Thursday, July 11, 2013

Salam Ramadhan


Rasanya belum terlambat untuk ucap Selamat Menyambut Bulan Ramadhan! semoga Ramadhan kali nie kita dapat tingkatkan lagi amalan kita. rugi kalau sia-siakan tauuuu. pesanan untuk diri sendiri jugak. ^_^

leyasays : Iftar kat luar mungkinkah merata-rata lagi mcm tahun2 lepas? :)

T.I vs P.N.S

Salam and Hye,

ESOK aku last day intern!! wehhoo! seronok okeyhh. perasaan tak sabar tu HARUSLAH hado. robot je tak hado perasan seronok bila intern nak habis. intern kali nie 5 bulan. lama kan? siapa kata tak lama tu baik sangat kan korang? bagi aku SANGAT lama. diulangi SANGAT SANGAT SANGAT lama. hambik 3 kali aku ulang. betul2 lama tu. jangan buat main. nk komen ke pasal intern kali nie? hmm komen lah sikit bagi panjang entry. intern degree nie macam susah je sebab aku kena buat Thesis.

Tiap2 bulan kena jumpa advisor untuk discuss progress kerja kita. tiap2 bulan jugak aku keluar duit yang agak banyak sebab aku lagi senang drive ke Melaka dari naik bus. senang nak gerak. plus senang aku nak pergi beli Laksa kt Jonker. so far tak pernah terlepas lagi tiap kali ke Melaka. bagus Leeyana! teruskan Istiqamah. 

Honesty typing, aku tak suka thesis nie. Typing yea saudara saudari. sebab aku tengah menaip bukan honesty speaking. aku salute lah kat para lecturers yang dah berapa banyak kali buat research nie. rajin sangat2. aku? hmm kurang minat lah. kena hadap BERPULUH journal untuk hasilkan SATU thesis.I love reading. yes I am. tapi novel cintun yang boleh buat aku berangan dan layan perasaan tu suka lah. kalau yang buat aku kena berfikir and cari seberapa banyak fakta tu mintak ampun lah. diri ini tidak rajin. 

mak cik, rajin tak rajin kau kena buat jugak!

Currently, my thesis is in progress. Permudahkan urusan aku Ya Allah :')

masa diploma dulu aku praktikal kat Takaful Ikhlas. one of Islamic Insurance Company. degree pulak dekat Perbadanan Nasional Berhad (PNS). one of an agency under Government. aku nak buat compare and contrast between these two organizations.

