Thursday, March 14, 2013

Bandung Day 5

27 January 2013
Walaupun dah nak dekat sebulan balik dr Bandung, aku still gigih dan bersemangat waja untuk update jugak.  memanglah ada masa2 aku lupa apa yg jadi eh masa kat sini. apa yang jadi eh masa kat sana? mungkin faktor umur yang menyebabkan masalah nie. cepat2 aku bukak note book. aku ada la tulis sikit2. nak ingat semua memang tak lah. sedar diri nie pelupa. blogger kan memang cmtu. ada notes dia sendiri. senang nak update. hamboihh blogger lah sangat kau kan. followers kau berapa kerat je makcik?

Day 5 sudah! ktorg tak pergi banyak tempat. just pergi balik tempat yang dah pergi. fuhh, penat aku type ayat ulang2. berapa banyak pergi daaaa.  mula-mula jejak kaki ke Pasar Baru lagi. haritu tak puas usha. and ktorg memang ada niat di hati nak beli banyak2 tudung bawal. at last jumpa kedai nie. Jilbab apo entah! lupa pulak nama kedai dia. Jilbab nie kat Indon macam Hijab la kat Mesia. macam Ahmad Albab kan? ok, tak kelakar.

aku borong banyak tudung. 20 helai. macam2 color. tak cukup 20 lagi, aku dah tak tau nak pilih color apa, aku suruh je budak tu yang pilihkan. ko amek jelah color apa2 pun dikkk. sampai mcm tu sekalik. beli banyak2 jugak sebab confirm adik aku menyibok sekali nak pakai kan? and dah terbukti. memang pun. geram jugak sebab colorful kan. sekarang nie pergi office takde makna aku nak pakai shawl lagi, aku bedal tudung bawal je. senang. muka pun tak de la nampak debab sangat. kalau lah tak nampak





macam2 color uollss.. so far semua tudung2 yang aku beli match dengan baju2 yang aku ada. bravo leeyana!


lace kat sini memang murah2. dorang suruh aku beli. nanti nak tunang buat je baju. hamboiihh. bila nak berlangsungnya? duit pun tinggal seciput. 


nie aku tak dapat nak deny. makanan kat sana sedap. berbaloi lah dengan portion aku makan dengan berjalan jauh and penat. kalori just nice terbakar. jus alpukat aku paling suka. sup yang ada jagung tu pelik sikit.



then we went to Toko Tiga!
kat sini memang famous. banyak jeans and baju2 yang murah. kalau Levis's harga RM100++ or RM200++ tu memang dah kira murah sangat dah. aku belilah sehelai. duit dah surut sebenarnya. tapi sebab jeans tu harga RM50, terus aku grab satu! satu je mampu. kat sini jugak aku beli T-shirt untuk Mr IH and adik kecik aku, Najmi. walaupun selalu gaduh dengan Najmi, ingat jugak aku kat dia. nak bagitau satu Mesia yang aku kakak yg baik sebenarnya.


kak kifah kita borong banyak. satu family dia belikan. geram jaaaahh tengok jeans dia. apakan daya. sila sedar diri Rupiah tinggal sejemput.



kira2! pening duit rupiah nie. -.-





then, lets go to Rumah Mode. kat sini aku grab sehelai leopard dress. dalam RM40. aku malas la nk convert duit rupiah. murah kan? pastu yang aku tau Siti Nurhaliza selalu shopping kat sini. hamboihh kelas ktorang kan. kt sini best sikit shopping. sejuk and cantik. baju dia pun cantik2 hoii! 





minah2 cun





Malam pulak melantak kat Sangkuriang. area mana aku tak ingat. kat sini pun sedap! tapi tu lah. mahal sikit. update entry nie buat aku lapar laaaaahhhh!






leyasays : next trip nak pergi mana eh??  :)

Thanks for reading babeh!  ^_^

No comments: