Tuesday, August 28, 2012

Dizzy........

HYE ALL


how was your raya? mine was sooooo awesome! awesome sebab families yang super duper sporting and crazinesss! malas nak upload gambar raya.. banyak kat camera.. belum transfer lagi.. later maybe  :) sebelum nie kecoh pasal budak sore eyes - got 5 days mc kat youtube.. aku pon usha2 lah kan.. memang betul apa yang orang2 cakapkan tuh.. budak perempuan annoying buat duck face.. LOL.. orang dah tak suka tengok kau, kenapa pergi upload video lagi? luckily she's not Malaysian.. syukur alhamdulillah! i've heard she's from Singapore.. kat twitter ada yang support, ada yang tembak.. pada aku lah kan.. kalau orang dah tak suka, diamkan aje.. tak payah nak balas balik and stop doing all those non sense and annoying video.. buat orang rasa nak tampar kau je dik.. kesian kan bila ada orang rasa macam tu kat kita.. sayangilah diri sendiri okeyhhh! tu je aku nak share sebenarnya.. the moral is, jangan buat benda yang orang benci kat kita.. bila dah ramai orang yang tak suka kita, means that something wrong lah yang kita dah buat.. 



pretty, cute, awesome, funny, humor? memang tak

second video.. jangan balas dik.. tak de siapa yang hate kamu.. dorang geli je tengok..




kelakar kan? aku tak tengok habis pong! tak sanggup weyhh.. taknak habiskan masa 3 m 20 s tu untuk tengok muka itik! haissshh.. budak2.. daripada tengok budak itik nie, baiklah kita BERGANGNAM STYLE! hoyyeeaahh!

dia nie dari YG Entertainment.. sama dengan BigBang, 2NE1 semua lah.. aku tau pon adik aku yang cakap.. dia and cousins aku lagi pakar bab2 K-POP nie.. haisshh.. dulu dia tak famous pon.. now dia famous all over the world babe! kau rock lah PSY.. lagi best kat video nie ada sexy Hyuna and Jaesuk oppa!! dalam running man, aku paling suka Jaesuk oppa! kat rumah opah syiookk menari Gangnam style nie.. haha.. marilah layan GANGNAM STYLE! :D





leyasays : manusia macam2 perangai! -.-

Thanks for reading babeh! ^_^

Thursday, August 16, 2012

Iftar - Holiday Villa Subang


 Salam semuaaaaaa

last, last, last week aku berbuka dengan 4 jejaka hensem.. kenapa aku cakap hensem? sebab dorang yang belanja aku! so kena cakap hensem! last punya last week tapi aku tak berapa ingat bila.. bagus leeyana, bagus! teruskan menjadi pelupa.. teruskan tunjukkan umur tuh dah makin tua T_T  Holiday Villa Subang sangat best u olls tau tak? sekarang nie dah nak raya.. so maybe dah tak sempat kalau nak buka puasa kat sana kan? maybe tahun2 depan korang nak pergi sana kaaaann?? hee.. staffs and all the chefs kat sana sangat friendly tau.. suka suka suka! korang tak kan segan nak membatak melawat kawasan sambil kepala dah pikir nak amek banyak mana makanan kejap lagi.. dorang takkan pandang pelik sebab tau korang jarang2 sangat makan kat hotel.. staffs kat sana siap sembang2 lagi.. macam korang kawan2 dorang.. aku wonder lah kan.. kawan aku yang 4 orang nie ada kawan dengan staffs sana ke? sembang nak gebang.. tapi rupanya bukan kawan pong! see, sangat friendly :D



 baik betul aku rasa bila Yo book nama betul dia, Mohd Amirul.. aku cakap cmtuh sebab dia dulu gangster sekolah! masa jadi pengawas dulu, aku lah tukang key in kesalahan students untuk hantar kat Kementerian Pelajaran.. nama dia banyak okeyh! tapi jahat2 dia pon, sekarang kerja bagus  :)



chefs tengah prepare untuk sediakan juadah berbuka









 lama lagi nak tunggu buka puasa, layan bowling dulu.. nak tau tak aku no 2?? perrgghh! tak percaya sungguh! lagi tak percaya 2x strikes! lagi nak pengsan rasa.. korang tak tau betapa teruknya aku main bowling dulu T_T



 nie antara dishes yang ktorang amek.. buffet kali nie aku duduk meja paling lama.. nak dekat pukul 10 baru balik! teruk! teruk!