TAKAFUL IKHLAS
  • Aku praktikal dekat Claims Department. padahal diploma ambik Accounting. memang lain dengan course tapi nasib baik lecturer yang evaluate aku tu ok je and bagi full marks! Alhamdulillah.
  • Aku suka staffs kat TI especially kat departments aku lah. dorang very supportive, baik and kelakar! satu hari kalau tak gelak maknanya aku salah masuk department lah tu. seronok. rinduuu :'(
  • Main kerja aku basically buat payment untuk adjuster.nak tau adjuster tu apa? try lah google eh. sangat banyak okeyhh! aku lah orang kena clearkan. Adjuster selalunya akan riang gumbira bila payment dorang dah dapat sebab banyak yang pending. mostly sebab tak cukup staffs nk buat. nie aku hado, meh sini den siapkan! 
  • Selain dari payment to adjuster, aku buat jugak Own Damage Payment, Registration new claims and Third Party Bodily injury, Payment to Lawyer. tu semua bahasa Insurans.tak paham kaaan? takpe, bawak bersabar.
  • Claims selalu buat potluck. SELALU. Jumaat lah paling common sebab break lama kan. bersembang, gelak tu benda biasa. sakit perut gelak dengan lawak bengong dorang pun dah biasa. rindu lagiiii T_T  makin deras air mata keluar.
  • Lunch nak best jeeee. My aunt pun ada dekat Claims tu. she's a lawyer and handle for Third Party bodily Injury. Means that ramai lah kawan2 lawyer dia and and and ramailah lawyer yang kayo2. aku selalu menyelit bila dia ada lunch appointment dengan lawyer2 tu. Melampau tau. Chili's, Tony Romas, PJ Hilton Hotel, Quality Hotel, and banyak lagi lah tempat yang dah aku melantak hasil penyelitan itu.
  • Raya lagi best. Jamuan raya kemain lagi banyak kali. kat department je 2 kali. company punya 1 kali and kambing bakar aku tak ingat ada berapa ekor. sekarang rindu nak makan kambing pulak
  • Lunch dengan officemates. selalu je lunch tukar2 orang. kejap dengan orang nie, kejap dengan orang tu. lagi best lunch dengan abang2 sebab dorang sangat baik and kelakar. sekarang hingus mula mengalir sedikit demi sedikit sementara air mata masih deras keluar dari bijik mata.  
  • After office hour selalu keluar lepak dengan abang2 claims. dorang jaga aku macam adik yang baru habis sekolah. makanya aku boleh order suka2 hati berapa banyak pun makanan. ada ramai byang boleh bayarkan. hingus pula mengalir deras. 
  • Claims mmg akan selalu ke Account Department untuk hantar Payment requisition form so dorang akan keluarkan cheques. masa hantar PRF tu, ada lah menyelit jugak lepak2 kat sana. bersembang and kadang2 tolong dorang copkan dokumen apa yang patut
PERBADANAN NASIONAL BERHAD
  • Masa degree aku amek HR and practical pun kat HRD. so, mmg ngam lah dengan subjects yang aku belajar tuh
  • masa kat TI akak2 muda ramai. yang belum kawen. bezanya kat sini rasanya semua dah kawen. so kwn utk ngokngek obviously tak ramai
  • Got experience being an emcee for staff's briefing. last aku jadi mc masa sekolah menengah uolls. boleh kira berapa lama tak bajet suara kat mic tu? agak nervous siot. tapi alhamdulillah everything went well :)
  • Chances to see the actual interview session. aku yang arrange untuk interview. dari layout sampai lah collect evaluation form from interviewers. so aku lah yang first to know who will be hired among those applicants. hee. ada jugak a few times boss bagi aku jadi interviewer. kemain lagi aku bajet macam boss. depa tak tau yang cek nie practical student. budak hingusan lagi.
  • Kat sini banyak facilities yang dorang provide. taska, gym, aerobic class, games, library, bicycle, macam2 lah. best jgk
  • Kalau kat TI aku selalu keluar melantak dengan lawyer or clients tapi kat sini jangan harap. sini makan kat gerai yang telah disediakan sahaja
  • Colleagues kat sini tak gila2 macam TI. tu yang buat aku rindu kat TI :'(
  • Aku jadi super duper baik. bagus! ada improvement
  • Sangat sukakan Iced Chocolate from Gloria Jeans Coffee. GJ nie anak syarikat. sangat sedap okeyhhh. paling best sebab dapat staff price.
  •  Boss HRD sangat baik. sangat ok. sangat! first time aku jumpa boss sebaik dia :)
leyasays : entry nie aku tulis sehari sebelum habis intern. tapi publish dua minggu lepas intern. lupa ok nak update. kalau ada tambahan lagi later aku tambah. sekarang mata dah mengantuk. bye korang!  
 

Monday, June 3, 2013

I need a.....






SOOOO BADLY!!

bila boleh berjimba dengan kesayangansss lagi nie.

huwaaaaaaa!

Monday, May 27, 2013

Life Update


 Assalamualaikum...

aku nak bgtau satu dunia yang aku tengah busy tahap gaban. semua tak busy mcm mana aku busy. hamboi melampau, thesis je pun budak. apa ada hal? orang lain boleh buat takkan kita tak boleh kan? sedapkan hati aje. yee, hati aku dah sedap dengan ayat itu. terima kasih kepada siapa yang invented that statement. lagi 3 minggu lagi nak habis intern. perasaan tak sabar tu tak tau la nk cakap mcm mana. tapi sebelum habis kena hadap thesis dulu woi! aku cuba buat sehabis baik. hamboih lagi. 


