Friday, February 1, 2013

Bandung Day 2


24 January 2013
Shopping kat Pasar Baru, Factory Outlet and Kartika Sari

sebelum jalan kena breakfast sehabis kenyang. buffet rugi kalau tak melantak betul2. makanan kat hotel nie sedap. ada nasi goreng, mie goreng, bubur ayam, nasi kuning, es jeruk and es jambu batu. ohh, tak lupa roti bakar and omelette.  

comel kan?


omelette dia super awesome! tiap2 pagi kitorang bedal. dalam dia ada cheese. sampai sekarang aku teringat2 kat rumah -.-

nasi goreng dia rasa macam nasi beriani


newspaper. entah apa yang yang rakyatnya dipikirin



senang nak ingat no plate tu kan? :)





Pasar Baru. memang famous kat Bandung. masuk2 je kat situ mata dah terkebil-kebil. nak beli ape nieeee? banyak sangat barang okeyh. masa kat situ kitorang guided by Ben. dia kerja dengan Angga, travel agent ktorang. Ben tu umur 30 tahun. tapi comel gilos! kerjanya asyik senyum je. cewek2 boleh cair.

kain pasang kat sana murah and cantik2. juling mata. dah amek yang nie, nampak yang lain pulak lagi cantik. iman tergugat betul. at last aku amek 2 pasang. yang lain berpasang2 sebab nak bagi kat orang jugak. aku agak untung sebab takde yang kirim. mak, ayah, opah, atok and aunty2 aku taknak apa2. duit tu memang untuk aku punya sorang! tapi aku ada lah beli sikit souvenir kat dorang. baik tak? baik tak?

kat pasar baru nie orang dia baik2. tak beli pun takpe. tak macam Jakarta. nanti aku cerita eh. nk tawar, kena tawar kaw2 orang kata. kat kedai kain nie jugak aku tukar lagi diut RM. mula2 pergi kat money changer rate 320. tinggi kan? so tak jadi. owner kedai nie bagi ktorang tukar 310. hambik lah apa lagi. aku tukar RM310 = 1 Juta rupiah.


kemain!

kakak kaki melecet. size orang2 Indon nie kecik2 je. puas lah si Yana nie cari kasut size dia. tak jumpa. tapi kenapa gaya budak tu macamnak propose Yana je. Manohara la katakaaan ^_^

banyak orang jual air. setiap sudut lah.





duit rupiah nie pening! aku tiba2 jadi bengong tak reti nak kira. berapa kali salah bagi duit. ada sekali tu nak beli air mineral 3,ooo rupiah tapi aku bagi 30,000. senang2 je nak bagi orang cmtu. nasib baik cashier tu baik. siap nasihat lagi. hati2 ye kak! baiklah dik. pict kat atas sila abaikan scars saya. bila nak hilang haaa? -.-" muka kemain mengira!

Barang aku beli kat Pasar Baru
Kain pasang 2 helai = Rp250,000
Telekung 5 pasang = Rp150,000 (sepasang Rp30,000 dalam RM9)
Simcard Rp10,000
Pulsa (topup) Rp27,000

kat sana credit dorang panggil pulsa. aku ingat nak beli blouse tapi tak berapa cantik lah. tak un to date. so tak jadi beli. plus boleh tahan mahal. tak murah pun -.-



 
dah penat jenjalan, sapedek! lapar bangat sih! singgah makan kat Riung Sari area Jalan Riau. sedap jugak plus tak mahal pun. 5 orang makan . Rp170,000m = RM54. 



welcome tea. kat semua restoran mesti ada teh nie. takde gula and rasa dia macam green tea. sedap. memang lawas perut.




Menu
Ayam goreng Riung Sari
Gurame goreng (tilapia je sebenarnya tapi famous kat sana)
Sambal belacan

simple tapi sedap!





lepas makan tu, jalan2 lagi kat area Jalan Riau. kat situ ada Factory Outlet. macam shopping lot. exclusive sikit kot. macam rumah2. syok jugak tapi harga dia a bit expensive. ktorang cuci2 mata aje. simpan duit. banyak lagi nak kena guna. baru dua hari! 

