Thursday, May 31, 2012

Alhamdulillah

 tengok muka tuuuu.. muka aku sangat tak sesuai pakai tudung mahal.. korang, tu tudung pinjam jeeeee.. boollaattt gilee ohh! bila laaa nk kecut sikit pipi aku nie? btw, alhamdulillah aku dapat lagi sem lepas.. sem nie insyaallah aku akan cuba lagi.. tapi, sepanjang aku study since diploma, (spm tak yah cite, lagi aku hampeh) tak pernah aku tak paham langsung untuk satu subjek.. sem nie aku tak paham labor economic tu amende.. apa sebab nak kena belaja tu weyh?? lagi 3 minggu nak final exam niee.. hadoyy! takpe, slow2 la baca satu buku nanti! ahaks.. ohh lagi satu! nak habis satu sem tapi aku tak salin jadual kelas! hahaha.. harapkan nani housemate aku.. kalau dia takde, message laa classmates yang lain... haziyah and kak yana.. pemalas gilaaa kau liyana! haihh.. lupa nak bgtau, anugerah DL nie bulan April.. baru sekarang nak kecoh?? -.-
this is for my mom and dad! Love both of youuu!  (^_^)

blurrrr

assalamualaikum! rasanya nak dekat 3 bulan aku tak update blog.. bila bukak je account, tiba2 dah new look! oii, bila masa da tukar nie?? aku amek masa yang agak lama untuk belek2 and pahamkan.. mana nak pergi new post, mana nak pergi view comment, mana nak pergi ke mana2!  -.-  slow sangat ke aku nih? aha.. well, sejak dah lama tak update, banyak benda yang jadi kat aku.. biasalah life seorang manusia kan? ada yang best, ada yang tak best! aku cuba untuk aktif balik blogging since ramai yang tanya kenapa aku tak update blog.. jangan tak caye jaahhh oii! ada je orang tanya blog aku tau! walaupon viewers tak la ramai mana, followers pon suam2 kuku, ada je orang tanya tau.. menitis air mata! slow2 aku akan update ehh korang! :)

leyasays : aku pon rindu nak update walaupon malaaassss!

Wednesday, February 15, 2012

we are 23 and 15 years old!

Assalamualaikum! :D
hari ini baru aku terhegeh-hegeh nak update blog.. tak boleh blahh da nak dekat sebulan birthday aku dah lepas.. 24 Jan.. lamaaa kan?? sebab aku takde benda lain nak update, aku sumbatlah pict2 masa aku celebrate birthday kat Cili's, Citta Mall.. masa malam 23 Jan tu, sumpah ramai gilee tengah celebrate birthday.. dari yang kecik, sampai laaa yang tua2 pon sama.. lepas satu2 meja nyanyi lagu birthday.. syok ohh! kesian cili's kena bg banyak cake free kat dorang2 termasuklah ktorang! :)

muka takde langsung makeup.. walaupun setempek bedak and secalit liptik!

nazrul, kak long tahu kamu tak rela nak share dengan kak ngah.. LOL

MR IH.. dari perlis terus pergi rumah aku sebab nak dia jadi tutor adik aku.. budak pandai account.. terus stuck tak boleh balik sebab mak suruh dia ikut :)

love both of you.. thanx!

dia asek laaa belek2 menu.. aku tak paham kenapa.. tengah study ke? -.-





lets move to this... birthday izyan nabilah.. PMR tahun nie.. confirm boleh score.. budak nie pandai ohh! haha.. birthday dia 7 feb.. da lama jugak kan? okeyh, itu tanda aku pemalas sekarang! -.- and we all celebrated bella's birthday at the same place! cuma bella punya meriah lagi sebab staffs2 kat sana nyanyi untuk dia kuat2.. tak aci..!! LOL


sonok kau yeee

fav cousins! :D


nie birthday present dari MR IH.. besau gilee wooo! kalah aku.. thanx yea youuuu :)

Thursday, January 26, 2012

ohh account!!






hari tu aku lepak library shah alam.. sangat best okeyh.. sape2 yang tak pernah pergi, sila lah rajin2kan diri tu jejak sana.. selain boleh study, baca buku, korang boleh jugak pergi gym.. RM5 untuk 3 jam.. berbaloi kaaann? lemak pon 3 kilo boleh pecah.. selain itu, kat sana ada 6D theater.. RM10 je.. best jugak.. :) daripada lepak tak tentu arah, baik lah jugak ajak ramai2 lepak kat sini pulak kan? ohh btw, aku sedang berusaha untuk ingat balik subjek account masa belajar diploma dulu.. adik kembar aku sorang tu, further accountancy kat uitm lendu, melaka.. tiba2 rindu belajar account, gaduh2 siapa siap dulu.. hati berdebar-debar masa buat, at the end balance ke tak jawapan.. tiap kali lecturer bagi homework, tak pernah dapat jawapan! tapi bila dah discuss, senang jeeee! pergghh! rindu siott.. serius rindu! :')

Mom's birthday

Actually my mom's birthday was on 14 January.. i dunno why i am sooooo lazy to updating blog.. i was thinking to deactive blog's account.. tapi, sayang pulaa.. macam takde masa, takde idea.. haiyaa.. tapi takpe laa.. update sikit2 pon okeyh juga.. well, we all had dinner at Island Steamboat, Subang and celebrating mom's birthday plus rezeki Allah bagi pada yang teraniaya.. mak lang jadi mangsa orang yang hanya pentingkan dunia dan sangat mengajar kerjaya yang tak ke mana pon.. last2 mak lang menang untuk satu credit card contest.. alhamdulillah! ok, tu dah lain topik..



dah boleh bayangkan macam mana kecoh tempat tu??

kembar lagi sorang sedang menelaah buku kat melaka


kucing stim

mak! happy birthday! 49 tahun.. tapi oran tak percaya ok dia 49 :)

leyasays : pelik dengan sikap orang yang pentingkan dunia dan sentiasa cari peluang untuk tutup rezeki orang.. tak tenang hidup tu jaaaah! wait and seeee :)

Monday, January 16, 2012

Petrosains, KLCC

Date : 13 January 2012
jum merayap kat KLCC pulak!
aku balik rumah sebab ada 8 hari gap before last paper.. tak dapat A+++ tak tau lah..
so, aku dengan sayangss plan nak jadi budak sekolah..
padahal mula2 nak pergi Aquaria.. tak jadi sebab mahaaaaalll! kau tengok ikan berenang2 je kan.. pasar banyak! jangan nak bazir duit.. so, berada lah kami di Petrosains.. RM15 je.. compared to Aquaria RM35.. berganda tuh! last kaki nie jejak Petrosains masa sekolah rendah.. berapa belas tahun tuuuu??

signboard yang sesuai sebenarnya
SELAMAT MENJALANKAN KAKI ANDA SELAMA PALING KURANG PUN 3 JAM!
masuk sana silalah awal2 kalau betul2 nak meneroka alam sains sebetul-betulnya..




T-REX nyanyi lagu melayu.. kelakar ohh!
btw, i love both of them!

aku baring kat atas paku okeyhh.. nasib baik aku tak meletup sebab badan pon dah sama dengan belon -.- *jantung sedang mengepam dengan lajunya sebab nervous!

butterlies like aten! :D

uji cengkaman apa ntah.. soft rubber, hard rubber etc.. aku sikit lagi nak jatuh! siot betul.. btw, selipar tu busuk!

F1 car

agak batak ktorang kat sana.. ape yang jadi kat kita hari2 kita pandang biasa je.. tapi dari pandangan sains sgt2 amazing! aku TERimpressed kejap..


leyasays : korang pernah tau tak aku dulu nak jadi ahli geologi?? aku minat gile geografi.. and pernah juga nak masuk askar walaupun tengah sedar diri tu tak cukup tinggi.. macam nonsense je tapi seronok kalau jadi realiti! sekarang apa aku buat? studying Human Resource Management.. langsung takde dalam ambition list aku.. pape hal pon, alhamdulillah :)

Wonderland, Melaka

8 JANUARY lepas aku berjimba di Wonderland, Ayer Keroh Melaka.. dengan Housemates Durian Daun :D
masa ni SEDANG final exam yee kawan2..
SEDANG!
memang giloo..
tapi minda yang tengah serabut nie kena lah diuraikan dengan aktiviti2 berfaedah seperti merendamkan badan di Wonderland..
Adult RM30.. boleh tahan mahal jugak..
tempat dia sudah semestinya langsung tak sama dengan Sunway Lagoon, Gambang Water Park, Desa Water Park dan seangkatan dengannya..
yang bestnya kat sini, tak ramai orang.. so, kau boleh lah turun naik gelongsor tu berapa banyak pon selagi kaki boleh melangkah, tapak kaki tak rasa macam kau tengah barbeku kaki tu dek kerana lantai yang panas, urat kaki sedang elok tak rasa macam nak putus, boleh lah turun dengan menjerit2 dari gelongsor dan jerit2 jugak naek bukit dek kerana keterujaan melampau turun benda alaaa tu.. ok, aku over! padahal dua, tiga kali dah lepak tepi2 sebab perasan diri puteri lilin, tak tahan panas..




Tornado Chaser.. antara game yang buat aku kuat menjerit..

BENCI! aku tak suka sebab aku rasa dia 90 degree menegak.. rasa macam nak terbang ohh! stop je tube, aku pening!
this is my fav! rasanya 4 kali aku meniarap turun benda nih!

yess, i won!
puas menendang dengan menggunakan kaki yang kontot nie

u gedikss laa dino!
* serius tak tau nama diaaaaa

leyasays : final paling otai aku rasa sem nie.. berjimba lebeyhh!! result jangan berjimba sangat sudah lah! :D