 

 nampak tak bukti aku buat kerja? thesis nie kacau cuti aku tau T_T

 bila kepala dah tak tentu arah, pakai mask pun dah tak reti
Zombie Kampung Subang Permai


pipi agak belon sekarang. pegang je terus berlubang. tapi boleh berlakon konon2 tu lesut pipt kan? lol
tengah usaha nak letupkan belon tu. tunggu ehh.

leyasays : tak sabar jgk nak tunggu Ranadhan :)

Thanks for reading babeh!  ^_^


Sunday, May 19, 2013

Melakau


Assalamualaikum
entry nie aku nak cerita pasal negeri yang sayang kat aku. sebab dari diploma sampai degree dia tak bagi pergi mana. dia nak aku study kat situ jugak. yess. nama dia MELAKA. as we all know, aku tengah intern. means degree pun dah almost complete. tinggal nak buat thesis. THESIS? satu benda yang bagi aku membosankan. sebab? kita kena ada otak yang penuh dengan idea. baca seberapa banyak journal sampai muntah. stay up sampai mata lebam. itulah bagi aku thesis. tak tau pulak org lain suka kan buat thesis nie. tapi, nak tak nak kenalah buat kan. hasil usaha 2 tahun stgh kenalah berbaloi. nak bagi segenggam ijazah untuk mak ayah. amboi kemain. sementara tengah intern memang Business students kena buat thesis. tiap2 2 kali sebulan kena jumpa advisor untuk discuss. entry nie masa aku first meeting dengan advisor, Miss Shiba. Miss Shiba memang lecturer aku. so aku agak lucky lah dapat dia. dia pun ok. 

first meeting nie aku ajak bestfriend, Nuyul! dah lama tak jalan2 kan. alang2 aku pergi sorang, gerak lah dengan dia. sementara aku jumpa advisor, dia merayau-rayau lah area bandar Melaka tu. mengimbau segala memories yang pernah kitorang rasa masa study diploma kat sana. damn laaah. tiba2 touching.  


reaction ktorang lebih kurang je kan. itu tandanya kawan baik. ada kena mengena ke? 5 tahun duduk Melaka boleh sesat? kronik dah penyakit budak nie


Lepas jumpa advisor takkan nak balik kaaaann. first aim aku haruslah Laksa Jonker. aduhh. sekarang nie meleleh air liur. 


Asam Laksa pujaan hati 

Laksa Nyonya favorite Nuyul. Me? TAK. Asam Laksa jugak!




nie apahal Doraemon merayap kat Jonker Walk nie??

lama tak naik beca. betul2 rasa diri nie tourist!

kaki tergantung. korang boleh buat?




Ini dua orang budak berjimba 




Pernah tau buah melaka mcm mana? nie lah. aku tak tau.




Laki bini
Dr Octopus Spiderman

leyasays : tiba2 hati nie ralat bila satu sem je kantoi. kalau tak dah dapat ANC. selempang pink gitu. ralat sebab 0.01 je nak dapat. blh nanges tak? tapi tu semua rezeki. aku redha. dapat first class degree pun dah bersyukur :)

Thanks for reading babeh!  ^_^

Saturday, May 4, 2013

Lets Zumba!

Assalamualaikum.

jumpa lagi kat blog leyasikecil. sebenarnya aku rasa dah tak relevant leyasikecil tu memandangkan size budak nie sekarang dah tak sekecil masa kawan2 aku yang awesome kat kolej dulu invented nama tu. berat badan aku nie kejap turun, kejap naik. main2 kau yeaaa. masa tengah konon2 dah turun, agak slim sikit seronok ya amat. masa nie lah tiba2 semangat nk selongkar baju2 lama kat almari baju aku tu. dan masa nie lah rasa bersyukur sebab tak bagi baju2 tu aku kat siapa2. aku rajin jugak bagi baju2 yang dah jadi sarung nangka dekat cousins and adik2 Mr IH.

rasa gembira tu melampau masa berat badan dah turun. tu pun sebab aku kurang makan nasi and berzumba almost everyday lepas balik office. aku rasa tak perlukan segala bagai ubat nak kurus. control your meals and exercise regularly is enough to reduce your weight. no need to spend lots of money buying those products yang sometimes effective sometimes tak.

tu cerita masa konon2 body slim. KONON eh. masa body tengah gedempol lain pulak. macam belon okeyhh. memang badan aku nie kena maintain jaga makan and exercise selalu. once aku stop je even for awhile, dia punya naik macam belon. serius aku tak tipu. kerja lately nie boleh tahan banyak. bila dah balik kerja, singgah kat Kay Jay, rumah opah. melantak kejap, lepas solat maghrib baru gerak balik Shah Alam. hari2 macam tu. penat aku rasa. sampai rumah lebih kurang pukul 9. mandi, iron baju, tudung untuk kerja esok mau dekat pukul 11. hamboih melampau lama. tapi tu lah hakikat seorang perempuan. amik masa lagi belek2 instagram, twitter, facebook, dengar suara merdu kwn2 berwechat. so macam mana tu?

masa untuk exercise kurang. mesti ada yg cakap. eleehh, Sabtu and Ahad kan ada. kalau cakap pasal weekend kat budak kecik nie, busynya ya amat. tiap2 minggu ada je program. ke sana ke mari. aku rasa tu pun part of exercise. mana taknya, kalau ke Mutiara Damansara 5 shopping malls boleh merantau. E@Curve, The Curve, Ikea, Ikano, Tesco. jalan punya jalan punya jalan. tu pun exercise kan? tapi bagi aku, satu kepuasan bila kita zumba, aerobic or jog. zumba lah the best. ni adik aku si sheera yang introduce. seronok sebab korang akan goyang satu badan. salsa, samba semua ada. seronok.

seronok memang seronok tapi bila buat depan cermin baru tau betapa burukya rupa aku bila berzumba. takde seni tarian langsung. step pun bukan ikut sangat. mana yang mampu je. tapi bila dah selalu buat and hafal step, baru buat dengan lebih yakin dan semangat yang kental. tu dah siap part exercise. nie lagi satu punca berat aku naik lately. hari2 melantak nasi. aku tak tau kenapa hari2 kat office aku asyik rasa nak makan nasi. lagi bahaya kalau order nasi goreng. nasi campur ok lagi kita boleh control portion dia. tu pun even aku letak separuh selalunya suku aku makan. tapi sekarang banyak mana pun aku letak mesti licin macam tak payah basuh pinggan tu, terus simpan. 

since sekarang nie baju dah terlampau-lampau extremely banyak sangat2 yang cantik, aku kena tekad, berazam, bersemangat, untuk turunkan balik berat! ohh btw, ada satu cerita best. tadi baru je office mate tegur. kat sini dorang panggil Yana. Tu nama sopan aku. tapi aku lagi suka orang panggil Leeya, aku automatik akan ada dua karakter tahuuu. Yana nie macam baik, lembut, pendiam. tapi kalau Leeya aku tiba2 dengan takde angin, takde ribut akan jadi seorang yang aktif, membebel, agresif. aku pun pelik kenapa. magik! magik! ehh kita bincang pasal office mate aku tadi kan? suka over melencong tau. haaa, dia kata Yana dah tembam sekarang! aku senyum jelah and serta merta aku salahkan nasi. kesian dia. sorry nasi  :'(



satu keseronokan tak berbelah bahagi bila peluh menitik nitik membasahi lantai

tengah tunggu kembar sama nama tapi tak sama tinggi, tak sama mak, tak sama ayahamik gambar pasport

typical! suka betul budak2 sekarang amik gambar dalam jamban. kalau tengah melabur dalam bilik kecik tak nak ke amik since masa tu korang mungkin bosan nak tunggu durian runtuh. hahaha. tak senonoh budak kecik nie.

leyasays : walaupun aku gemok ke kurus ke. aku tau ramai orang sayang aku. korang jangan buat muka eh. cocok lobang hidong karang


Thanks for reading babeh!  ^_^

Wednesday, April 10, 2013

Perempuan dan Perasan

Assalamualaikum to all my pretty, gorgeous and awesome readers!

banyak dah update pasal Bandung. cramp tangan. korang pun mesti ada sikit2 perasaan bosan menular dalam diri kan. plus menyampah pun mungkin ada sebab orang lain pergi Bandung just like pilihan kedua untuk shopping. aku baru sekali pergi dah beria sumbat dalam blog dari jejak kaki ke LCCT sampai lah nak hangkut beg2 shopping yang berat 150kg ke Airport Jakarta. takpe lah. aku buat pun bersebab. itu untuk mengubati rindu kawan2 yang nak baca blog aku. nak kata ramai ke tak ramai aku sendiri tak sure, ada lah dalam 4,5 orang. ramai ke tak tu? terima kasih atas dorongan dan sokongan tak berbelah bahagi tu. tanpa anda, blog nie tak wujud dah sebab followers pun beberapa kerat aje. haisshh suka lebih2 tau.