 




dapat cekau 2 helai! Rp59,000 = RM 18 sehelai. kt Mesia ceq rasa tak dapat nih.


Collector Parfum. lama jugak ktorang melepak kat sini. I love Perfume! walaupun kat almari bilik aku ada berbotol2 lagi yang belum habis, tapi nak grab jugak yang nie. murah sangat2. bau dia pun tahan lama. dia ada bagi list perfume and pilih je nak yang mana. aku beli Dior Addict 2 and Hugo Women.

Prices
30ml - Rp45,000 (RM14)
50ml - Rp50,000 (RM18)
100ml - Rp110,000 (RM34)

mat baju merah nie baik giler! berapa banyak kali ktorang test bau. dia layankan aje. takde nk marah or buat muka. pro pulak tu. sekalik bau, dia dah tau tu perfume apa. brovo! bravo! nanti pergi lah kat sana. The Oasis Jalan Riau


wheee!

 
kat Jalan Riau nie jugak ktorang borong Tshirt. tapi Tshirt Bandung jela yang mampu pun. 
 S & M - 3 helai = Rp50,000. erm leih kurang RM5 sehelai. L & XL - sehelai Rp20,000. aku beli 6 helai and masing2 beli tshirt I <3 :="" bandung="" esok.="" p="" pakai="" untuk="">



nie memang wajib pergi kalau siapa2 ke Bandung. kat sini banyak jual brownies, kacang, coklat, cake and macam2 lagi lah. seronok jugak kat sini. tapi aku tak berapa nak ada mood sebab sakit mata. masuk habuk. merah gila mata. dah boleh kahwin dengan bapak Edward Cullen. suka suka suka.




The brownies. price range Rp44,000 - 45,000

Mine! red velvet (RM5)


Es Durian. nie terbaik! sedap bangat! ada kat tepi2 Jalan Riau tu. u all should try this! harga dia Rp8,000

Dinner! teringin sangat nak makan bakso pure dari Indon. supir bawak makan kat Maso Malang Karapitan. apa ke pelik nama kau! 



Mineral water dia style!



Coco Purple, Esjeruk kelapa and depan tu cincau. aku punya paling superb. Es jeruk kelapa. cincau tu tak sedap!

bertepatan dengan nama restoran nie. memang malang bagi kami sebab basonya ciput nak mamp*s! 5 suap dah habis. belum sempat ginjal nak tapis, dah sampai kat usus besar. ready untuk dilepaskan ke tempat yang sepatutnya. harga semangkuk Rp18,000. rugi! rugi! tapi takpe. staf kat sini comel2 belaka. Manohara Mesia jumpa Rnady Pangalilanya kat sini. sorang staff nama dia Riki sebijik muka macam Randy! 





sebenarnya hari tu birthday aku! phewwiitt! Happy Birthday to me. Happy Birthday to me! 24 tahun sudah. timeline fb dah penuh dengan birthday wishes. memandangkan aku tak pakai handphone yang canggih macam orang lain, balik Mesia baru aku reply semua post dari fans aku tuh. birthday cake dorang beli cake kat kartika sari. yang bestnya, aku pun ada share beli cake tu! tak aci. tapi sedap ohh.


pisau tu nak pancung orang pun boleh.


my 2013 birhday cake. dah habis nyanyi, aku tak tau nak tiup apa. haha. Thanx korang! <3 p="">

leyasays : shera kata nak celebrate kat Indon je. aku replied tahun nie kat Indon. tahun depan kat Paris. honeymoon! hahahaha. miang kau!

