Friday, February 1, 2013

Bandung Day 2


24 January 2013
Shopping kat Pasar Baru, Factory Outlet and Kartika Sari

sebelum jalan kena breakfast sehabis kenyang. buffet rugi kalau tak melantak betul2. makanan kat hotel nie sedap. ada nasi goreng, mie goreng, bubur ayam, nasi kuning, es jeruk and es jambu batu. ohh, tak lupa roti bakar and omelette.  

comel kan?


omelette dia super awesome! tiap2 pagi kitorang bedal. dalam dia ada cheese. sampai sekarang aku teringat2 kat rumah -.-

nasi goreng dia rasa macam nasi beriani


newspaper. entah apa yang yang rakyatnya dipikirin



senang nak ingat no plate tu kan? :)





Pasar Baru. memang famous kat Bandung. masuk2 je kat situ mata dah terkebil-kebil. nak beli ape nieeee? banyak sangat barang okeyh. masa kat situ kitorang guided by Ben. dia kerja dengan Angga, travel agent ktorang. Ben tu umur 30 tahun. tapi comel gilos! kerjanya asyik senyum je. cewek2 boleh cair.

kain pasang kat sana murah and cantik2. juling mata. dah amek yang nie, nampak yang lain pulak lagi cantik. iman tergugat betul. at last aku amek 2 pasang. yang lain berpasang2 sebab nak bagi kat orang jugak. aku agak untung sebab takde yang kirim. mak, ayah, opah, atok and aunty2 aku taknak apa2. duit tu memang untuk aku punya sorang! tapi aku ada lah beli sikit souvenir kat dorang. baik tak? baik tak?

kat pasar baru nie orang dia baik2. tak beli pun takpe. tak macam Jakarta. nanti aku cerita eh. nk tawar, kena tawar kaw2 orang kata. kat kedai kain nie jugak aku tukar lagi diut RM. mula2 pergi kat money changer rate 320. tinggi kan? so tak jadi. owner kedai nie bagi ktorang tukar 310. hambik lah apa lagi. aku tukar RM310 = 1 Juta rupiah.


kemain!

kakak kaki melecet. size orang2 Indon nie kecik2 je. puas lah si Yana nie cari kasut size dia. tak jumpa. tapi kenapa gaya budak tu macamnak propose Yana je. Manohara la katakaaan ^_^

banyak orang jual air. setiap sudut lah.





duit rupiah nie pening! aku tiba2 jadi bengong tak reti nak kira. berapa kali salah bagi duit. ada sekali tu nak beli air mineral 3,ooo rupiah tapi aku bagi 30,000. senang2 je nak bagi orang cmtu. nasib baik cashier tu baik. siap nasihat lagi. hati2 ye kak! baiklah dik. pict kat atas sila abaikan scars saya. bila nak hilang haaa? -.-" muka kemain mengira!

Barang aku beli kat Pasar Baru
Kain pasang 2 helai = Rp250,000
Telekung 5 pasang = Rp150,000 (sepasang Rp30,000 dalam RM9)
Simcard Rp10,000
Pulsa (topup) Rp27,000

kat sana credit dorang panggil pulsa. aku ingat nak beli blouse tapi tak berapa cantik lah. tak un to date. so tak jadi beli. plus boleh tahan mahal. tak murah pun -.-



 
dah penat jenjalan, sapedek! lapar bangat sih! singgah makan kat Riung Sari area Jalan Riau. sedap jugak plus tak mahal pun. 5 orang makan . Rp170,000m = RM54. 



welcome tea. kat semua restoran mesti ada teh nie. takde gula and rasa dia macam green tea. sedap. memang lawas perut.




Menu
Ayam goreng Riung Sari
Gurame goreng (tilapia je sebenarnya tapi famous kat sana)
Sambal belacan

simple tapi sedap!





lepas makan tu, jalan2 lagi kat area Jalan Riau. kat situ ada Factory Outlet. macam shopping lot. exclusive sikit kot. macam rumah2. syok jugak tapi harga dia a bit expensive. ktorang cuci2 mata aje. simpan duit. banyak lagi nak kena guna. baru dua hari! 

 




dapat cekau 2 helai! Rp59,000 = RM 18 sehelai. kt Mesia ceq rasa tak dapat nih.


Collector Parfum. lama jugak ktorang melepak kat sini. I love Perfume! walaupun kat almari bilik aku ada berbotol2 lagi yang belum habis, tapi nak grab jugak yang nie. murah sangat2. bau dia pun tahan lama. dia ada bagi list perfume and pilih je nak yang mana. aku beli Dior Addict 2 and Hugo Women.

Prices
30ml - Rp45,000 (RM14)
50ml - Rp50,000 (RM18)
100ml - Rp110,000 (RM34)

mat baju merah nie baik giler! berapa banyak kali ktorang test bau. dia layankan aje. takde nk marah or buat muka. pro pulak tu. sekalik bau, dia dah tau tu perfume apa. brovo! bravo! nanti pergi lah kat sana. The Oasis Jalan Riau


wheee!

 
kat Jalan Riau nie jugak ktorang borong Tshirt. tapi Tshirt Bandung jela yang mampu pun. 
 S & M - 3 helai = Rp50,000. erm leih kurang RM5 sehelai. L & XL - sehelai Rp20,000. aku beli 6 helai and masing2 beli tshirt I <3 :="" bandung="" esok.="" p="" pakai="" untuk="">



nie memang wajib pergi kalau siapa2 ke Bandung. kat sini banyak jual brownies, kacang, coklat, cake and macam2 lagi lah. seronok jugak kat sini. tapi aku tak berapa nak ada mood sebab sakit mata. masuk habuk. merah gila mata. dah boleh kahwin dengan bapak Edward Cullen. suka suka suka.




The brownies. price range Rp44,000 - 45,000

Mine! red velvet (RM5)


Es Durian. nie terbaik! sedap bangat! ada kat tepi2 Jalan Riau tu. u all should try this! harga dia Rp8,000

Dinner! teringin sangat nak makan bakso pure dari Indon. supir bawak makan kat Maso Malang Karapitan. apa ke pelik nama kau! 



Mineral water dia style!



Coco Purple, Esjeruk kelapa and depan tu cincau. aku punya paling superb. Es jeruk kelapa. cincau tu tak sedap!

bertepatan dengan nama restoran nie. memang malang bagi kami sebab basonya ciput nak mamp*s! 5 suap dah habis. belum sempat ginjal nak tapis, dah sampai kat usus besar. ready untuk dilepaskan ke tempat yang sepatutnya. harga semangkuk Rp18,000. rugi! rugi! tapi takpe. staf kat sini comel2 belaka. Manohara Mesia jumpa Rnady Pangalilanya kat sini. sorang staff nama dia Riki sebijik muka macam Randy! 





sebenarnya hari tu birthday aku! phewwiitt! Happy Birthday to me. Happy Birthday to me! 24 tahun sudah. timeline fb dah penuh dengan birthday wishes. memandangkan aku tak pakai handphone yang canggih macam orang lain, balik Mesia baru aku reply semua post dari fans aku tuh. birthday cake dorang beli cake kat kartika sari. yang bestnya, aku pun ada share beli cake tu! tak aci. tapi sedap ohh.


pisau tu nak pancung orang pun boleh.


my 2013 birhday cake. dah habis nyanyi, aku tak tau nak tiup apa. haha. Thanx korang! <3 p="">

leyasays : shera kata nak celebrate kat Indon je. aku replied tahun nie kat Indon. tahun depan kat Paris. honeymoon! hahahaha. miang kau!

Thanks for reading babeh! ^_^

1 comment:

Amsyahril Syahril said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.