Thursday, January 26, 2012

ohh account!!






hari tu aku lepak library shah alam.. sangat best okeyh.. sape2 yang tak pernah pergi, sila lah rajin2kan diri tu jejak sana.. selain boleh study, baca buku, korang boleh jugak pergi gym.. RM5 untuk 3 jam.. berbaloi kaaann? lemak pon 3 kilo boleh pecah.. selain itu, kat sana ada 6D theater.. RM10 je.. best jugak.. :) daripada lepak tak tentu arah, baik lah jugak ajak ramai2 lepak kat sini pulak kan? ohh btw, aku sedang berusaha untuk ingat balik subjek account masa belajar diploma dulu.. adik kembar aku sorang tu, further accountancy kat uitm lendu, melaka.. tiba2 rindu belajar account, gaduh2 siapa siap dulu.. hati berdebar-debar masa buat, at the end balance ke tak jawapan.. tiap kali lecturer bagi homework, tak pernah dapat jawapan! tapi bila dah discuss, senang jeeee! pergghh! rindu siott.. serius rindu! :')

Mom's birthday

Actually my mom's birthday was on 14 January.. i dunno why i am sooooo lazy to updating blog.. i was thinking to deactive blog's account.. tapi, sayang pulaa.. macam takde masa, takde idea.. haiyaa.. tapi takpe laa.. update sikit2 pon okeyh juga.. well, we all had dinner at Island Steamboat, Subang and celebrating mom's birthday plus rezeki Allah bagi pada yang teraniaya.. mak lang jadi mangsa orang yang hanya pentingkan dunia dan sangat mengajar kerjaya yang tak ke mana pon.. last2 mak lang menang untuk satu credit card contest.. alhamdulillah! ok, tu dah lain topik..



dah boleh bayangkan macam mana kecoh tempat tu??

kembar lagi sorang sedang menelaah buku kat melaka


kucing stim

mak! happy birthday! 49 tahun.. tapi oran tak percaya ok dia 49 :)

leyasays : pelik dengan sikap orang yang pentingkan dunia dan sentiasa cari peluang untuk tutup rezeki orang.. tak tenang hidup tu jaaaah! wait and seeee :)

Monday, January 16, 2012

Petrosains, KLCC

Date : 13 January 2012
jum merayap kat KLCC pulak!
aku balik rumah sebab ada 8 hari gap before last paper.. tak dapat A+++ tak tau lah..
so, aku dengan sayangss plan nak jadi budak sekolah..
padahal mula2 nak pergi Aquaria.. tak jadi sebab mahaaaaalll! kau tengok ikan berenang2 je kan.. pasar banyak! jangan nak bazir duit.. so, berada lah kami di Petrosains.. RM15 je.. compared to Aquaria RM35.. berganda tuh! last kaki nie jejak Petrosains masa sekolah rendah.. berapa belas tahun tuuuu??

signboard yang sesuai sebenarnya
SELAMAT MENJALANKAN KAKI ANDA SELAMA PALING KURANG PUN 3 JAM!
masuk sana silalah awal2 kalau betul2 nak meneroka alam sains sebetul-betulnya..




T-REX nyanyi lagu melayu.. kelakar ohh!
btw, i love both of them!

aku baring kat atas paku okeyhh.. nasib baik aku tak meletup sebab badan pon dah sama dengan belon -.- *jantung sedang mengepam dengan lajunya sebab nervous!

butterlies like aten! :D

uji cengkaman apa ntah.. soft rubber, hard rubber etc.. aku sikit lagi nak jatuh! siot betul.. btw, selipar tu busuk!

F1 car

agak batak ktorang kat sana.. ape yang jadi kat kita hari2 kita pandang biasa je.. tapi dari pandangan sains sgt2 amazing! aku TERimpressed kejap..


leyasays : korang pernah tau tak aku dulu nak jadi ahli geologi?? aku minat gile geografi.. and pernah juga nak masuk askar walaupun tengah sedar diri tu tak cukup tinggi.. macam nonsense je tapi seronok kalau jadi realiti! sekarang apa aku buat? studying Human Resource Management.. langsung takde dalam ambition list aku.. pape hal pon, alhamdulillah :)

Wonderland, Melaka

8 JANUARY lepas aku berjimba di Wonderland, Ayer Keroh Melaka.. dengan Housemates Durian Daun :D
masa ni SEDANG final exam yee kawan2..
SEDANG!
memang giloo..
tapi minda yang tengah serabut nie kena lah diuraikan dengan aktiviti2 berfaedah seperti merendamkan badan di Wonderland..
Adult RM30.. boleh tahan mahal jugak..
tempat dia sudah semestinya langsung tak sama dengan Sunway Lagoon, Gambang Water Park, Desa Water Park dan seangkatan dengannya..
yang bestnya kat sini, tak ramai orang.. so, kau boleh lah turun naik gelongsor tu berapa banyak pon selagi kaki boleh melangkah, tapak kaki tak rasa macam kau tengah barbeku kaki tu dek kerana lantai yang panas, urat kaki sedang elok tak rasa macam nak putus, boleh lah turun dengan menjerit2 dari gelongsor dan jerit2 jugak naek bukit dek kerana keterujaan melampau turun benda alaaa tu.. ok, aku over! padahal dua, tiga kali dah lepak tepi2 sebab perasan diri puteri lilin, tak tahan panas..