Thanks for reading babeh! ^_^

Thursday, January 31, 2013

Bandung Day 1

23 Jan 2013
Let starts with Day 1
aku dah cerita kat entry sebelum nie sebelum nak gerak macam2 dugaan kan? nie dah betul2 nak pergi pun hado juge. aku sampai LCCT dalam pukul 1.45pm. flight pukul 2.55pm. ok lah tu kan? sampai2 je terus jumpa kawan2 aku kat Marrybrown. aku tengok bags dorang, mak aihh! berat! dah lah pergi nie 30 kg je total. yelah, perempuan kan? macam2 bahan nak kena ada. dari yang kecik sampai lah ke besar. aku dah risau. memang exceed 30kg nie. tu ke tepi dulu. kita cerita lain.

time tu dah final call. kawan2 aku pergi surau. aku call banyak kali sorang pun tak angkat. aku risau lagi. terpaksa lah langkah pendek nie berlari sekencang2nya ke surau cari dorang. dah jumpa dua orang. fifi pulak takde. handphone dia pulak kat dalam bag. ahh sudah! mana nak cari dia nie. aku jugak yang lari cari dia. kali nie kena 3kali ganda kencang berlari. mesti orang2 yang aku lalu seronok menikmati udara laju hasil larian aku kan. -.-

okeyh, finally jumpa cik kifah itu. timbang bags pulak. confirm2 lah lebih berat. 1-15kg bayau RM110. ktorg lebig 20kg. so kena bayar RM220. mahal woii! nasihat aku, sila lah jangan exceed limit baggage tu eh. terbang duit. lepas tu berlari lagi nk check passport. on the way tu, ayah aku yang pegang semua passport. tiba2 dia perasan satu passport takde. kelam kabut lah. Fifi punya takde. ayah jadi panik sebab dia yang pegang kan. dia dgn mak patah balik kat counter check in. sambil2 tu aku tengok2 kat lantai mana tau jatuh kan. tapi sebenarnya passport tu kat Fifi. aduuhh! honestly aku cakap time tu memang kesabaran aku diuji. berapa kali aku berlari ke sana ke mari. passport hilang pulak. balik dari Bandung mak cakap muka ayah pucat sangat masa passport hilang tu. yelah, orang punya. ingatkan ayah pegang semua. takpe lah benda nak jadi.

apa yang aku boleh cakap, sebelum pergi, dugaan memang banyak. dari mula sampai lah nak fly. berlari tak payah cakap lah ktorang. explorace wooi! dah selamat naik plane baru lah lega! badan aku tak payah cakap lah. macam bangla okeyhh. berpeluh gila babas! tapi takpe. experience tu penting ^_^

mak pun nak jugak. thanx to mom and dad yang bagi duit poket. tanpa mereka, siapa lah saya untuk shopping kat Bandung tu


Alone. kitorang duduk bersepah! nak murah kaaan :D


Nasi Lomak Pak Naseer. sodap. tapi nie bukan aku punya. aku omputih sikit. aku order Chicken Lasagna 


here it is! bandar Jakarta 


finally we arrived at Soekarno Hatta International Airport, Jakarta
1.55pm-3.55pm
waktu kat Indon sejam lambat dari Mesia. bila tengok jam asyik lah silap. lupa yang sana sejam lambat.







dah sampai sana nak cari pulak supir. tak nampak pun kat depan2 tu kertas tulis nama Kifah Afifi. yana dan Shikin ditugaskan untuk cari supir tu. tapi kenapa bijak sangat supir tu duduk je? tuliasan pun kecik! mana nak nampak lakcik oii. yang paling interesting, ejaan nama fifi dorang tulis KIPAH. comel kan? aku lupa nak bagitau pasal supir nie. boss dia nama Angga. supir kitorang nie nama Pak Agung. ktorang bayar kat Angga RM500 untuk seminggu. tu termasuk hotel dan supir. murah kan? service dia pun ok. on time. dia pun ada FB. cari je Angga Wigangga. reply cepat je. 

                                      

baru sampai, dah pening letak bags kat mana.


sepatutnya dari Jakarta ke Bandung dalam 2-3 jam je. tapi sebab Jakarta banjir masa tu, dari pukul 4 lebih bertolak sampai kat hotel pukul 1 pagi! kira lah sendiri berapa jam. dalam kereta tu rasa nak jerit jeeee! kebas pungkok tau tak. orang2 Indon kata jammed tu macet! all the way macet! lepas tu driving style dorang sangat berbeza kat Mesia. kalau kat Mesia, ada jugak yang biol, angkuh sombong kat jalan. tapi tak macam kat Indon. macam takde rules je yang boleh guide dorang nie. semua drive ikut suka hati. time tu lah rasa I Love Malaysia! seriously! kat tengah2 highway yang macet tu boleh lagi ada orang jual barang2. yang mintak sedekah pun ada. yang aku perasan, kat Indon nie dorang pakai MPV. Avanza, Innova berlambakss! aku rasa punya Indon jammed sebab banyak sangat MPV dan lori besar2 kat highway. seriau kitorang kat dalam kereta. semua kereta dekat2. -.-" 



singgah beli air. haus gilos!


seronok yeaaa muka?? korang tak tau kena rempuh macet tuh lagi! 









singgah R&R mana entah. tapi retoran nie sangat superb! sedap. makanan simple tapi rasa dia menyengat. especially nasi dia. macam pulut sikit. ala korea gitu. tiap kali nak makan mesti cari nasi macam tu. tapi sampai ke sudah tak jumpa T_T





LA NOSTALGIE HOTEL
hoyeaahh! sampai pun hotel! pukul 1 pagi okeyhh. sila tengok mata masing2. vampire! boleh jadi extra kalau ada lagi sambungan Twilight. kalau ada lah. tapi dah habis pun. 



nie hotel dia. sangat cantik tau! kitorang sangat puas hati. cantik dan selesa. staff dia pun baik and friendly. aku recommend sangat duduk kat hotel nie. service and foods dia super awesome! nie link La Nostalgie Hotel   http://www.facebook.com/pages/La-Nostalgie-Hotel/389362521156220









pendek terserlah part 1

leyasays : bersyukur negara kita aman sekaran compared dgn negara lain :D

Thanks for reading babeh! ^_^


Trip to Bandung


Salam semua. pa habaq? sehat kaa? lama ceq tak update kan? sorry naaa! kali nie hangpa baca lah puas2 pasal trip ke Bandung-Jakarta ceq dgn kawan2 ceq. aku rasa nak demam sebenarnya. tiba2 tangan nie type loghat Kedah. 

well, setahun penantian akhirnya tiba! nampak tak macam mana ktorg counting the days untuk berjimba ke Bandung? almaklumlah. tak pernah pegi oberseeee! batak sikit. plus, aku kan selalu kena tinggal dengan family masa dorang pergi jalan. sebabnya aku kan skema. study itu lebih penting dari vacation kan? nanges! T_T

kalau dah booked flight ticket setahun awal, boleh tau dah kan murahnya mcm mana. RM170 pergi-balik! included baggage, insurance. murah tak? murah tak? sebelum nk pergi, macam2 dugaan dik non oiiii! especially pasal date practical. clash dengan date ktorg pergi nie. intern supposed start on 28 Jan. ktorg balik Mesia 29 Jan. mula2 give up. takpe lah, tak payah pergi. sekali lagi keskemaan aku keluar. intern lagi penting dari vacation. tapi parents aku encourage aku pergi jugak ke Bandung. suruh mintak extend date nak start internship. betul jugak kan? 

tak stop kat situ je. nak kena hadap lecturer yang arrange pasal intership nie. macam bagi, tak bagi je ktorg extend. UITM tak ada kena mengena pasal nak extend ke apa. apa2 hal kena deal dengan company tempat intern tu. aku punya Alhamdulillah. senang je nak dapat permission. tak banyak soal pun. tak payah buat surat bagai. just email and inform je. kawan2 aku yang lain parah sikit. lagi MAS. banyak soal betul! anyway, benda tu semua dah lepas. semua dapat postpone. seronok kaaaan? 

sebelum mula cerita pasal trip nie, meh aku kenalkan aweks2 cun yang pergi. ^_^


Shikin


siapa tak kenal budak kecik nie, meh aku tarik telinga!



Fifi



Amal


Yana

 

Duit dah ready, passport pun dah renew. lets go!!

ohh btw, kat Mesia aku tukar RM1000. dapatlah dalam 3Juta rupiah. kayo! kayo!  