Sebenarnya bukan tu point yang aku nak highlight pada pagi yang indah sekarang nie yea saudara saudari. aku nak cakap sikit pasal tajuk yang terpampang kat title entry nie. Perempuan dan Perasan. please note that ada single A je kat situ. PERASAN. perempuan sangat senang untuk fall in love. nak type jatuh cinta mcm geli2 je. tak payah geli. kau dah type dah pun cik kak. yess, betul tak apa aku cakap?

Aku cakap berdasarkan observation yang aku buat. macam Manager observe staffs dia. pastu buat evaluation based on what they've been observed. amboi, tengok tu. jiwa Human Resource Management meresap dalam organ2 badan melalui tangan dan transfer ke keyboard. Lelaki zaman sekarang nie honestly apa yang aku boleh cakap, most of them tak boleh percaya. Im not saying all but boleh dikatakan majority. Lelaki. kalau takde rasa nak jadi perempuan princess (bosan asyik ckp permaisuri) dalam hidup awak, jangan bagi harapan boleh?

Kalau dah ada girlfriend atau tunang, tak payah lah nak mengayat perempuan lain. yess title GF and fiance tak menjamin ke pelamin (mcm best je ayat aku) tapi bila awak dah officially jadi  BF atau tunang dorang, kira itu first step untuk awak kenal dia lagi dalam sampai lah orang2 sekeliling rasa nasi minyak korang.dia tu aku refer kat sorang perempuan. bukan ramai.  memang lelaki suka usik2. tu tak dinafikan. tapi gurau2 tu jangan sampai gedik sangat lah. bersayang, berindu, cakap perempuan tu gf awak tapi sebenarnya tak. perempuan tu pun tersiput-siput malu kambing, rusa, lembu, donkey. dalam hati dorang mula lah wonder "dia nie suka aku ke eh?" tak pun kadang2 terus cair. mata dan hati asyik nak mencari je mamat yang bertuah tu. Im talking based on my past experience and kawan2 yang bercerita kat aku and from my observation

Perempuan memang suka lelaki layan dia manja. tapi wahai perempuan yang cantik2 belaka out there, please don't simply tangkap lentok dengan lelaki macam nie. kalau dorang macam superb gila babas layan korang, most probably they treat the other girls like that as well. do as much research as u can. investigate dulu dia tu macam mana orangnya. dia dah ada gf ke, tunang ke or even berbini 4 kat rumah. 

men should protect women. bukan main2 kan perasaan. takde niat nak buat bini, back off! tak pun dah ada bini kat rumah. lagi lah awak patot back off! these days, banyak dah kawan2 aku yang terkena dengan husband orang. suami tau. bukan tunang atau boyfie dah. memang lelaki boleh berbini 4. tapi kalau awal2 lagi awak dah tak jujur, macam mana? kesian kat perempuan yang tak tau awak dah beranak pinak. kesian kena tipu and kesian jugak sebab probability untuk dorang kena sound dengan wife awak sangat lah tinggi. true story yang aku sendiri pernah dengar dari cuping telinga nie sendiri memang semuanya kena maki hamun dengan wife that guy. kesian kan? dorang tak tau apa2. kalau dah tau tapi berkepit jugak, tu lain cerita. sendiri cari gaung, terjun sendiri. kalau wife awak dah jaga dengan baik, berjaya bagi anak2 yang berderet, makan pakai cukup sempurna. apa lagi nak? nak enjoy?? tanggungjawab awak besar. please jangan abaikan. kalau dah ada perempuan lain, awak rasa boleh bagi tumpuan kat dorang yang kat rumah tu? i dont think so. 

lagi sekali. perempuan dapat bunga or any presents seronok! dapat message yang sweet, seronok! kena puji, seronok! dimanjakan, seronok! kenyit mata sikit, seronok! semuanya tu kalau lelaki buat, happynya bukan main.that girl kalau sporting and susah untuk fall in love with any other guys, i think should be okay. kalau jenis yang easy to get bored and easy to falling in love better dont lah. biar susah nk fall in love tapi u get the right guy, dah bagus dah tu. dont simply trust people lah sayangs2. keraskan sikit perasaan tu. kalau hati dah sakit and frust menonggeng, susah nak betulkan balik. and for guys. dah ada yang special, please take good care of her. kalau dah sayang tapi nak main2 dengan orang lain, go ahead. but frankly speaking, if u both dah get used to each other, tak sama bila awak officially dengan orang lain. yess jodoh tu Allah tentukan. tapi berpada-pada lah perangai tu. doa tu penting. bukan tergedik-gedik dengan ramai perempuan.         


Mr Meow, awak main2kan hati perempuan lagi, siap eh! 
muka awak comey. patotlah perempuan cair  -.-"


leyasays : rimas dengan perangai dorang nie. masuk yang baru kes nie, dah 5 orang kawan aku yang kena tipu dengan laki orang. aku pun ada rasa takut jugak -.-

Thanks for reading babeh! ^_^

Saturday, March 30, 2013

Bandung Day 6


28 January 2013

hye2 uollss. dah nak dekat sebulan balik dari Bandung, tak habis2 lagi update? mintak maap lah saudara-saudari. saya nie busy sikit. nak update blog bukan kerja yang senang. ianya memerlukan masa yang lapang, otak yang cergas untuk berfikir, tangan yang ringan untuk menaip, kerajinan yang tinggi untuk upload gambar, dan suasana yang tenang untuk mencari idea. panjang betul mukadimah aku. padahal balik rumah terus terbongkang! blog entah ke mana, thesis aku pun melayang ke mana. 

Day 6. dah nak balik dah hoiii! masa kat Bandung dah habis. Lets move to Jakarta! sebelum day 6 nie lagi ktorang dah pening pasal baggage. satu takut exceed 80kg. mula2 booked flight ticket included baggage 80 kg. renung punya tenung punya fikir sedalam-dalamnya barang2 yang ktorg shopping nie mmg lebih 80kg. maka aku dengan seberapa segera call ayahanda terchenta di negara tersayang untuk tambah lagi kg dr 80 to 150kg! mula2 nk 200. ayah pun terkejut. korang nie semua benda ke beli kat Pasar Baru tu? yang keduanya, muat ke kereta supir nak sumbat beg2 nie semua? Jawapannya sebentar lagi.   


Pendek terserlah Part 4


Bagi feedback untuk hotel je pun. tapi gaya macam retis!


sesi pening sudah bermula. pekerja hotel tu pun gelak2 sebab supir sendiri tak tau mana nk sumbat beg dalam kereta. kami? hanya mampu tengok.


maka, ini lah hasilnya. belum tengok bonet lagi.



team Le Nostagie Hotel yang super best! dorang sangat baik n sporting. :)

sibuk tulis nama fb suruh ktorg add

On the way to Jakarta! masa ktorg pergi nie heboh Jakarta banjir. patutnya Day 5 dah gerak tapi drag satu hari. bagus jugak sebab bagi aku Bandung is waaaaaaayy better than Jakarta




korang tengok tu dia punya jammed. tol je pun.


Untuk tak membazir kena bayar extra baggage, ktorang timbang kat One Hotel Jakarta. total dalam 100kg la lebih kurang. nak shopping Jakarta lagi ni. mesti bertambah. itu lah namanya Perempuan



First time naik angkutan. berapa sen je. aku tak ingat. riak muka nampak seronok kan? bila turun, semua cakap tu first and the last. kelam kabut lah Jakarta nieeeeee





cotton. kalau tak silap Rp 100,000. kira murah compared to kat Malaysia. aku tengah belek2 duit. tak cukup lettew




Orang2 Jakarta sombong lah. Bandung lagi best. peramah. kat sini tak! kalau tak beli, dorang buat muka n ada yang perli, cakap belakang pasal korang. alahaaaii. relax sudah. kuasa membeli kat customers. memang aku takde rasa nak shopping bandar kat sini. ktorg pergi Tanah Abang je. tak sempat ke Mangga Dua. keadaan kat sini pun agak kabut. jammed tak payah cakap lah. bila banyak sangat kereta, motor, udara pun mcm tak bersih sangat. muka agak kotor sikit. nasib baik hidung aku tapis kotoran dengan baik. balik je hotel, punyalah banyak bijih timah! 