Tornado Chaser.. antara game yang buat aku kuat menjerit..

BENCI! aku tak suka sebab aku rasa dia 90 degree menegak.. rasa macam nak terbang ohh! stop je tube, aku pening!
this is my fav! rasanya 4 kali aku meniarap turun benda nih!

yess, i won!
puas menendang dengan menggunakan kaki yang kontot nie

u gedikss laa dino!
* serius tak tau nama diaaaaa

leyasays : final paling otai aku rasa sem nie.. berjimba lebeyhh!! result jangan berjimba sangat sudah lah! :D

Saturday, December 31, 2011

New Year uolsss

assalamualaikum! :D

lately nie x banyak yang dapat aku update.. busybusybusy.. minggu2 last class aku da tak rupa orang da.. mata lebam tak cukup tido.. aku benci minggu akhir itu.. arghh! tapi benda tu dah lepas.. kena tunggu sem depan kalau nak jadi macam gorila pulak.. haihh.. bila nak habis belajar nie? tak sabar woii! sekarang tengah study week.. ada 11 hari untuk first paper aku.. sekarang nie dah hari ke 9.. maknanya lagi 2 hari.. kejapnya masa berlalu.. bagus2! lagi cepat aku habis belajar.. ini adalah satu perasaan serius! haha..

ohh btw, hari ini 1 January 2012.. kejap je da masuk new year kan.. and birthday aku pon tak jauh.. yippiii! 23 kau dah leeyana! tahniah la yeaaa.. tapi tak berjaya jugak tunjukkan kematangan yang sesuai dengan umor 23.. agak2 birthday nanti dapat apa eh? daydreaming kejap! tapi tak dapat pape pon aku tak kesah.,. janji dapat bersama dengan orang2 yang aku sayang.. haha.. anniversary pon nak dekat dah.. 4 tahun babe! MR IH ada cakap.. " terok2 i nie, 4 tahun jugak bertahan!" betul jugak tuh.. haha.. tapi tak dapat celebrate.. busy ohh.. lagipon bukan elok sangat celebrate anniversary ni.. omputih je tuuu..

sekarang nie jam menunjukkan 11.15 hari ahad.. janji nak study lepas subuh.. sekarang haram! tak start pape lagi.. haha.. alaaaa, rilex sudah.. and aku rasa lagi elok kalau kita tak payah nak menunjuk-nunjuk yang kita nie study sangat! post sana, post sini.. risau laa tak study lagi, semua orag dah study.. alahaaiii.. pergilah bukakk buku sekarang, study! memekak tapi tak buat kau tak rasa yang tu annoying? or kat FB post now studying with blablabla.. semua post pasal benda tu.. tak payah kot makcik.. rilex2 boleh? pastu kalau dah bijaksana sangat, jangan nak rendah2kan orang yang tak sebijaksana kau boleh?? sekarang yelaa kau pandai, kau score semua subjek, kau sorang je yang study setengah mati, kau je yang nie, yang tuu.. tapi tak semestinya kau akan bernasib baik masa dapat kerja nanti.. yang kurang bijaksana dari kau mungkin akan lebih bernasib baik.. (aku tak tuju kat sorang.. mungkin juga beramai-ramai) soo, tak payah nak menggelabah bontot ayam yang kau orang nie BIJAKBINASA sangat.. tak baik la perangai macam tu.. Allah marah tau.. kita digalakkan untuk bersikap sederhana kan? :)

pape pon, HAPPY NEW YEAR! love you all! :D

Thursday, December 1, 2011

Ombak Winduuuuuu


assalamualaikum! :D

dah sebulan aku tak update blog... no idea laaa nak membebal apa... plussss kerja yang banyak dan test2 yang menguji minda, mental dan kepala otak.. maka masa untuk update blog sangat2 terhad! so, terjadilah sebulan blog nie penuh dengan sawang dan habuk2.. well, petang tadi aku pergi tengok OMBAK RINDU kat Jusco.. pada ex2 kpm melaka yang da lama sangat tak turun melaka since lepas grad, Jusco sebelah Tesco yang dulunya rangka jeee, yang semua orang harap benda tuh siap sebelum kita habis belajar, duk berangan lepas class kita boleh menapak ke Jusco tapi macamlah korang tak tahu yang panas melaka nie macam mana sampai sanggup menyahut cabaran kerajaan untuk membuat 10,000 langkah satu hari, tak campur lagi pemandu2 kereta yang macam ada lesen terbang jeeee.. lagi mau jalan kaki?? pelik sungguh pemikiran masa2 kita dolu kan? tapi rindddduuuu T_T Jusco yang kita impi2kan dolu tu dah lama gah di bandar melaka bersejarah..

eh, back to Ombak Rindu.. tadi aku dengan housemates pergi tengok.. secara jujur dan hati yang luhur nie, aku memang tak suka sangat tengok movie melayu.. haaaaa, nak kutuk aku?? nak jadi anonymous kat comment tuh? silakan... saya alu2kan.. :D aku ada alasan dan rasa tersendiri kenapa tak suka.. tak payah nak menyibuk..

aku rasa cerita tu a bit slow.. tapi memandang aku da lama baca novel tuh, so aku da tau serba sedikit ape yang akan jadi seterusnya.. yang penting, Aaron aziz sangat hensem n romantic.. sweet gile kotttt! best dapat hubby macam dia.. hmmmm aku harap yang aku akan daoat macam dia.. -.- tiba2 hati nie touching.. ohh, nak tau, ktorang 5 orang pergi tengok, sederet 5 kerusi meleleh weyh! aku menangis? damn! how come? maybe sebab cerita 2 touching n sweet plus hati nie yang asyik terasa.. haihh! i hate this feeling.. but what to do.. sabar ajeee..

aku recommend laa kat korang2 pergi tengok cerita dia.. bawak tisu ok... sapa2 yang hati keras, hati kering, tak payah kot.. tapi spare jelaa.. mana tau tbe2 termeleleh macam ktorang jugak..
itu je nak update.. ehh, lupa lagi.. ada part yang tak sesuai untuk budak2 lah.. seat depan aku ada budak lelaki dengan mak die.. si mak tutp mata anak dia.. haha.. comey jeee.. tapi kenapa tak potong eh? seni kot.. takpelah.. masa awal2 cerita.. :D

leyasays : makan hati memang sangat sedap kan? -.-




Sunday, October 30, 2011

Weekend Yg Berfoya2!

Well, hari jumaat lepas kitorang takde class.. most of lecturers ada event dekat UITM Lendu.. nak launch Dewan baru kat sana.. sorry, i tak amek port! yang penting class takde.. hahaha.. so, sampai ke ahad laa free time! this week i tak balik memandangkan next week cuti for hari raya haji and mid-term break.. damn! seriously tak sabar nak cuti.. melaka dah takde apa weyhh! nak dekat 4 ke 5 tahun i duduk sini.. can imagine?? tempat mana lagi i nak pergi.. bila uitmmates yang baru datang melaka, excited gilee bila dapat tahu melaka ada banyaaakk shopping complex, karaoke, bowling, tgv, gsc, mbo, i macam....... hmm dah lama aku rasa benda2 tuh.. thats why seboleh-bolehnya i balik every weekend! :D


before mid-term break, i ada 2 tests and 1 quiz.. but until now, ahad (6.28pm) tak start lagi wwoooo! note baru buat sikit.. only 2 chapters.. kau nak score ke taknak score sem nie leeyana oiiii!!! hmm mood cuti dah membuak2.. kepala otak memang takde kt melaka dah.. macam budak2 kan aku nih?? tp takpe, cakap la apa2 pong! aku TAK kesah.. ;DD


masa tengah update blog nie, i baru je lepas aerobic.. sangat best! sampai peluh kat lantai babe! i pernah sekali, everyday aerobic.. seriously berat turun, badan rasa slim.. tapi bila dah asek makan je kerja kau, tak dapek lahh jaaahh! naek balik.. i nie selalu tak consistent.. sebab 2 badan macam nie je dari duluuuu.. sambil2 nak keringkan badan masam nie, on la lappy and sign in blog.. FB dah selalu sangat, buhsaann ohh! kadang2 ada rasa nak deactive account fb.. tapi nanti apa2 benda update bru, semua tak tau.. lagi2 ramai member i dah nak kahwin..


lemah jantung bila tau lepas sorang2 nak kahwin.. T_T

i bila lagii??? arrgghhhh! ok, mood menggatal dah datang.. hey, bila jodoh dah sampai, kau kahwin la yea dik! nak kena tampar dengan pakcik razak kalau dia tau anak dia buat geli2 macam nih?? umur muda lagi babe! jangan nanti jadi orang zaman sekarang.. kahwin cepat2, cerai pon cepat.. Ya allah, minta2 dijauhkan lah benda2 macam tuh.. kat aku dan kawan2..


lagi satu nak membebel.. kebanyakan orang yang i kenal, sangat ramai yang dah berubah.. mostly from good to bad.. hmm sangat tak bagus 2.. dari yang tertutup ke terbuka.. dari yang malu2 ke tak tau malu.. tapi ada je yang tak berapa nak baik, jadi baik.. good job! :D takpelah.. masing2 punya hal kan? i nie pon tak baik sangat ohh! tau kaaaan? heee.. well, semua orang macam 2..


ohh last but not least! i ada plan nak ke singapore... weehhooo! sapa mau ikot?? kalau takde pape, cuti sem nanti kot.. kalau jadi lah.. kaki nie dah merata mesia pergi (baru mesia) tapi singapore belum lagi.. memandangkan paling dekat dengan mesia KOT! hahaha.. k, i nak mandi.. peace yaww~!


leyasays : hari2 tengok calendar tak sabar nak cutiiiiiiii