Sunday, December 30, 2012

Them


Salam
weekend hari tu aku attend cousin nuyul punya wedding. kat bukit jelutong aje. aku semangat nk pergi sebab nak jumpa hunny bunny aku. lamanya tak jumpa. rindu tahu? wedding nie macam yang paling lama aku attend. biasanya dah isi perut sampai penuh, challo bette! buat apa nak tunggu lama2 kan. tapi nie lain sikit. siap ratah lauk banyak kali. sebab sangat sedap. tak malu kan? plus duk lama sebab lagu KPOP. siap menari lagi. tapi sikit2 sudah. kang ada yang offer sign kontrak suruh jadi artis rakaman. aku tak habis study lagi. mana nak jadi selebriti, mana nak bahagikan masa jadi student. susah kan? LOL.

 tujuan sebenar nak bagi muka kurus. SANGAT weh.sangat kurus


 my nuyul. Love her :D

 my ct. Love her too :D

 layankan aje budak dua orang nie


 KPM''s. rindu  :'(

 motif?


 aku memang ikut tema hari tu 


off to Subang Parade!


 door gift. moist cake itu sangat awesome! sedap gilaaaa

pimples aku dah kurang. blackhead pun dah kurang. aku mmg problem blackhead. banyak gila kat hidung.  kulit pun makin bersih. nak tau aku pakai apa? hikhik. alhamdulillah ^_^

leyasays : Selasa baru balik Melaka. celebrate daddy's birthday duluuuu 

Thanks for reading babeh!  ^_^

Saturday, December 29, 2012

Last Final Exam

Salam and good evening!

aku lepak2 je study week nie. macam nka balas dendam masa buat assignment hari tu. belum pun bukak buku lagi. tak ready nak hadap encik dan puan buku. maybe balik Melaka nanti baru rasa hati nie nak jenguk2 buku. sebenarnya jadi malas mcm nie sebab study week dua minggu! cuba 4 hari je macam semester lepas. kelam kabut hoii! and rasanya lagi satu sebab notes pun ada banyak buat dari sem lepas. tu yang relax. merayap tak payah cakap lah kan. memang kena! aku nie tak suka sangat dudujk rumah. macam biasa lah meh aku bgtau jadual final exam untuk last semester nie. weeeee!

4 Jan - Industrial Relation (HRM659)---------------> 2.45pm - 5.45pm

7 Jan - Strategic Management (MGT657)-----------> 2.15PM - 5.15pm

11 Jan - Organizational Development (HRM645)----> 8.30am - 11.30am

14 Jan - Compensation (HRM648)------------------> 9.00am - 12.00pm

18 Jan - Performance Management (HRM544)------> 8.30am - 11.30am

21 Jan - Research Method (MGT648)---------------> 2.15pm - 5.15pm

23 Jan - OFF TO BANDUNG!!!! WEEHHHOOOO...!!

setahun okeyhh tunggu nak ke Bandung nie. waalaupun lately aku rasa malas and takde mood nk ke Bandung tapi ramai betul yang encourage aku pergi sana. nk kirim letteeww! btw, pelik gila aku tak nak pegi vacation kan?? takde mood?? biar betik! tapi InshaAllah aku akan jejak jugak ke sana. dulu kan aku kena tinggal sorang2 kat Msia nie sebab SEMUA family aku pegi Bandung. tragis tak? 

setelah lama tunggu tempat untuk praktikal, Alhamdulillah dapat jugak. dua tempat setakat nie. Syabas and PNS. surat dari PNS yang sampai dulu, so PNS lah aku akan pergi. PNS ok bukan PNB. PNS stand for Perbadanan Nasional Berhad. PNS responsible for develepoment in franchise industry. aku taktau pun company apa nie sebenarnya. main apply je. dah dapat baru terhegeh-hegeh nak google. office dia kat Bangsar South. dekat sangat dengan office lama aku dulu. boleh jumpa ex-officemates!

ramai yang hairan, kenapa aku taknak apply kat company lama untuk praktikal. memang saja je aku taknak apply. kalau asyik tempat yang sama, otak tak berkembang kan. nanti kat resume semua company sama. praktikal diploma, kerja and praktikal untuk degree pun company yang sama?? ohh tidakk. saja aku nak cari experience baru  :)  moga2 praktikal nie takdelah banyak dugaan. and hope sangat officemates pun best. hope sangat!

leyasays : sedar tak sedar dah habis dah aku study. no more class, no more assignments, no more presentaion and yang paling penting no more Melaka! muahahaha. tapi dalam lists tenpat aku nak  honeymoon nanti kat Melaka. ambooiihh, miang betul aku!    

