Friday, August 10, 2012

Perginya dia di bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt

Kelmarin aku dan family dikejutkan berita pemergian Ahmad Helmi Ismail.. arwah merupakan cousin aku paling rapat sebelah ayah.. arwah disahkan mehidap brain tumor.. dah nak dekat 2 tahun jugak dia menghidap penyakit tu dan dua kali buat major operation, tak tau berapa kali buat minor operation.. first operation, aku ingtakan berjaya sebab arwah macam sihat aje.. boleh beraya lagi tahun lepas.. tapi tahun nie, dia dah pergi buat selama-lamanya.. aku?? tak payah cakap lah.. mesti menangis kan.. arwah sangat baik orangnya.. yang buat aku sedih, bila jenazah dibawa ke rumah, aku imagine rohnya mesti ada kat situ dan perhatikan semua yang menziarahinya.. Ya Allah, hanya Tuhan sahaja yang tahu macam mana sebaknya aku masa tu.. bila tengok Mak Long pon aku sedih.. kesian kat Mak Long.. dua orang anak meninggal sebab ketumbuhan kat kepala.. Masya Allah, berat sungguh dugaannya.. aku hanya mampu berdoa untuk Mak Long dan Pak Long terus tabah.. Abg Amy.... itu yang panggil.. arwah memang baik.. aku tengok, ramai yang senang dengannya.. masa kesik tak payah cakap lah.. main nyorok2 sama2, main masak2 sama2.. boleh dikatakan rapat lah.. kat kampung aku selalu berkepit dengan dia sampai Mak Long pernah cakap kat mak aku, 'berbesan lah kita' haha.. kelakar.. kecik2 dulu apa tau kan.. aku amek course Human Resource kan? and aku tak rasa pon nak accept offer nie sebab HR bukan lah course yang aku minat... memandangkan arwah kerja kat HR Department CIMB, aku banyaklah tanya dia apa itu HR.. dia banyak bagi positive response.. sebab tu aku decide untuk amek course nie.. takpelah.. semua tu kenangan.. sekarang, setiap kali aku teringatkan arwah, cepat2 aku sedekahkan Alfatihah.. itu je yang aku mampu untuk membahagiakan arwah di alam sana..

aku search dan aku dapat sikit info pasal ketumbuhan otak....


Pengenalan

Ketumbuhan otak atau 'brain tumor' itu sering di salah ertikan sebagai kanser otak. Ketumbuhan otak boleh berpunca dari otak itu sendiri atau merebak dari ketumbuhan di tempat lain. Tidak semua ketumbuhan itu kanser tetapi kanser itu merupakan sejenis ketumbuhan

Jenis-jenis atau Punca Penyakit

Jenis-jenis penyakit:

  1. Ketumbuhan benign (jinak) - Seperti glioma, ganglioglioma, meningioma, ketumbuhan kelenjar pituitari dan tumor neurofibroma
  2. Malignan (ganas) atau kanser - Kanser dikategorikan sebagai penyakit yang berpotensi untuk membesar dengan cepat dan merebak ke tulang, hati, paru-paru serta sel-sel lain di dalam tubuh

Ketumbuhan malignan terbahagi dua:

  1. Ketumbuhan primer - Terdiri daripada glioma malignan dan meningioma malignan
  2. Ketumbuhan sekunder - Kanser dari paru-paru, buah dada, rahim, serviks, perut, kulit dan leukimia

Punca penyakit:

  1. Genetik atau keturunan
  2. Jangkitan virus
  3. Kecederaan otak
  4. Radiasi

Sintom

  1. Lemah pada sebelah badan seperti terkena strok, di mana ia berlaku secara berperingkat-peringkat (progressive weakness)
  2. Epilepsi (sawan) partial (cetusan elektrik dari sebahagian otak)
  3. Pesakit sering mengadu sakit kepala yang berturusan dan sukar dikawal disertai muntah yang memancut (projectile vomiting)
  4. Rabun mata yang berterusan disebabkan tekanan pada saraf optik (optic atrophy)
  5. Penglihatan berganda (double vision)
  6. Kebas pada sebahagian badan
  7. Selera makan bertambah, sering mengantuk dan badan bertambah gemuk jika tumor dihadapi terletak di hopotalanus
  8. Jika tumor dihidapi membabitkan kelenjar pituari (mengeluarkan hormon tumbesaran) pesakit boleh mendapat penyakit lain iaitu 'acromegely' sejenis penyakit yang menyebabkan pembesaran yang tidak terkawal
  9. Pesakit mungkin mengalami:
    • Bengkak pada saraf optik (papilloedema)
    • Juling mata dan pergerakan mata menjadi terhad
    • Ketidakseimbangan terhadap tindak balas refleks yang dilakukan oleh doktor





sebenarnya, arwah sangat2 beruntung sebab meninggal dunia di bulan ramadhan.. apa yang aku dapat tahu, meninggal pada bulan ramdhan, ianya terlepas dari seksaan kubur.. Masya Allah.. kita yang hidup nie kan, harus terus berdoa agar kita dimatikan dalam keadaan baik dan beriman.. Insyaallah.. sama2 kita sedekahkan Alfatihah pada semua kenalan kita yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.. Alfatihah...



 nie gambar family belah ayah.. raya tahun lepas.. arwah duduk baju coklat kanan sekalik.. belakang dia tu aku.. yang ketot tu.. last beraya dengan arwah..

leyasays : hidup nie tak lama.. Allah beri pinjam kat kita sekejap je.. sekali Allah nak tarik, tak sampai berapa saat, terus ditarik.. kita yang masih hidup nie, perlu lah teruskan membuat amal.. aku bercakap pada diri sendiri jugak.. aku pon manusia biasa yang banyak buat silap.. kadang2 sedar, kadang2 tak.. 

2 comments:

Anonymous said...

hope awak sabar key

LeEY@nA said...

thank you :)