 nie diaaaa 4 jejaka.. afiq, yo, eskandar, bob
kawan sekolah yang paling baik!  :)



 nak solat tak payah susah hati.. sangat2 selesa.. dekat pulak tu.. nak amek wudhuk pon senang.. setengah tempat nak amek wudhuk dengan tempat solat lain2.. ada yang kena amek kat toilet.. kat sini tak pon.. so takde sebab untuk tak solat okeyyhh  :D




 leyasays : Ramadhan dah nak pergi.. rasa sangat sedih pun ade :'(

Thanks for reading babeh! ^_^

Tuesday, August 14, 2012

Iftar - Setia City Mall, Shah Alam


Assalamualaikum wbt

hari tu aku and nuyul pergi Setia City Mall.. saja laaaa nak tukar angin pergi mall baru kan.. asyik pergi shopping mall sama je.. not bad jugak kat sini.. dari jauh nampak macam besar je.. tak plan pun sebenarnya nak keluar.. saje2 je message, pastu aku ajak keluar, terus on! sampai2 je terus reserved untuk buka puasa.. pikir punya pikir punya pikir, dengan keputusan muktamadnya, makan kat Nando's.. dah reserved, tengok movie.. Total Recall.. best jugak cerita dia.. yang penting Collin Farrel hensem gilaaaaa.. then terus main bowling.. lepas main bowling, iftar kat Nando's.. lepas solat maghrib, jalan-jalan then tengok colorful fountains! syiookkk! so, begitulah sedikit sinopsis perjalanan pada hari itu..





 

apa hal putih sangat dua orang nie? camera menipu? -.-

 nuyul semakin hebat sekarang.. macam mana tiba2 boleh hebat? kemusykilan di hati tapi tak diluahkan sebab aku tau dulu nuyul sangat sukakan longkang! hewhewhew.. good job girl.. nanti kita lawan lagi!

 huahuahua.. aku dari dulu sampai laaa nie mampu angkat bola bowling sampai 9 kg je.. kalau lebih, mungkin jari jemari kontot nie akan akan tertinggal kat 3 lubang bola tu.. eh eh  korang tau tak aku dah terer main bowling?? sila lah tau2 kan.. peratus kemasukan longkang semakin menurun, peratus kejatuhan pin semakin meningkat.. tepuk tangan untuk meraikan kecemerlangan


 mine! 1/4 Chicken hot flavor with potato salad and bread ape ntah.. lupaa... yang aku ingat, tak sedap pun.. salah order.. -.-


 1/4 Chicken extra hot flavor with coleslaw and chips .. nie nuyul punya.. boleh menitiskan air mata kalau campur dan dicicah-cicah ayam tu dengan extra hot sauce pulak.. sila jangan tak sayang perut anda.. vitagen pesan.. 


 Nando's sauce memang terbaik tau tak!
aku paling suka hot and extra hot..
leeyana?? leeyana tak hot ke weh?? HOTak kau


then aku and nuyul tengok air pancut.. sangat leka okeyhh.. color2 gitu.. pandai menari lagi.. aku macam tak nak benarkan punggung yang comel nie untuk bangun dan sedarkan diri masa tu dah tibanya masa untuk pulang ke pangkuan keluarga.. kesian aku kena balik naik KTM.. aku jejak je kat Klang station, terus train tu sayup2 je tinggalkan aku.. aku hanya mampu memandang dengan pandangan macam nak maki orang.. nasib baik aku penyabar orangnya.. setengah jam terpaksa layan game Zuma kat handphone.. nasib baik jugak battery hp taknak sayup2 tinggalkan aku jugak.. terima kasih battery! 

leyasays : aku tengah gigih download lagu2 raya.. folder dulu ntah hilang ke mana.. kejap je nak raya kan? :)

