Saturday, February 2, 2013

Bandung Day 3 - Part 1


 25 January 2013
Tangkuban Parahu, Strawberry Park, Kampung Daun, Trnas Studio

entry nie aku update kat Tangkuban Parahu, Strawberry Park n Kampung Daun. Trans studio next entry. banyak sangat gambar, aku pun dah pening. sambil2 aku update, aku layan OST Setia hujung nyawa. drama Melayu yang aku layan. comel. Amar Asyraf tu kejap handsome, kejap tak. nasib baik he's engaged. kalau tak, aku dah grab dia dah. amboihh budak tinggi nie. nak retis aje. Mr IH awok macam mana? 

Day three. nie pun salah satu lokasi wajib pada mereka yang holiday ke Bandung. Tangkuban Parahu. nie kawasan gunung berapi. still hidup tapi tak aktif. sebelum gerak ke sana, adik aku, Shera ada pesan. peluang jangan dilepaskan. kentut sepuas-puasnya sebab orang takkan tau kau keluarkan gas karbon dioksida tu. kat sana bau sulfur and telur kuat betul. cuma elakkan dari terkeluar bunyi yang kuat dan boleh menghentakkan jantung orang. mungkin kau boleh terkantoi kat situ. 

kat sini sangat sejuk. dorang kata boleh sampai 16 darjah celcius. Shikin sampai menggigil. nasib baik aku bawak extra sweater n pashmina. berbalut semua tu kat badan dia. nak masuk sini pun kena bayar. Rp50,000 sorang. sebab tourist. kalau local aku taktau lah berapa. plus parking Rp15,000 satu kereta. start turun je dari kereta, ramai dah kerumun jual barang. Ben yang kat pasar baru tu dah pesan. orang2 yang jual kat sini mahal2. dorang dah mark up lebih. so we all decided tak beli pape pun kat sana. 


jumpa bestie aku kat sana. si mata seksi, Aten. dia memang sama flight dengan kitorang. cuma lain2 group. dia dengan boyfie and bakal akak ipar dia. Aten pun dah nak engage. lagi sorang kawan aku nak ke pelamin. aku? T_T  tak payah nak sedih sangat lah Leeyana. kau masak pun tak reti!







Love this picture! semangat pakai Tshirt I Love Bandung kan. ^_^ 

kalau tak silap kat bawah tu boleh cecah sampai 90 darjah celcius 









nasib baik ktorang gerak cepat. dah nak balik tu, punya lah ramai orang! and ramai jugak aku jumpa orang2 Mesia kat situ.




tahu goreng. sedap jugak. sebijik Rp5,000. if i'm not mistaken.   




jagung. Rp10,000. tiba2 dalam kereta baru aku sedar mahal. RM3! what the heck!! 




Done amik gambar kat Tangkuban Parahu, pergi pulak ke Strawberry Park. entry fee Rp10,000/head. boleh petik berapa banyak nak. berapa banyak jadahnya. botak je pokok dia. hari2 orang dah datang, apa yang tinggal untuk kitorang kan. advice aku, jangan lah amik banyak2. membazir sebab masaaaaam gileeee! boleh tegang urat leher makan. rosak deria masam sebab tak tahan dengan rasa masam dia. damn lahh! kitorang amik setengah kilo. Rp30,000

 





hijau lagi. kecik pulak tu :(


strawberry juice. dapat free. sedap!   

 


nie Dani. co-supir. dia adik boss Angga travel agent kitorang tu. umur 30 tahun. sekarang baru nak amik lesen kereta. orang2 Indon nie tak kira lelaki ke perempuan majoriti kecik2 belaka.



Next location. lunch dekat Kampung Daun.



yeayyy! jum tdo! tak payah nak tido sangat lah. bau kepam! lagi2 time tu hujan. tak syok bau dia. tapi kawasan Kg Daun nie cantik. pokok2, air terjun. ktorang dapat meja 23. nun jauuhhhhhh sana. penat betul jalan, naik bukit bagai untuk sesuap nasi -.-  nama Fifi yang dorang tulis QYFAH. macam2 nama kau kak kat Indon nie. haha




nampak tak muka blur tu? tak faham langsung apa menu dia. tak tau nak makan apa. -.- 

time to kira duit. senang. nanti terus bayar je. plus bosan sebab makanan lambat sampai! dorang boleh siap main jentik2 duit syiling. nampak benor bosannya.  ohh btw, nak order kat sini kena ketu beduk. tapi ketuk berpuluh kali waiter lambat betul datang. dorang tak tau ke kitorang tengah kebulur?  

mampu beli air mineral je. yang lain mahal. yang tu es campur. macam ABC tapi sikit sangat! 

Soto betawi. Rp30,000. Yana beria la taknak makan nasi. order la soto betawi. ingat sama lah kat Mesia soto nie. ada jugak nasik. yang kuning tu macam lontong je. tapi takde la sedap sangat. lepas makan Yana rasa sebu n blueekkk! muntah balik semua. aku tak makan sangat. aku order ayam penyet. sama dengan Shikin. harga dia Rp35,000. Amal makan nasi pepes. entah mana gambar entah. harga Rp30,000  

nie Fifi punya. nasi timbel bakar. harga dia Rp50,000 


Kampung Daun nie famous maybe sebab tempat dia cantik. kreatif depa nie. tapi makan takla sedap mana. tak kenyang pun! -.- 

video

nie video kat Tangkuban Parahu :)



Pendek terserlah part 2

leyasays : cuaca sekarang nie panas betul lah -.-

Thanks for reading babeh! ^_^

No comments: