Saturday, March 30, 2013

Bandung Day 6


28 January 2013

hye2 uollss. dah nak dekat sebulan balik dari Bandung, tak habis2 lagi update? mintak maap lah saudara-saudari. saya nie busy sikit. nak update blog bukan kerja yang senang. ianya memerlukan masa yang lapang, otak yang cergas untuk berfikir, tangan yang ringan untuk menaip, kerajinan yang tinggi untuk upload gambar, dan suasana yang tenang untuk mencari idea. panjang betul mukadimah aku. padahal balik rumah terus terbongkang! blog entah ke mana, thesis aku pun melayang ke mana. 

Day 6. dah nak balik dah hoiii! masa kat Bandung dah habis. Lets move to Jakarta! sebelum day 6 nie lagi ktorang dah pening pasal baggage. satu takut exceed 80kg. mula2 booked flight ticket included baggage 80 kg. renung punya tenung punya fikir sedalam-dalamnya barang2 yang ktorg shopping nie mmg lebih 80kg. maka aku dengan seberapa segera call ayahanda terchenta di negara tersayang untuk tambah lagi kg dr 80 to 150kg! mula2 nk 200. ayah pun terkejut. korang nie semua benda ke beli kat Pasar Baru tu? yang keduanya, muat ke kereta supir nak sumbat beg2 nie semua? Jawapannya sebentar lagi.   


Pendek terserlah Part 4


Bagi feedback untuk hotel je pun. tapi gaya macam retis!


sesi pening sudah bermula. pekerja hotel tu pun gelak2 sebab supir sendiri tak tau mana nk sumbat beg dalam kereta. kami? hanya mampu tengok.


maka, ini lah hasilnya. belum tengok bonet lagi.



team Le Nostagie Hotel yang super best! dorang sangat baik n sporting. :)

sibuk tulis nama fb suruh ktorg add

On the way to Jakarta! masa ktorg pergi nie heboh Jakarta banjir. patutnya Day 5 dah gerak tapi drag satu hari. bagus jugak sebab bagi aku Bandung is waaaaaaayy better than Jakarta




korang tengok tu dia punya jammed. tol je pun.


Untuk tak membazir kena bayar extra baggage, ktorang timbang kat One Hotel Jakarta. total dalam 100kg la lebih kurang. nak shopping Jakarta lagi ni. mesti bertambah. itu lah namanya Perempuan



First time naik angkutan. berapa sen je. aku tak ingat. riak muka nampak seronok kan? bila turun, semua cakap tu first and the last. kelam kabut lah Jakarta nieeeeee





cotton. kalau tak silap Rp 100,000. kira murah compared to kat Malaysia. aku tengah belek2 duit. tak cukup lettew




Orang2 Jakarta sombong lah. Bandung lagi best. peramah. kat sini tak! kalau tak beli, dorang buat muka n ada yang perli, cakap belakang pasal korang. alahaaaii. relax sudah. kuasa membeli kat customers. memang aku takde rasa nak shopping bandar kat sini. ktorg pergi Tanah Abang je. tak sempat ke Mangga Dua. keadaan kat sini pun agak kabut. jammed tak payah cakap lah. bila banyak sangat kereta, motor, udara pun mcm tak bersih sangat. muka agak kotor sikit. nasib baik hidung aku tapis kotoran dengan baik. balik je hotel, punyalah banyak bijih timah! 

leyasays : nasib baik sehari je kat Jakarta. kalau lama2, makin banyak kata2 makian yang keluar

Thanks for reading babeh!  ^_^

Thursday, March 14, 2013

Bandung Day 5

27 January 2013
Walaupun dah nak dekat sebulan balik dr Bandung, aku still gigih dan bersemangat waja untuk update jugak.  memanglah ada masa2 aku lupa apa yg jadi eh masa kat sini. apa yang jadi eh masa kat sana? mungkin faktor umur yang menyebabkan masalah nie. cepat2 aku bukak note book. aku ada la tulis sikit2. nak ingat semua memang tak lah. sedar diri nie pelupa. blogger kan memang cmtu. ada notes dia sendiri. senang nak update. hamboihh blogger lah sangat kau kan. followers kau berapa kerat je makcik?

Day 5 sudah! ktorg tak pergi banyak tempat. just pergi balik tempat yang dah pergi. fuhh, penat aku type ayat ulang2. berapa banyak pergi daaaa.  mula-mula jejak kaki ke Pasar Baru lagi. haritu tak puas usha. and ktorg memang ada niat di hati nak beli banyak2 tudung bawal. at last jumpa kedai nie. Jilbab apo entah! lupa pulak nama kedai dia. Jilbab nie kat Indon macam Hijab la kat Mesia. macam Ahmad Albab kan? ok, tak kelakar.

aku borong banyak tudung. 20 helai. macam2 color. tak cukup 20 lagi, aku dah tak tau nak pilih color apa, aku suruh je budak tu yang pilihkan. ko amek jelah color apa2 pun dikkk. sampai mcm tu sekalik. beli banyak2 jugak sebab confirm adik aku menyibok sekali nak pakai kan? and dah terbukti. memang pun. geram jugak sebab colorful kan. sekarang nie pergi office takde makna aku nak pakai shawl lagi, aku bedal tudung bawal je. senang. muka pun tak de la nampak debab sangat. kalau lah tak nampak





macam2 color uollss.. so far semua tudung2 yang aku beli match dengan baju2 yang aku ada. bravo leeyana!


lace kat sini memang murah2. dorang suruh aku beli. nanti nak tunang buat je baju. hamboiihh. bila nak berlangsungnya? duit pun tinggal seciput. 


nie aku tak dapat nak deny. makanan kat sana sedap. berbaloi lah dengan portion aku makan dengan berjalan jauh and penat. kalori just nice terbakar. jus alpukat aku paling suka. sup yang ada jagung tu pelik sikit.



then we went to Toko Tiga!
kat sini memang famous. banyak jeans and baju2 yang murah. kalau Levis's harga RM100++ or RM200++ tu memang dah kira murah sangat dah. aku belilah sehelai. duit dah surut sebenarnya. tapi sebab jeans tu harga RM50, terus aku grab satu! satu je mampu. kat sini jugak aku beli T-shirt untuk Mr IH and adik kecik aku, Najmi. walaupun selalu gaduh dengan Najmi, ingat jugak aku kat dia. nak bagitau satu Mesia yang aku kakak yg baik sebenarnya.


kak kifah kita borong banyak. satu family dia belikan. geram jaaaahh tengok jeans dia. apakan daya. sila sedar diri Rupiah tinggal sejemput.



kira2! pening duit rupiah nie. -.-





then, lets go to Rumah Mode. kat sini aku grab sehelai leopard dress. dalam RM40. aku malas la nk convert duit rupiah. murah kan? pastu yang aku tau Siti Nurhaliza selalu shopping kat sini. hamboihh kelas ktorang kan. kt sini best sikit shopping. sejuk and cantik. baju dia pun cantik2 hoii! 





minah2 cun





Malam pulak melantak kat Sangkuriang. area mana aku tak ingat. kat sini pun sedap! tapi tu lah. mahal sikit. update entry nie buat aku lapar laaaaahhhh!






leyasays : next trip nak pergi mana eh??  :)

Thanks for reading babeh!  ^_^

Sunday, March 10, 2013

Bandung Day 4

26 January 2013
Hari ke empat sudah update entry pasal Bandung. siapa2 yang dah biasa ke Bandung ke obersee mesti takde nak sibuk2 update macam aku kan? boleh nampak tak apa maknanya tu? sekarang nie aku tengah berpraktikal. sambil kerja, sambil update blog. good job si kecil. tapi kan, kadang2 aku rasa leyasikecil dah tak relevant je sebab aku dah gemok. gemok? melampau tu. chubby2 comel. rasa nak tampar aku tak? minggu nie aku rotate job. duduk kat receptionist plak. nasib baik seminggu je. jangan menyimpang jauh. kita teruskan perjalanan kita ke Bandung untuk hari yang ke 4. 

ktorang pergi ke kawah putih. area mana aku pun tak sure. yang aku tahu lepas breakfast masuk kereta, relakan je diri nie untuk di bawa. lama jugak perjalanan nak ke sana. dalam empat jam kot. kawasan dia berbukit jugak. atas sana pun sejuk. on the way nak ke sana jalan jammed! supir cari jalan alternatif dengan potong kat kawasan perumahan. aku kira itu kawasan kampung. and apa yang aku nampak, banyak sekolah. u all nak tau tak, budak2 kat situ slumber je pergi balik sekolah jalan kaki. tak kira sorang pr ramai2. bukan heran sangat pasal jalan kaki. tapi jalan kat area situ sangat2 busy. plus banyak gila kereta. kalau kat Mesia, takde maknanya mak ayah kita nak bagi kita or adik2 kita suka2 jalan kaki dengan trafik yang macam tu. kalau kena kidnap or langgar, menangis air mata darah family korang. 

all the way tu nampak juga kereta kuda. ada yang buat public transport, ada yang bawak sayur2. interesting jugak. kitorang jakun jap sebab kat Mesia rasanya takdo! kalau bahasa Jawa Timur panggil Kretek. Sunda Delman, Endon panggil Andung. Bahasa Malaysia kereta kuda. bahasa omputih mungkin horse car. translatekan aje. bila dah lama bermastautin kat dalam kereta, benda yang aku paling suka buat tak lain tak bukan membuta. dalam nahasa lembut, tidur! lama sangat okeyh nak sampai. jangan salahkan aku sebab apa asyik tidur.


scenery along the way to Kawah Putih

sampei pun finally!







untuk ke kawah putih tu, u can choose either nak bawak kereta sendiri or naik angkutan wisata. van yang dorang provide. kitorang naik angkutan wisata ke sana. best jugak naik tu because its thrilling! laju gila. naik nie kena bayar Rp25,000 and entrance fee Rp25,000.


warning! warning! mayday! mayday!

kat sana kena pakai mask sebab bau sulfur sangat2 kuat. and kawasa tu sejuk. bau telur pun terbaek. sama macam kat Tangkudan Parahu tapi nie lagi pekat punya. tak boleh lama2. kalau tekak, hidung, mulut dah lain macam, eloklah berlari naik. nanti pengsan parah pulak nak cari orang tolong angkatkan. dengar2 cerita kawan putih nie just cebisan kecik sungai ayng ada di syurga. aku tak sure betul ke tak. airnya warna putih. first time aku tengok, MasyaAllah. cantiknya. kat dunia macam nie, apatah lagi kat syurga kan? :')

nie lah para-para alien yang terjah kawah putih

aku special sikit. gambar bolot sorang2. ehh biarlah. belog ini aku yang punya! (gelak jin, bapak angkat kesayangan ahmad albab)


aku kata sakit hidung, sakit tekak kan? tgk lah pakai mask tu macam mana! bijak anak pakcik Razak nie






kat bawah ada byk jual stawberry

tu strawberry stick. nampak tak ekspresi muka aku? apa ke pelik rasa kau? tapi Shikin berselera pulak. beria jilat jari. kalau korang tak boleh diberi chance untuk rasa tapi beli berdasarkan feeling yang ditunjukkan di atas, mana korang akan percaya? sila lah percaya ekspresi aku. tak sedap.

strawberry chocolate. supposed 3 batang Rp10,000. tapi ktorang 5 orang, aku pujuk jugak akak yang jual tu sampai dapat 5 batang dengan harga yang sama. lepas termakan pujuk rayu aku, dapatlah 5 batang strawberry. dia pakai coklat murah. so tak sedap jgk. sekian.

perut lapar, pe lagi. sapedek lah! memang ktorg nak mkn nasi padang. and nasi padang kat sini awesome! sedap. tapi sambal dia, pedas to the max! aku cuit sikit je tapi dia pnuya pedas sampai muka merah, telinga keluar asap. perut pun meletop. tapi best and tak mahal pun :)



lepas balik dari kawah putih, perjalanan ablik pun lamaaaaaa. kebas pungkok aku. then ktorg singgah kat Cibaduyut. kat sini banyak jual leather katanya. along the way, memang banyak kedai and barang2 dia pon ok jugak. akt sini aku beli pen 10 batang yang blh ukir nama. RM3 sebatang. keychain. nie aku buat souvenir. plus beg kecik. supposed 10 beg Rp100,000 tapi aku nego punya nego, dapat 17 beg! kt sini jugak aku beli owl hand bag. comel.

kepala kena dongak yea dik?


Manohara Malaysia




nie kedai banyak jual kerepek. ANIKA RASA namanya. akak2 kat kedai nie friendly sungguh. dorang pun tak kedekut bagi tester. sampai kenyang la perut nie makan kerepek je. kedai nie pun murah je. kalau korang pergi sini, singgah la kedai dia. cari la sepanjang jalan kat Cibaduyut tu.







Murtabak manis. aku tak tau nak panggil murtabak manis or murtabak cepat muak. makan sekeping dia punya marjerin, coklat, mak aihh. menusuk tekak.

leyasays : sorry video tak cantik. tak pandai nak convert bagai  -.-

Thanks for reading babeh!  ^_^