leyasays : nasib baik sehari je kat Jakarta. kalau lama2, makin banyak kata2 makian yang keluar

Thanks for reading babeh!  ^_^

Thursday, March 14, 2013

Bandung Day 5

27 January 2013
Walaupun dah nak dekat sebulan balik dr Bandung, aku still gigih dan bersemangat waja untuk update jugak.  memanglah ada masa2 aku lupa apa yg jadi eh masa kat sini. apa yang jadi eh masa kat sana? mungkin faktor umur yang menyebabkan masalah nie. cepat2 aku bukak note book. aku ada la tulis sikit2. nak ingat semua memang tak lah. sedar diri nie pelupa. blogger kan memang cmtu. ada notes dia sendiri. senang nak update. hamboihh blogger lah sangat kau kan. followers kau berapa kerat je makcik?

Day 5 sudah! ktorg tak pergi banyak tempat. just pergi balik tempat yang dah pergi. fuhh, penat aku type ayat ulang2. berapa banyak pergi daaaa.  mula-mula jejak kaki ke Pasar Baru lagi. haritu tak puas usha. and ktorg memang ada niat di hati nak beli banyak2 tudung bawal. at last jumpa kedai nie. Jilbab apo entah! lupa pulak nama kedai dia. Jilbab nie kat Indon macam Hijab la kat Mesia. macam Ahmad Albab kan? ok, tak kelakar.

aku borong banyak tudung. 20 helai. macam2 color. tak cukup 20 lagi, aku dah tak tau nak pilih color apa, aku suruh je budak tu yang pilihkan. ko amek jelah color apa2 pun dikkk. sampai mcm tu sekalik. beli banyak2 jugak sebab confirm adik aku menyibok sekali nak pakai kan? and dah terbukti. memang pun. geram jugak sebab colorful kan. sekarang nie pergi office takde makna aku nak pakai shawl lagi, aku bedal tudung bawal je. senang. muka pun tak de la nampak debab sangat. kalau lah tak nampak





macam2 color uollss.. so far semua tudung2 yang aku beli match dengan baju2 yang aku ada. bravo leeyana!


lace kat sini memang murah2. dorang suruh aku beli. nanti nak tunang buat je baju. hamboiihh. bila nak berlangsungnya? duit pun tinggal seciput. 


nie aku tak dapat nak deny. makanan kat sana sedap. berbaloi lah dengan portion aku makan dengan berjalan jauh and penat. kalori just nice terbakar. jus alpukat aku paling suka. sup yang ada jagung tu pelik sikit.



then we went to Toko Tiga!
kat sini memang famous. banyak jeans and baju2 yang murah. kalau Levis's harga RM100++ or RM200++ tu memang dah kira murah sangat dah. aku belilah sehelai. duit dah surut sebenarnya. tapi sebab jeans tu harga RM50, terus aku grab satu! satu je mampu. kat sini jugak aku beli T-shirt untuk Mr IH and adik kecik aku, Najmi. walaupun selalu gaduh dengan Najmi, ingat jugak aku kat dia. nak bagitau satu Mesia yang aku kakak yg baik sebenarnya.


kak kifah kita borong banyak. satu family dia belikan. geram jaaaahh tengok jeans dia. apakan daya. sila sedar diri Rupiah tinggal sejemput.



kira2! pening duit rupiah nie. -.-





then, lets go to Rumah Mode. kat sini aku grab sehelai leopard dress. dalam RM40. aku malas la nk convert duit rupiah. murah kan? pastu yang aku tau Siti Nurhaliza selalu shopping kat sini. hamboihh kelas ktorang kan. kt sini best sikit shopping. sejuk and cantik. baju dia pun cantik2 hoii! 





minah2 cun





Malam pulak melantak kat Sangkuriang. area mana aku tak ingat. kat sini pun sedap! tapi tu lah. mahal sikit. update entry nie buat aku lapar laaaaahhhh!






leyasays : next trip nak pergi mana eh??  :)

Thanks for reading babeh!  ^_^