Thanks for reading babeh! ^_^

Friday, August 10, 2012

Perginya dia di bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt

Kelmarin aku dan family dikejutkan berita pemergian Ahmad Helmi Ismail.. arwah merupakan cousin aku paling rapat sebelah ayah.. arwah disahkan mehidap brain tumor.. dah nak dekat 2 tahun jugak dia menghidap penyakit tu dan dua kali buat major operation, tak tau berapa kali buat minor operation.. first operation, aku ingtakan berjaya sebab arwah macam sihat aje.. boleh beraya lagi tahun lepas.. tapi tahun nie, dia dah pergi buat selama-lamanya.. aku?? tak payah cakap lah.. mesti menangis kan.. arwah sangat baik orangnya.. yang buat aku sedih, bila jenazah dibawa ke rumah, aku imagine rohnya mesti ada kat situ dan perhatikan semua yang menziarahinya.. Ya Allah, hanya Tuhan sahaja yang tahu macam mana sebaknya aku masa tu.. bila tengok Mak Long pon aku sedih.. kesian kat Mak Long.. dua orang anak meninggal sebab ketumbuhan kat kepala.. Masya Allah, berat sungguh dugaannya.. aku hanya mampu berdoa untuk Mak Long dan Pak Long terus tabah.. Abg Amy.... itu yang panggil.. arwah memang baik.. aku tengok, ramai yang senang dengannya.. masa kesik tak payah cakap lah.. main nyorok2 sama2, main masak2 sama2.. boleh dikatakan rapat lah.. kat kampung aku selalu berkepit dengan dia sampai Mak Long pernah cakap kat mak aku, 'berbesan lah kita' haha.. kelakar.. kecik2 dulu apa tau kan.. aku amek course Human Resource kan? and aku tak rasa pon nak accept offer nie sebab HR bukan lah course yang aku minat... memandangkan arwah kerja kat HR Department CIMB, aku banyaklah tanya dia apa itu HR.. dia banyak bagi positive response.. sebab tu aku decide untuk amek course nie.. takpelah.. semua tu kenangan.. sekarang, setiap kali aku teringatkan arwah, cepat2 aku sedekahkan Alfatihah.. itu je yang aku mampu untuk membahagiakan arwah di alam sana..

aku search dan aku dapat sikit info pasal ketumbuhan otak....


Pengenalan

Ketumbuhan otak atau 'brain tumor' itu sering di salah ertikan sebagai kanser otak. Ketumbuhan otak boleh berpunca dari otak itu sendiri atau merebak dari ketumbuhan di tempat lain. Tidak semua ketumbuhan itu kanser tetapi kanser itu merupakan sejenis ketumbuhan

Jenis-jenis atau Punca Penyakit

Jenis-jenis penyakit:

  1. Ketumbuhan benign (jinak) - Seperti glioma, ganglioglioma, meningioma, ketumbuhan kelenjar pituitari dan tumor neurofibroma
  2. Malignan (ganas) atau kanser - Kanser dikategorikan sebagai penyakit yang berpotensi untuk membesar dengan cepat dan merebak ke tulang, hati, paru-paru serta sel-sel lain di dalam tubuh

Ketumbuhan malignan terbahagi dua:

  1. Ketumbuhan primer - Terdiri daripada glioma malignan dan meningioma malignan
  2. Ketumbuhan sekunder - Kanser dari paru-paru, buah dada, rahim, serviks, perut, kulit dan leukimia

Punca penyakit:

