Sunday, March 10, 2013

Bandung Day 4

26 January 2013
Hari ke empat sudah update entry pasal Bandung. siapa2 yang dah biasa ke Bandung ke obersee mesti takde nak sibuk2 update macam aku kan? boleh nampak tak apa maknanya tu? sekarang nie aku tengah berpraktikal. sambil kerja, sambil update blog. good job si kecil. tapi kan, kadang2 aku rasa leyasikecil dah tak relevant je sebab aku dah gemok. gemok? melampau tu. chubby2 comel. rasa nak tampar aku tak? minggu nie aku rotate job. duduk kat receptionist plak. nasib baik seminggu je. jangan menyimpang jauh. kita teruskan perjalanan kita ke Bandung untuk hari yang ke 4. 

ktorang pergi ke kawah putih. area mana aku pun tak sure. yang aku tahu lepas breakfast masuk kereta, relakan je diri nie untuk di bawa. lama jugak perjalanan nak ke sana. dalam empat jam kot. kawasan dia berbukit jugak. atas sana pun sejuk. on the way nak ke sana jalan jammed! supir cari jalan alternatif dengan potong kat kawasan perumahan. aku kira itu kawasan kampung. and apa yang aku nampak, banyak sekolah. u all nak tau tak, budak2 kat situ slumber je pergi balik sekolah jalan kaki. tak kira sorang pr ramai2. bukan heran sangat pasal jalan kaki. tapi jalan kat area situ sangat2 busy. plus banyak gila kereta. kalau kat Mesia, takde maknanya mak ayah kita nak bagi kita or adik2 kita suka2 jalan kaki dengan trafik yang macam tu. kalau kena kidnap or langgar, menangis air mata darah family korang. 

all the way tu nampak juga kereta kuda. ada yang buat public transport, ada yang bawak sayur2. interesting jugak. kitorang jakun jap sebab kat Mesia rasanya takdo! kalau bahasa Jawa Timur panggil Kretek. Sunda Delman, Endon panggil Andung. Bahasa Malaysia kereta kuda. bahasa omputih mungkin horse car. translatekan aje. bila dah lama bermastautin kat dalam kereta, benda yang aku paling suka buat tak lain tak bukan membuta. dalam nahasa lembut, tidur! lama sangat okeyh nak sampai. jangan salahkan aku sebab apa asyik tidur.


scenery along the way to Kawah Putih

sampei pun finally!







untuk ke kawah putih tu, u can choose either nak bawak kereta sendiri or naik angkutan wisata. van yang dorang provide. kitorang naik angkutan wisata ke sana. best jugak naik tu because its thrilling! laju gila. naik nie kena bayar Rp25,000 and entrance fee Rp25,000.


warning! warning! mayday! mayday!

kat sana kena pakai mask sebab bau sulfur sangat2 kuat. and kawasa tu sejuk. bau telur pun terbaek. sama macam kat Tangkudan Parahu tapi nie lagi pekat punya. tak boleh lama2. kalau tekak, hidung, mulut dah lain macam, eloklah berlari naik. nanti pengsan parah pulak nak cari orang tolong angkatkan. dengar2 cerita kawan putih nie just cebisan kecik sungai ayng ada di syurga. aku tak sure betul ke tak. airnya warna putih. first time aku tengok, MasyaAllah. cantiknya. kat dunia macam nie, apatah lagi kat syurga kan? :')

nie lah para-para alien yang terjah kawah putih

aku special sikit. gambar bolot sorang2. ehh biarlah. belog ini aku yang punya! (gelak jin, bapak angkat kesayangan ahmad albab)


aku kata sakit hidung, sakit tekak kan? tgk lah pakai mask tu macam mana! bijak anak pakcik Razak nie






kat bawah ada byk jual stawberry

tu strawberry stick. nampak tak ekspresi muka aku? apa ke pelik rasa kau? tapi Shikin berselera pulak. beria jilat jari. kalau korang tak boleh diberi chance untuk rasa tapi beli berdasarkan feeling yang ditunjukkan di atas, mana korang akan percaya? sila lah percaya ekspresi aku. tak sedap.

strawberry chocolate. supposed 3 batang Rp10,000. tapi ktorang 5 orang, aku pujuk jugak akak yang jual tu sampai dapat 5 batang dengan harga yang sama. lepas termakan pujuk rayu aku, dapatlah 5 batang strawberry. dia pakai coklat murah. so tak sedap jgk. sekian.

perut lapar, pe lagi. sapedek lah! memang ktorg nak mkn nasi padang. and nasi padang kat sini awesome! sedap. tapi sambal dia, pedas to the max! aku cuit sikit je tapi dia pnuya pedas sampai muka merah, telinga keluar asap. perut pun meletop. tapi best and tak mahal pun :)



lepas balik dari kawah putih, perjalanan ablik pun lamaaaaaa. kebas pungkok aku. then ktorg singgah kat Cibaduyut. kat sini banyak jual leather katanya. along the way, memang banyak kedai and barang2 dia pon ok jugak. akt sini aku beli pen 10 batang yang blh ukir nama. RM3 sebatang. keychain. nie aku buat souvenir. plus beg kecik. supposed 10 beg Rp100,000 tapi aku nego punya nego, dapat 17 beg! kt sini jugak aku beli owl hand bag. comel.

kepala kena dongak yea dik?


Manohara Malaysia




nie kedai banyak jual kerepek. ANIKA RASA namanya. akak2 kat kedai nie friendly sungguh. dorang pun tak kedekut bagi tester. sampai kenyang la perut nie makan kerepek je. kedai nie pun murah je. kalau korang pergi sini, singgah la kedai dia. cari la sepanjang jalan kat Cibaduyut tu.







Murtabak manis. aku tak tau nak panggil murtabak manis or murtabak cepat muak. makan sekeping dia punya marjerin, coklat, mak aihh. menusuk tekak.

leyasays : sorry video tak cantik. tak pandai nak convert bagai  -.-

Thanks for reading babeh!  ^_^




No comments: