 memanggil untuk masuk makan! sedap jugak kat situ. but aku rasa a bit expensive sebab bukan buffet. kalau buffet kan best. melantak lah kerja kau! 





 tengok lah budak zaman sekarang.. 



 mine.. barley with lemon.. sedap! 

soya cincau

leyasays : assignments banyak oii! 

Thanks for reading babeh! ^_^


G39 & G40,
AEON Bandaraya Melaka Shopping Centre,
No. 2, Jalan Lagenda, Taman I-Lagenda,
75400 Melaka.
  Tel : 06-286 9954

Wednesday, October 10, 2012

Minah bunga

amboooiii. macam mengada je minah nie kan.. seronok makan korean foods.. tu je aku nak update.. ramai dah bising kenapa aku tak update.. haisshh, retis rasa! hambik! nie je yang aku update.. but for now jelah.. later i'll update more.. love you guys! retis lagi!

leyasays : jgn ingt tak ramai followers takde yang view blog aku tau.. ok bye!

Thanks for reading babeh! ^_^

Monday, October 1, 2012

Snogurt


 hye2, this entry aku nak post pasal Snogurt.. ramai yang suka frozen yogurt kan? aku rasa nie baru lagi kat market. tak macam Tutti Frutti. dah recognized all over the world. yang nie aku tak sure. sebenarnya dah lama aku and siblings try Snogurt nie. masa puasa hari tuh! my personal comment kan. the taste was ok. but i prefer more on Titti Frutti. lagi snow froyo dia. Snogurt nie macam kasar sikit. 

tapi tak sure lah time tu rasa cmtu and now maybe they've made improvement ke kan. better taste than before. kalau nak try boleh la ke Shah Alam. kat area Plaza Massalam. betul2 sebelah Restoran Arab ZamZam Seksyen 9  :)







adik beradik sedang menikmati frozen yogurt Snogurt. masa nie ponteng terawih. ish ish ish



amboii kau minaaah, BERIA!

leyasays : aku banyak card untuk dicop. Tutti Frutti, Moo Cow, Berry Berry. jenuh nak penuhkan!

Thanks for reading babeh!  ^_^