Thanks for reading babeh! ^_^

Thursday, December 27, 2012

Dubu Dubu Seoul Food


Hye2.
siapa yang tengok Runningman?? aku sangat2 sure raaaaaaamai yang layan Running man kaaaan? aku tak pernah missed satu episod pun tau! dari dulu aku layan. aku paling minat Jae Suk. walaupun dah tua bangka, tapi kadang2 dia nampak hensem jugak. suka! suka! suka! siapa2 yang tension, sila lah hadap Runningman nie. confirm golak! ada satu episod, kalau tak silap aku episode 123 KOT. malas la nak recheck uollss. yang ada si comel HyoJoo and si hensem Gosoo. mission dorang asyik makan je. aku terliur okeyyhh. terliur! cepat2 aku call Mr IH nak ajak dia makan Korean Food. esoknya jugak! tak boleh tunggu lama2. kesian perut. so, kitorang pergi lah Dubu Dubu kat One Utama sinun! tu je yang paling dekat.

my personal opinion eh. menu dia tak banyak lah compared to korean restaurant yang lain. aku nak pilih pun macam hhurrrmmmmm. macam tu lah! tapi memang dari rumah dah bajet nak makan Bibimbap aje! sedap! sedap! sedap! nasib baik sedap!  :D  nanti aku nak try lain pulak. order one dish je sebab Mr IH mana layan makanan korea nie. nak bayar tu aku punya lah beria nak guna Kad Siswa tuh. konon nak dapat diskaun lah kan. hampeh betul. rupanya satu menu je wehh! kureng betul! 


 Aloe Vera Punch and Peach Tea



Chicken Bibimbap!
 

 tengok dekat2! nyumnyumnyum. 
tiba2 perut lapar pulak update blog nie  =.="

ingat comel letteeww? 
tapi you tetap kat hati i
errr. macam bukan aku je yang berkata-kata  -.-"

seronok kan dapat mencekik tu? thanks awak temankan ^_^

leyasays : kadang2 aku terfikir. kad siswa nie utk raih undi ke? function dia tak la best pun. banyak term and condition okeyhh. 

Thanks for reading babeh!  ^_^

Surau @ Space U8



Salam semua. tadi aku and mak ndak's anak beranak pergi tengok movie kat Space U8. kitorang tengok cerita The Hobbit. well, bagi aku cerita tu aku tak suka sangat sebab agak bosan and aku tak paham jalan cerita dia. tak boleh nak salahkan cerita tu sebab sebenarnya aku yang slow!! semalam tengok cerita CZ 12 Jakie Chan berlakon pun aku tak paham, dah keluar dari tengok cerita tu terhegeh2 tanya kat MR IH " you, boleh tak cerita balik movie tadi. i tak paham" lembss lah aku nie -.-
The Hobbit nie pun aku suruh mak ndak aku cerita balik. terok! terok! baik tdo je kat dalam tuh! lepas habis memblurrkan diri tengok movie, ktorang pergi solat Asar kat surau Space U8 tu. nie bukan first time aku pergi sebenarnya. tapi kali nie takde orang je. sebab tu saje nak batak tangkap gambar. siap ada model lagi tu. apa yang aku kagum kat surau nie sangat tenang. ada mini air terjun lagi. tenang je bunyi, sejuk. bersih. seronok solat kat sini. aku bangga sebab shah alam ada tempat solat yang cantik macam nie, selalu kita tengok masjid yang besar2 je kan yang amazing cantik and menarik. surau memang jarang. syabas Space U8. syabas!


 tengok minah nie. tak diam! excited lebeyh


 tempat telekung. tapi bersepah sikit. biasalah kalau dah ramai2 pakai kan?




leyasays : tempat wudhuk dia pun cantik. tak sempat nk snap sebab battery low. sobsob. nanti sempat aku upload lagi. kan bagus kalau semua tempat buat surau macam nie.  :)

Thanks for reading babeh!  ^_^