23 Jan 2013
Let starts with Day 1
aku dah cerita kat entry sebelum nie sebelum nak gerak macam2 dugaan kan? nie dah betul2 nak pergi pun hado juge. aku sampai LCCT dalam pukul 1.45pm. flight pukul 2.55pm. ok lah tu kan? sampai2 je terus jumpa kawan2 aku kat Marrybrown. aku tengok bags dorang, mak aihh! berat! dah lah pergi nie 30 kg je total. yelah, perempuan kan? macam2 bahan nak kena ada. dari yang kecik sampai lah ke besar. aku dah risau. memang exceed 30kg nie. tu ke tepi dulu. kita cerita lain.
time tu dah final call. kawan2 aku pergi surau. aku call banyak kali sorang pun tak angkat. aku risau lagi. terpaksa lah langkah pendek nie berlari sekencang2nya ke surau cari dorang. dah jumpa dua orang. fifi pulak takde. handphone dia pulak kat dalam bag. ahh sudah! mana nak cari dia nie. aku jugak yang lari cari dia. kali nie kena 3kali ganda kencang berlari. mesti orang2 yang aku lalu seronok menikmati udara laju hasil larian aku kan. -.-
okeyh, finally jumpa cik kifah itu. timbang bags pulak. confirm2 lah lebih berat. 1-15kg bayau RM110. ktorg lebig 20kg. so kena bayar RM220. mahal woii! nasihat aku, sila lah jangan exceed limit baggage tu eh. terbang duit. lepas tu berlari lagi nk check passport. on the way tu, ayah aku yang pegang semua passport. tiba2 dia perasan satu passport takde. kelam kabut lah. Fifi punya takde. ayah jadi panik sebab dia yang pegang kan. dia dgn mak patah balik kat counter check in. sambil2 tu aku tengok2 kat lantai mana tau jatuh kan. tapi sebenarnya passport tu kat Fifi. aduuhh! honestly aku cakap time tu memang kesabaran aku diuji. berapa kali aku berlari ke sana ke mari. passport hilang pulak. balik dari Bandung mak cakap muka ayah pucat sangat masa passport hilang tu. yelah, orang punya. ingatkan ayah pegang semua. takpe lah benda nak jadi.
apa yang aku boleh cakap, sebelum pergi, dugaan memang banyak. dari mula sampai lah nak fly. berlari tak payah cakap lah ktorang. explorace wooi! dah selamat naik plane baru lah lega! badan aku tak payah cakap lah. macam bangla okeyhh. berpeluh gila babas! tapi takpe. experience tu penting ^_^
mak pun nak jugak. thanx to mom and dad yang bagi duit poket. tanpa mereka, siapa lah saya untuk shopping kat Bandung tu
Alone. kitorang duduk bersepah! nak murah kaaan :D
Nasi Lomak Pak Naseer. sodap. tapi nie bukan aku punya. aku omputih sikit. aku order Chicken Lasagna
here it is! bandar Jakarta
finally we arrived at Soekarno Hatta International Airport, Jakarta
1.55pm-3.55pm
waktu kat Indon sejam lambat dari Mesia. bila tengok jam asyik lah silap. lupa yang sana sejam lambat.
dah sampai sana nak cari pulak supir. tak nampak pun kat depan2 tu kertas tulis nama Kifah Afifi. yana dan Shikin ditugaskan untuk cari supir tu. tapi kenapa bijak sangat supir tu duduk je? tuliasan pun kecik! mana nak nampak lakcik oii. yang paling interesting, ejaan nama fifi dorang tulis KIPAH. comel kan? aku lupa nak bagitau pasal supir nie. boss dia nama Angga. supir kitorang nie nama Pak Agung. ktorang bayar kat Angga RM500 untuk seminggu. tu termasuk hotel dan supir. murah kan? service dia pun ok. on time. dia pun ada FB. cari je Angga Wigangga. reply cepat je.
baru sampai, dah pening letak bags kat mana.
sepatutnya dari Jakarta ke Bandung dalam 2-3 jam je. tapi sebab Jakarta banjir masa tu, dari pukul 4 lebih bertolak sampai kat hotel pukul 1 pagi! kira lah sendiri berapa jam. dalam kereta tu rasa nak jerit jeeee! kebas pungkok tau tak. orang2 Indon kata jammed tu macet! all the way macet! lepas tu driving style dorang sangat berbeza kat Mesia. kalau kat Mesia, ada jugak yang biol, angkuh sombong kat jalan. tapi tak macam kat Indon. macam takde rules je yang boleh guide dorang nie. semua drive ikut suka hati. time tu lah rasa I Love Malaysia! seriously! kat tengah2 highway yang macet tu boleh lagi ada orang jual barang2. yang mintak sedekah pun ada. yang aku perasan, kat Indon nie dorang pakai MPV. Avanza, Innova berlambakss! aku rasa punya Indon jammed sebab banyak sangat MPV dan lori besar2 kat highway. seriau kitorang kat dalam kereta. semua kereta dekat2. -.-"
singgah beli air. haus gilos!
seronok yeaaa muka?? korang tak tau kena rempuh macet tuh lagi!
singgah R&R mana entah. tapi retoran nie sangat superb! sedap. makanan simple tapi rasa dia menyengat. especially nasi dia. macam pulut sikit. ala korea gitu. tiap kali nak makan mesti cari nasi macam tu. tapi sampai ke sudah tak jumpa T_T
LA NOSTALGIE HOTEL
hoyeaahh! sampai pun hotel! pukul 1 pagi okeyhh. sila tengok mata masing2. vampire! boleh jadi extra kalau ada lagi sambungan Twilight. kalau ada lah. tapi dah habis pun.
nie hotel dia. sangat cantik tau! kitorang sangat puas hati. cantik dan selesa. staff dia pun baik and friendly. aku recommend sangat duduk kat hotel nie. service and foods dia super awesome! nie link La Nostalgie Hotel http://www.facebook.com/pages/La-Nostalgie-Hotel/389362521156220
pendek terserlah part 1
leyasays : bersyukur negara kita aman sekaran compared dgn negara lain :D
Thanks for reading babeh! ^_^
No comments:
Post a Comment