  1. Genetik atau keturunan
  2. Jangkitan virus
  3. Kecederaan otak
  4. Radiasi

Sintom

  1. Lemah pada sebelah badan seperti terkena strok, di mana ia berlaku secara berperingkat-peringkat (progressive weakness)
  2. Epilepsi (sawan) partial (cetusan elektrik dari sebahagian otak)
  3. Pesakit sering mengadu sakit kepala yang berturusan dan sukar dikawal disertai muntah yang memancut (projectile vomiting)
  4. Rabun mata yang berterusan disebabkan tekanan pada saraf optik (optic atrophy)
  5. Penglihatan berganda (double vision)
  6. Kebas pada sebahagian badan
  7. Selera makan bertambah, sering mengantuk dan badan bertambah gemuk jika tumor dihadapi terletak di hopotalanus
  8. Jika tumor dihidapi membabitkan kelenjar pituari (mengeluarkan hormon tumbesaran) pesakit boleh mendapat penyakit lain iaitu 'acromegely' sejenis penyakit yang menyebabkan pembesaran yang tidak terkawal
  9. Pesakit mungkin mengalami:
    • Bengkak pada saraf optik (papilloedema)
    • Juling mata dan pergerakan mata menjadi terhad
    • Ketidakseimbangan terhadap tindak balas refleks yang dilakukan oleh doktor





sebenarnya, arwah sangat2 beruntung sebab meninggal dunia di bulan ramadhan.. apa yang aku dapat tahu, meninggal pada bulan ramdhan, ianya terlepas dari seksaan kubur.. Masya Allah.. kita yang hidup nie kan, harus terus berdoa agar kita dimatikan dalam keadaan baik dan beriman.. Insyaallah.. sama2 kita sedekahkan Alfatihah pada semua kenalan kita yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.. Alfatihah...



 nie gambar family belah ayah.. raya tahun lepas.. arwah duduk baju coklat kanan sekalik.. belakang dia tu aku.. yang ketot tu.. last beraya dengan arwah..

leyasays : hidup nie tak lama.. Allah beri pinjam kat kita sekejap je.. sekali Allah nak tarik, tak sampai berapa saat, terus ditarik.. kita yang masih hidup nie, perlu lah teruskan membuat amal.. aku bercakap pada diri sendiri jugak.. aku pon manusia biasa yang banyak buat silap.. kadang2 sedar, kadang2 tak.. 

Friday, August 3, 2012

Iftar - Hartz Chicken Buffet


hye hye hye! aku datang lagi untuk update blog! memang sekarang nak cerita pasal iftar ajeeeee  :)
this time well all decided to choose Hartz Chicken Buffet Sunway Pyramid.. RM30/pax.. last minute booked then kitorang dapat table yang hujuuuuuung dunia -.-  tapi takpe.. janji dapat isi perut nie.. aku suka buffet sebab boleh melantak selagi perut kata "masuk lagi!" "masuk lagi!" "masuk lagi!" hambooii perut.. marah nampak.. selain pilihan makanan yang mengiurkan lagi menghalang diri untuk sentiasa tenang di kala menunggu waktu berbuka.. Hartz bagi aku okey2 je.. basic menu dia CHICKEN! siapa2 yang chicken lover tu, rajin2 la ke sini! kita cari kelainan sikit selain pergi KFC or MCD :)


 
tepi! tepi! tepi! cik Liana nak duduk..


my first dish
ktorang tak dapat hangkut main dish sebab bila masuk dah berderet orang beratur.. dapat amek dessert je dulu



my second dish
dah lengang sikit, baru lah serbuuuuuuu


my third dish


Fadli's


Didie's





jemput makan

tau la lapaaaaaaar.. sepet sangat mata tuh LOL



being my friend since standard 1 :D

joyah sedang bercerita







nampak sangat tak gheti posing
dari jauh aku nampak gemokkkk T_T


 sorry kaki tak sampai
nanges lagi! T_T

hoyeaaahhh! Chatime lagi! (^_^)



leyasays : result dah keluar.. not bad.. rezeki DL takde.. dah nak dekaaaaaatt sangat DL.. so korang boleh agak aku dapat berapa.. tapi aku happy sebab cgpa maintain above 3.5.. kira tak sai-sia aku usaha lebih sem2 lepas.. dengarnya ramai yang jatuh pointer.. apa nak jadi niee?? hahaha.. now, aku nak focus untuk rayaaaaaa  (^_^)

Hartz Chicken Buffet
OB3, LG2. 1B, Sunway Pyramid,
No 3 Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
Phone: 03-7492 6822
Website: http://www.hartzchicken.com.my/
Buffet price: RM30 (Adult)

Thanks for reading babeh! ^_^