Salam to all.. you know what? my Mr IH dtg melaka semalam! omg! omg! omg! sukanyaaaaa! errkkk. thats seriously not me! aku tiru skrip cerita Istanbul Aku Datang. hikhikhik. aku tengok cerita melayu babe. back to the story. Mr IH datang pun sebab cuti lama. 4 hari and aku tak balik. sebab apa? sebab aku terpaksa ikut modul keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak UITM dihatiku. bukan takat hati. kau dah tertusuk tertanam kat jantung aku jua. nanges! kat rumah cuma aku dengan sorang housemate, Nanie. UITM tak tau ke yang aku rindu nak balik rumah? modul punya pasal aku tak boleh bermanja-manja dengan katil aku kat rumah. tragis kan??
tapi takpe lah. dah last pun cik kak. tak payah nk budak2 sangat. terima hakikat yang melaka memang sayang kau sangat2. nanges lagi! Mr IH datang pun selepas berlakunya pergaduhan besar. hmm boleh tahan besar lah kalau seminggu tak bertegur sapa. tapi aku tak rasa pun seminggu. seriously! and dia kata ego aku semakin tinggi. bang, saya nie tak tinggi. cemetot je. apa salahnya nk bagi ego pulak tinggi. cubalah cakap cmtu. mau kena tampar laju2. tapi semua dah settle. alhamdulillah.
benda yang paling aku kurang gemor bila kawan2 aku datang melaka, aku lah yang kena jadi petunjuk arah. bila satu kepala tanya, lepas nie nak pergi mana? maka secara otomatiknya beberapa kepala akan pandang aku. cantik ke aku? tiba2! -.-" tapi aku akan usahakan memerah otak agar bergeliga untuk fikir destinasi seterusnya nak bawa para pelancong ini. well, bukan Mr IH saja yang datang melaka. mantan Presiden MPP Kpm Melaka tak lain tak bukan Encik Fakhruddin pun ada sekalik bersama dengan Azizah. comey aje gf dia. wahh, kelas gitu! ktorang mantan MPP. ayat nak best.
mai aku cerita kitorang pergi mana je. tak lain tak bukan Mahkota Parade and Dataran Pahlawan. itu memang lokasi wajib dan tak pernah terbuang kat benak pemikiran aku.
Day 1 - tengok cerita Jebon Skyfall. komen aku pasal cerita tu, hmm slow gila wehh! mengantuk. kenapa dorang cakap best?? bagi aku biasa2 aje. lepas tu jalan2 lah kat MP. then dinner aku bawak pergi Klebang pekena yong tou fu tepi pantai. tak tepi sangat lah. tengah sikit sebab dah kena tambak. yong tou fu kat makcik tu sedap. aku and housemates selalu lepak situ. dah kenyang, pergi pulak dekat eyes on melaka. ktorang naik pirate ship and ferris wheel. Mr IH memang gayat. sebab tu aku saja paksa dia naik tuh. padan muka!
Day 2 - mula2 nak lunch kat Restoran Melayu Melaka area kolej UITM. belakang river cruise taman rempah. aku pergi hari tu tak la mahal mana. average. dah langkah kanan dah kaki nie masuk. sekalik buffet RM15 sekepala. ktorang ada 4 kepala so RM60. ishh, tak payah! aku nie makan 3 suap nasi dah kenyang. makan nasi aku memang sesuap dua dah cukup. tapi pelik kenapa badan nie tak susut? sambung nanges lagi! terpaksalah keluar dengan muka malu sikit sebab aku yang suggest tempat tu. gerak ke Lot 85 kat Durian Daun. area rumah lama yang banyak pahit dan manis. yang pahit banyak datang dari owner rumah, oppsss! lepas mencekik, ktorang pekena Klebang coconut shake! rindunya, dah lama tak minum. sekali dapat rasa, nikmatnya! lepas tu lepak dekat Pantai Puteri. lepas lepak ktorang tengok Istanbul Aku Datang kat DP pulak. cerita dia sangat comel plus sweet. jalan jalan jalan then dah tiba masa Mr IH dan Din balik. sedih! err tumbok nak??
Sungai Melaka.. ramai betul beratur nak naik river cruise. kayo melakau!
Mr IH saya!
makan 3 suap nasik pun badan cmni. tak pelik?
nie aku sukaaaa! last naik nie masa diploma dengan nuyul, aten and wanie. berapa tahun dah tu weh??
Pantai puteri
thanx awak sebab lima sem berturut-turut datang melawat kita kat sini. kita nak pergi Arau tak mampu rasanya. jauh!!
siapa yang datang melaka, jangan mengada-ngada taknak try Klebang coconut shake. tak sama dengan tempat lain okeyhh
leyasays : terlampau banyak kenangan kat Melaka nie sebenarnya. semua perencah ada. dari zaman diploma sampai lah degree. yang paling best mestilah masa diploma. aku boleh menangis bila ingat balik masa2 best dengan roomates kpm dulu. rindu.
Thanks for reading babeh! ^_^
2 comments:
jauhnye Arau kanns.. , wak nk try jugak Klebang coconut shake nk kena beratur Q bagaii tu yg wak X sanggupp wehh..., ehhhEee
yess. arau sgt jaoh! -.-
when u come to Melaka u shud try ok!
rugi x try :)
mmg pjg. kena dtg cpt2 :)
Post a Comment